Tuesday, 14 May 2013

Spina Bifida, Punca Kekurangan Asid Folik (Vitamin B9)?

Assalamualaikum...


Selamat petang, petang ni nak berkongsi dengan anda semua mengenai asid folik..
Ye mengenai asid folik..biasanya asid folik ni famous dikalangan ibu mengandung..dan disarankan ambil untuk mereka yang merancang untuk hamil..tapi sebenarnya sesiapa yang pentingkan kesihatan pun boleh makan asid folik..

Time mengandungkan Haikal..memang wajib makan vitamin vitamin dari klinik kesihatan..tapi waktu tu ilmu cetek sangat pasal vitamin...tak berapa arif...so makan je, demi kesihatan kandungan...sekarang bila dah kenal Shaklee..dah kaji setiap vitamin, kebaikan vitamin dan semestinya dah amalkan vitamin Shaklee..
Ok..takyah nak melalut banyak sangat...salwa teruskan je cerita mengenai topik ni ye...


Antara sumber sumber asid folik yang anda boleh dapat dari makanan ialah barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.  Di Malaysia, kebanyakkan roti dan bijirin mengandungi asid folik.

Pernah dengar "spina bifida"? Ia adalah punca kekurangan asid folik dan ada juga kaitan dengan genetik..

" Peratusan penyakit ini adalah 1 dari 1000 orang bayi"
Kebiasaanya spina bifida dapat dikenal pasti pada awal kehamilan ketika trimester kedua melalui ultrasound(scan)..

Spina bifida atau kecacatan tulang belakang bawah yang tidak bersatu sejak lahir...ia menyebabkan saraf tunjang tidak berfungsi sepenuhnya...dan kelihatan menonjol..

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatima Najla Mohd Jaffar berkata, “Spina bifida adalah kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol, tetapi kekurangan asid folik juga boleh mempengaruhi pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna (anencephaly) dan terjadinya bibir sumbing,” 

FAKTA: 67% wanita hamil malas mengambil asid folik
Jenis jenis spina bifida
  • Okulta (tersembunyi) - wujud jarak kecil antara vertebra pada tulang belakang, paling biasa terjadi...kebiasaanya mereka tidak tahu mereka mengalaminya kerana okulta mempunyai simptom ringan atau tiada simptom langsung... hanya sebahagian kecil sahaja tulang yang tidak bertaup...
  • Meningosele - kurang serius daripada mielomeningosele dan jarang berlaku...sebahagian dari lapisan luaran saraf tunjang terjulur keluar tetapi saraf tunjang selalunya sempurna...terdapat satu sista meyelaputi membran yang boleh pecah dengan mudah...
  • Mielomeningosele - sebahagian dari saraf tunjang dan meninges terjulur keluar dari tulang belakang yang terpisah..adalah jenis yang paling serius. Bonjolan yang berupa sista atau pundi yang diselaputi kulit biasanya boleh dilihat di belakang badan. Sista ini mengandungi tisu dan saraf. Saraf tunjang pula rosak atau tidak terbentuk dengan sempurna. Mereka yang mengalami spina bifida jenis ini biasanya mengalami kerosakan saraf atau kelumpuhan pada bahagian-bahagian tertentu, bergantung kepada di mana sista itu berada. Mereka juga mungkin tidak boleh berjalan atau mengawal kencing.


Anda boleh membantu mengurangkan risiko bayi menghidap spina bifida dengan mengambil suplemen yang mengandungi 400 mikrogram asid folik daripada masa anda mula mencuba untuk hamil hinggalah usia kehamilan tiga bulan Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang mengambil asid folik lebih berkemungkinan melahirkan bayi dengan spina bifida, berbanding wanita yang mengambilnya pada jumlah yang disarankan.





B Complex Shaklee adalah lengkap dengan vitamin vitamin B termasuk asid folik dan biotin.








credit to moodpro.tripod.com, eserikasih.com, babycenter.com, metro ahad edisi 12052013, google images.










Salam Sihat
Salwa 




 

1 comment:

  1. Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Byk koleksi shawl dan tudung2 menarik dari HV collection. Promosi dan GA sempena pembukaan blog shop ini juga sedang diadakan sehingga 30mei. Jangan lupa follow juga ye.. =)

    Terima Kasih
    http://hijab-valley.blogspot.com

    ReplyDelete