Showing posts with label Chewable Vita C. Show all posts
Showing posts with label Chewable Vita C. Show all posts

Thursday, 10 October 2013

Keperluan Nutrisi Ibu Hamil Sepanjang Kehamilan

Selamat petang semua, hari ni nak kongsi mengenai kalori dan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil.. sebenarnya, baru baca info ni dalam harian metro.. so salwa kongsikan je ye.. info penting, yang perlu ibu hamil titik beratkan.. 

KALORI IBU HAMIL MENGIKUT TRIMESTER

Trimester pertama – Ibu perlukan 2000 kalori dalam setiap hidangan
Trimester kedua – Ibu perlukan 2400 kalori dalam setiap hidangan
Trimester ketiga – Ibu perlukan 2650 kalori dalam setiap hidangan


KEPERLUAN NUTRISI IBU HAMIL SEPANJANG KEHAMILAN

1.       Protein – Ia memberi kesan kepada pertumbuhan tisu janin, termasuk otak. Ia juga membantu payudara dan tisu rahim berkembang ketika hamil dan memainkan peranan dalam membantu meningkatkan bekalan darah. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah ikan, ayam, daging, telur, tauhu, serta kekacang.

2.       Zat besi – sumber nutrisi ini penting bagi membantu meningkatkan jumlah pembentukan darah merah.  Kekurangan zat besi ketika hamil boleh menyebabkan kelahiran bayi pra matang atau berat terlalu rendah. Antara kumpulan makanan yang yang mengandungi sumber ini ialah daging lembu, makanan laut, ayam, bijirin, serta bayam. Bagi meningkatkan kadar penyerapan zat besi, ia diambil bersama kumpulan makanan yang memiliki sumber vitamin c seperti limau, anggur, brokoli, kentang, tembikai dan tomato.

3.       Asid dokosaheksaenoik (DHA) – sumber ini penting bagi perkembangan otak bayi. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah salmon, tuna, susu, buah buahan dan sayur sayuran.

4.       Asid folik – asid folik sangat penting untuk pembentukan saraf tunjang bayi dan jumlah disarankan adalah 600mikrogram ketika hamil. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah oren, strawberry, limau, mangga, tomato, anggur, kiwi, tembikai, bayam, sayuran berwarna hijau gelap, kekacang, bijirin, telur, salad, serta kobis.

5.       Kalsium – keperluan harian kalsium ketika hamil adalah 1000 miligram sehari. Jika tidak mengambil kalsium mencukupi secara semulajadi, badan akan “meminjam” kalsium pada tulang bagi membina janin. Ia turut membantu badan mengawal cecair serta membantu untuk membina tulang dan gigi bayi tanpa menjejaskan keperluan kalsium sendiri. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah susu, yogurt, keju, ikan bilis, dan kekacang.

6.       Probiotik – nutrisi ini mempengaruhi komposisi serta aktiviti bacteria usus malah membantu membentuk sistem semulajadi dalam sel usus perut. Antara makanan yang mengandungi sumberi ini ialah bijirin.


Ibu hamil juga perlu elakkan pengambilan alkohol, makanan dan minuman berkafein seperti tea, kopi, serta coklat dan makanan mentah


Sumber: harian metro 091013

Wednesday, 1 May 2013

Vitamin C ~ Sustained Release

Vitamin C shaklee masih lagi 'out of stock' ramai yang tanya, bila ada stok? Salwa pun tak sure..Ramai betul minat vitamin C ni..Salwa pun tak sempat nak cuba lagi tau..sekarang tengah tunggu stok chewable Vitamin C..Nasib chewable vitamin C akan sampai dalam waktu terdekat ni..tak sabar dah ni nak rasa..so pada yang selalu makan gula gula tu, tukar lah kepada chewable vitamin C..kan lebih bagus. Chewable vitamin C ni masih sama fungsinya dengan vitamin C sustained release dan paling best sesuai untuk semua..anak anak pun boleh makan tau.



Tahukah anda?
Haiwan seperti arnab mampu menghasilkan 18, 000mg (18g) vitamin C sedangkan manusia  tidak dapat menghasilkan vitamin C. Vitamin C adalah jenis larut air makan ia akan terus hilang dari tubuh kita. Jadi, perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari.

Sekilas fakta:
"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" vitamin C sustained release dari Shaklee merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin c dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan propietari dengan sistem penyaluran yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam.


 Vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, sistem imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot, dan pembuluh darah. Vitamin C adalah antioksida yang kuat yang mana mampu meransang pembentukan kolagen dan juga dapat mencantikan kulit. Lepas ni tak yah cucuk muka sana sini..makan Vitamin C je tau..cantik dari dalam gitu..



untuk pertanyaan:
email:sascima78@yahoo.com
Tinggalkan komen sahaja disini