Friday 31 May 2013

Punca Gagal Hamil

Anak adalah pengikat kasih..dan pembawa rezeki..tetapi tak semua pasangan berjaya hamil dalam tempoh yang singkat...a.k.a bunting pelamin..masih ramai yang dah berkahwin bertahun tahun tetapi gagal memiliki anak..mungkin belum rezeki lagi..hanya Allah s.w.t sahaja yang tau..Dia sebaik baik perancang...tetapi kita tidak boleh terus menyalahkan takdir atau hanya berserah sahaja..Setiap pasangan mesti terus berusaha lagi untuk mendapatkan zuriat...

"hanya sekitar 25% pasangan sahaja yang berjaya hamil dalam bulan pertama perkahwinan."
 
  Antara punca gagal hamil
  • Stress
Tekanan atau stress yang melampau menghalang untuk anda memiliki cahaya mata..tak kira la stress dengan kerja atau stress dengan pertanyaan orang seperti 'dah ada isi?'..'bape bulan dah?'...'eh.. si A tu kahwin sama tarikh ngan awak, dah mengandung dah dia, awak bila lagi?'... dan macam macam lagi lah..siapa yang dah kahwin mesti akan dapat soalan cepu emas sebegini...kan..salwa sendiri pun tidak terkecuali..dah merasa ohkay!!.semakin anda tertekan..semakin sukar untuk anda memiliki cahaya mata...jadi buang stress jauh jauh ye...
  • Masalah hormon
Sesetengah wanita mengalami masalah hormon tidak stabil, tubuh tidak dapat menghasilkan progesterone yang mencukupi bagi membolehkan mereka hamil. Masalah hormon ini berpunca dari gaya hidup, pemakanan serta pemakaian barangan kosmetik yang mempunyai pelbagai jenis bahan kimia yang mematikan sel endoktrin. Ada juga wanita yang mengalami kegagalan ovulasi (pengeluran benih)..ia juga dikenali sebagai PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome)..nak tau lebih boleh baca kat sini...
  • Bilangan sperma yang rendah atau kurang berkualiti
Sesetengah lelaki mempunyai masalah untuk menghasilkan sperma yang aktif dan berkualiti..lelaki sihat menghasilkan 200 hingga 300 juta sperma berkualiti sehari..oleh itu, encik suami haruslah menjalani ujian untuk mengetahuinya..terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi masalah sperma antaranya pakaian/seluar ketat,  merokok, terdedah kepada bahang dan suasana tempat kerja yang berisiko merosakkan sperma seperti terdedah kepada bahan kimia dan panas...mandi air panas juga punca masalah sperma..untuk lebih info boleh baca kat sini ye...
  • Usia
Usia juga memainkan peranan penting terutama bagi wanita..setelah berusia 30 tahun, tahap kesuburan wanita berkurangan setiap tahun..begitu juga pada lelaki, namun penurunan tahap kesuburan lelaki tidaklah secepat wanita..
  • Gaya Hidup
Tidak ramai yang menjalani cara hidup yang lebih sihat seperti mengamalkan pengambilan makanan diet seimbang, bersenam, tidur secukupnya, dan lain lain lagi..Gaya hidup sihat memainkan peranan penting untuk anda berjaya hamil. Masalah kesihatan akan menjadi faktor anda gagal hamil..
  • Pengambilan Kafein
Kajian yang telah dilakukan, mendapati bahawa jumlah kafein yang ada dalam tubuh boleh mengganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus..jadi berhenti lah mengambil minuman berkafein atau kurangkan pengambilan, sekiranya anda ingin hamil..
 
"10 - 15% Pasangan suami isteri di Malaysia menghadapi masalah kesukaran mendapat zuriat, Dato Sri Liow Teong Lai"


Cadangan set kesuburan





credit to pa&ma, eserikasih, utusan & halaqah.net





No comments:

Post a Comment