Friday 31 May 2013

Punca Gagal Hamil

Anak adalah pengikat kasih..dan pembawa rezeki..tetapi tak semua pasangan berjaya hamil dalam tempoh yang singkat...a.k.a bunting pelamin..masih ramai yang dah berkahwin bertahun tahun tetapi gagal memiliki anak..mungkin belum rezeki lagi..hanya Allah s.w.t sahaja yang tau..Dia sebaik baik perancang...tetapi kita tidak boleh terus menyalahkan takdir atau hanya berserah sahaja..Setiap pasangan mesti terus berusaha lagi untuk mendapatkan zuriat...

"hanya sekitar 25% pasangan sahaja yang berjaya hamil dalam bulan pertama perkahwinan."
 
  Antara punca gagal hamil
  • Stress
Tekanan atau stress yang melampau menghalang untuk anda memiliki cahaya mata..tak kira la stress dengan kerja atau stress dengan pertanyaan orang seperti 'dah ada isi?'..'bape bulan dah?'...'eh.. si A tu kahwin sama tarikh ngan awak, dah mengandung dah dia, awak bila lagi?'... dan macam macam lagi lah..siapa yang dah kahwin mesti akan dapat soalan cepu emas sebegini...kan..salwa sendiri pun tidak terkecuali..dah merasa ohkay!!.semakin anda tertekan..semakin sukar untuk anda memiliki cahaya mata...jadi buang stress jauh jauh ye...
  • Masalah hormon
Sesetengah wanita mengalami masalah hormon tidak stabil, tubuh tidak dapat menghasilkan progesterone yang mencukupi bagi membolehkan mereka hamil. Masalah hormon ini berpunca dari gaya hidup, pemakanan serta pemakaian barangan kosmetik yang mempunyai pelbagai jenis bahan kimia yang mematikan sel endoktrin. Ada juga wanita yang mengalami kegagalan ovulasi (pengeluran benih)..ia juga dikenali sebagai PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome)..nak tau lebih boleh baca kat sini...
  • Bilangan sperma yang rendah atau kurang berkualiti
Sesetengah lelaki mempunyai masalah untuk menghasilkan sperma yang aktif dan berkualiti..lelaki sihat menghasilkan 200 hingga 300 juta sperma berkualiti sehari..oleh itu, encik suami haruslah menjalani ujian untuk mengetahuinya..terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi masalah sperma antaranya pakaian/seluar ketat,  merokok, terdedah kepada bahang dan suasana tempat kerja yang berisiko merosakkan sperma seperti terdedah kepada bahan kimia dan panas...mandi air panas juga punca masalah sperma..untuk lebih info boleh baca kat sini ye...
  • Usia
Usia juga memainkan peranan penting terutama bagi wanita..setelah berusia 30 tahun, tahap kesuburan wanita berkurangan setiap tahun..begitu juga pada lelaki, namun penurunan tahap kesuburan lelaki tidaklah secepat wanita..
  • Gaya Hidup
Tidak ramai yang menjalani cara hidup yang lebih sihat seperti mengamalkan pengambilan makanan diet seimbang, bersenam, tidur secukupnya, dan lain lain lagi..Gaya hidup sihat memainkan peranan penting untuk anda berjaya hamil. Masalah kesihatan akan menjadi faktor anda gagal hamil..
  • Pengambilan Kafein
Kajian yang telah dilakukan, mendapati bahawa jumlah kafein yang ada dalam tubuh boleh mengganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus..jadi berhenti lah mengambil minuman berkafein atau kurangkan pengambilan, sekiranya anda ingin hamil..
 
"10 - 15% Pasangan suami isteri di Malaysia menghadapi masalah kesukaran mendapat zuriat, Dato Sri Liow Teong Lai"


Cadangan set kesuburan





credit to pa&ma, eserikasih, utusan & halaqah.net





Tuesday 28 May 2013

Resdung Membawa MAUT

Gatal gatal hidung, kerap bersin pada waktu pagi, sensitif dengan debu dan habuk..itu adalah sebahagian dari tanda tanda resdung..ramai yang ambil mudah je bab resdung ni..sepatutnya dari awal harus dicegah ..dah melarat nanti bahaya tau...salwa sendiri pun tak sanggup tengok gambar resdung tahap kritikal ni..anda yang berani tu boleh try google ye...hikhikhik...

Apa itu RESDUNG?
Dari segi tradisional ia merupakan kerengsaan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Dari segi saintifiknya, merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan pada organ organ tertentu dalam badan..

Untuk pengetahuan semua, pesakit resdung bukan sahaja terdiri dari golongan dewasa malah kanak kanak juga...resdung yang kronik boleh menyebabkan buta bagi kalangan kanak kanak..dan resdung yang sampai tahap kritikal boleh membawa maut..cer tengok tanda tanda resdung ni...



dan juga kesan resdung..

 

so jangan ambil mudah ye..bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan".. 
Ingat ya..."PREVENTION IS BETTER THAN CURE"

Antara produk yang dapat membantu mengatasi masalah resdung, alahan dan lain lain lagi..adalah..(drum berbunyi...) kasi syiok siket ye...hihihi



  • Alfafa
Ia juga dikenali sebagai 'Raja Segala Tumbuhan'. Mengandungi mineral kalsium, magnesium, kalium, fosforus, zat besi, protein dan mineral surih, serat, asid lemak dan juga antioksidan..alfafa sangat bermanfaat dalam penyerapan protein dan karbohidrat..alfafa ini bertindak sebagai pembersih darah, menyahkan toksin dalam badan, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, merawat alergik atau alahan pada makanan seperti seafood dan macam macam lagi..anda boleh tengok kat sini..
  •  B Complex
Ia membantu mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut serta otot didalam saluran usus gastro. Ia juga memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan tubuh badan dan sistem saraf..membantu dalam merawat alergik, menyembuh luka dan banyak lagi..boleh baca disini ye...
  • Vita C
Vitamin C sangat kaya dengan antioksida. Berfungsi untuk meningkatkan sistem imun, mengurangkan alergik dan juga memulihkan selsema. Vitamin c adalah rakan baik kulit..sebab boleh mencantikkan kulit..kan...selanjutnya disini ye..

Jadi Buatlah pilihan yang bijak..hak membeli ditangan anda..jangan biarkan kecantikan merubah sebaliknya akibat resdung..
Set G ini adalah yang terbaik..bukan sahaja merawat resdung, alahan..tapi ada banyak lagi manfaatnya..anda yang dah rasa..pasti setuju dengan salwa kan...hehehe..






credit to pakar rawatan resdung

 



Tangani Stress Anda Dengan B Complex

Stress nya!!..banyak benda tak settle lagi..banyak benda nak kene fikir..semua benda aku yang kene buat!!..dan macam macam lagi lah..yang menjadi punca anda stress..kan..kan..sape yang tak pernah stress..student pun stress..ni kan pulak orang yang bekerja..suri rumah macam salwa lagi lah..tak yah cakap ok..hikhikhik...tapi bagaimana anda tangani stress anda? sebagai umat islam...kita kene istighfar banyak banyak..solat..semua tau kan..tak yah bebel macam mak nenek ye salwa..stress orang baca nanti..hahahaha..

selain dari tu, mesti banyak yang anda biasa buat untuk tangani stress kan..tapi tau tak..anda boleh tangani nya dengan vitamin B complex...betul dengan B complex je...

Tengok ni antara fungsi fungsi vitamin B complex..lagi satu B complex ni sangat bagus untuk mereka lebih fokus pada kerja atau pun pada pelajaran..

ni salwa bagi info tambahan untuk anda cek..hihihi..anda stress tak? Jom cek..adakah tanda tanda ini ada pada anda...jangan biarkan ia menjadi lagi stress...hahaha




Tak nak stress..cepat cepat beli B complex ye..order terus ngan salwa...







Salam Sihat

Sunday 26 May 2013

Masker Muka Terbaik..!!

Dah start cuti sekolah..hujung minggu penuh lah dengan agenda kenduri kendara..satu tarikh je sampai 3 4 jemputan kan..untuk yang nak nampak cantik sebelum gi majlis kahwin tu boleh try cara salwa ye...mudah je sebenarnya..dan hasilnya..tak yah cakap la..rasa sendiri..mesti anda akan buat banyak kali..hikhikhik

ni bagi suri rumah macam salwa yang memang tak dapat tinggalkan anak pada sesiapa..sebab tak pernah berenggang langsungkan...atau pada korang yang malas nak pergi ke spa...boleh try ni kat umah ye...lagi syok kalau semua ahli keluarga buat sekali..hehehe...

ni bahan bahan dan cara caranya...salwa sertakan sekali dah...
salwa sendiri dah try..yogurt tu baru keluar dari peti..terus bancuh je..rasa sejuk je kat muka..best sangat..lagi best kalau dapat tido semasa ber'masker'..dah kering baru bangun kan..hahaha..

lepas je basuh muka..memang rasa lembut je pipi ni..salwa buat ni time malam..bangun je pagi tu salwa terus gi tengok muka..nak tau apa perubahan yang salwa nampak...selalu bangun tido muka ni memang berminyak je...tapi ni takde langsung ok..serius..terkejut den!!..muka tak berminyak...tak macam muka baru bangun tido langsung...so lepas ni akan kerap la buat masker sendiri...hikhikhik...

ni lah yang salwa suka ngan shaklee..bukan setakat boleh jadikan minuman je..boleh buat masker lagi..untung sungguh..banyak kelebihannya...




Saturday 25 May 2013

Tips Pengambilan Vitamin Dengan Berkesan

Pernah tak anda mengambil vitamin tetapi tidak mendatangkan hasil seperti yang anda impikan? Dah pelbagai jenis vitamin saya ambil..pelbagai jenama..tetapi masih sama..takde perubahan langsung...

Kat sini salwa share beberapa tips pengambilan vitamin dengan cara yang berkesan..


  • Banyakkan pengambilan air putih
         Pengambilan air putih adalah sangat penting bagi memastikan keberkesanan penyerapan vitamin vitamin yang anda ambil...sekurang kurangnya 3 Liter sehari air putih ye..air putih ini membantu melancarkan proses penyingkirkan toksin dalam badan..lagi banyak anda minum lagi bagus..
'minum air banyak, asyik nak ke tandas je'....ni biasanya alasan tak nak minum air banyak kan..tau tak, pembuangan toksin itu adalah melalui proses perkumuhan..sama ada buang air kecil ke buang air besar ke atau pun keluar peluh...jadi lagi banyak membuang..lagi bagus..badan pun cepat sihat kan..baru la cepat nampak hasilnya..kan..
  • Konsisten
Ha..yang ni anda perlu disiplinkan diri untuk mengambil vitamin pada waktu yang disyorkan..jangan minggu pertama je semangat ambil ikut masa yang ditetapkan...minggu pertama je semangat nak jaga kesihatan, nak jaga kecantikan..lepas tu mula la...ada terlupa ambil time pagi la..nak kan hasil yang luar biasa..anda harus konsisten ye...hasilnya lumayan nanti..hehehe
  • Pengambilan kafein atau minuman bikarbonat
Pengambilan vitamin akan menjadi sia sia sahaja bila anda masih mengambil minuman berkafein tinggi seperti kopi, nescafe, atau tea dalam kuantiti yang banyak..hasilnya nanti tidak seperti yang anda idamkan...jadi berhenti la meminum minuman berkafein atau pun kurang kan pengambilan kafein ye...sebab kafein akan mengganggu penyerapan vitamin vitamin tersebut...so anda pilih lah sendiri..hehehe
  • Jarakkan pengambilan
Bagi individu yang mengambil ubat ubatan dari doktor, anda haruslah menjarakkan pengambilan vitamin dan ubat untuk mengelakan kecelaruan tubuh anda menerimanya...pening nanti tubuh anda...hehehehe 
Sebaiknya, anda jarakkan masa dalam 2 atau 3 jam..atau pun ambil di lain waktu...
  •  Pengambilan vitamin dengan cara yang betul
Vitamin larut lemak A, D, E, K memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapannya..jadi anda harus ambil vitamin ini selepas anda makan makanan berlemak atau berminyak
Vitamin larut air B & C anda harus mengambilnya dengan air putih untuk penyerapan yang terbaik..
Vita lea tidak digalakkan diambil bersama susu dan ostematrix..ini kerana akan menggangu penyerapan zat besi.
Vitamin E tidak digalakkan diambil bersama alfafa kerana akan mengganggu penyerapan alfafa..

 Ok..cek balik ye..mana silapnya kalau ambil vitamin dah lama tapi hasil masih tak memuaskan...ingat!! disiplinkan diri anda untuk mendapat hasil yang luar biasa..kita usahakan yang terbaik, doa dan tawakal kepada Allah..supaya diberikan kesihatan yang lebih baik..Insyaallah..


Dapatkan konsultasi percuma seumur hidup dengan menjadi customer Raishah Vita Shoppe





Salam Sihat
 

Healing Crisis

"Jalan menuju kesihatan yang lebih baik mungkin akan bermula dengan krisis peyembuhan"
Anda mengambil vitamin atau supplements untuk menambahbaik kesihatan namun sebaliknya pula..tahap kesihatan semakin menurun...sabar...jangan cepat menyalahkan vitamin yang anda makan...ia mungkin adalah salah satu proses penyembuhan (healing crisis)...ini bermakna vitamin yang anda makan itu sedang bertindak balas dengan mengeluarkan segala toksin dalam badan, membaiki semula dan membaik pulih organ organ dalaman anda...dalam tempoh tersebut anda mungkin akan mengalami sakit kepala, pening, loya dan lain lain simptom lagi...tempoh healing crisis berbeza bagi setaip individu ye...ia berdasarkan tahap kesihatan masing masing..ada yang tak dapat healing crisis langsung...dan ada juga yang sangat teruk healing crisisnya...semasa lalui proses ini, anda tidak digalakkan mengambil sebarang ubat untuk menghentikan atau menyekat gejala gejala healing crisi ni..sebaiknya biarkan je..kerana anda akan mendapat kesihatan yang lebih baik selepas itu...

"Dalam perubatan cina, penyembuhan terbaik sentiasa akan dilalui dengan krisis penyembuhan"


Buat pengetahuan semua, krisis penyembuhan adalah petanda baik..kerana kita boleh tahu yang badan kita sedang bertindak balas dengan vitamin vitamin yang kita makan....

jom tengok beberapa simptom healing crisis dan sebab sebabnya... 




KRISIS PENYEMBUHAN
SEBAB
Badan terasa hangat
Metabolisma meningkat dan menyebabkan suhu badan meningkat sedikit (tetapi tidakberbahaya seperti demam disebabkan infeksi)
Rasa segar pada malam hari
Metabolisma lemak brlebihan dalam badan
Najis hijau atau kehitaman
Pembuangan sisa sisa toksin pada usus besar
Air kencing seakan macam darah
 Pembuangan batu karang yang telah hancur bagi penghidap batu karang
Rasa kembung , sendawa atau buang angin
Proses menormalkan system pencernaan
Rasa sakit pada tempat yang memang sudah sedia sakit
Proses pembuangan toksin pada organ yang berkaitan
Mengantuk atau keletihan
Proses pembuangan racun dalam tubuh ketika nutrisi memasuki system pembuluh darah
Pening, rasa pitam, atau peluh sejuk
Proses pembuangan racun terutamanya pesakit diabetis dan hipertensi
Susah buang air besar atau sembelit
Proses menormalkan sistem pembuangan (usus besar)
Keluar jerawat atau gatal gatal pada badan
Proses pembuangan racun dari dalam badan melalui kulit
Haid tidak teratur (sementara)
Proses menormalkan keseimbangan hormon dalam badan
Selsema, batuk, berkahak
Proses menormalkan sistem pernafasan yang lemah (jika bukan disebabkan infeksi kuman)
Muka sembab
Proses menormalkan fungsi ginjal
Mulut kering
Proses metabolism dalam tubuh meningkat
Panas dalam
Memperbaiki sistem kekebalan selular pada mukosa mulut akibat kekurangan jenis zat gisi


ini lagi ye...ni salwa amek dari sini...



KRISIS PENYEMBUHAN
PENYEBAB
Sakit kepala yang melampau
Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
Demam, tidak cukup rehat 
Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
Cirit birit ,meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau


Bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar   
Kembung perut       
Sistem penghadaman yang lemah 
Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir 
Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat 
lendir seperti selsema, kahak  
Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin 
Pendarahan Hidung     
Mungkin petanda bagi kekurangan darah 
Rasa sakit pada otot dan sendi


Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
Sistem saraf yang lemah 
Lapar, Pening       
Tekanan darah rendah, anaemia 
Loya, sembelit, tersedu      
Sistem hadaman yang lemah, masalah hati 
Edema (membengkak)    
Masalah buah pinggang
 
 dan lagi...





credit to kak ira dan 4life2u






Sebarang pertanyaan, boleh tanya terus dengan salwa ye...




Salam Sihat