Saturday 1 June 2013

Kenapa Perlu Pengambilan Vitamin?

Persoalannya perlukah pengambilan vitamin dalam diet harian? Bagi saya perlu, bukan sebab saya jual vitamin tapi sebab saya pentingkan kesihatan tubuh badan..

8 SEBAB MENGAPA BADAN KITA PERLUKAN VITAMIN/SUPPLEMENT
  • Cara Memasak
 Cara memasak amat penting untuk kekalkan segala nutrisi didalam sayuran, terlebih memasak (overcook) akan menghilangkan segala nutrisi penting, contohnya, merebus akan menghilangkan vitamin larut air seperti vitamin B dan C..dan vitamin B6 mudah dimusnahkan oleh haba panas..jadi untuk dapatkan segala vitamin yang ada didalam buah buahan dan juga sayur sayuran adalah dengan memakannya sebegitu sahaja..seperti makan ulam..sanggup ke makan sawi macam tu je..hahaha...  
  • Kualiti 
Sayur sayuran dan buah buahan pada masa sekarang ni kurang berkualiti..kalau lihat di pasaraya pasaraya mesti semua sayur segar segar je kan..takde lubang lubang..cantik je..Pada mata kasar ia nampak berkualiti tapi adakah ia selamat?Penggunaan racun serangga dan racun perosak mempengaruhi kualiti sayuran dan buah buahan tersebut..dan sebelum ni salwa dah pernah buat entry mengenai buah yang diperam dengan kabait kan..so boleh baca kat sini ye..
  •  Makanan Proses
Kesuntukan masa untuk memasak bagi mereka yang bekerja, mungkin lebih mudah untuk memilih makanan yang telah siap diproses sama ada makanan dalam tin ataupun sejuk beku..Kebiasaannya makanan ini, tinggi kandungan bahan kimia, garam dan juga gula..Bagi makanan sejuk beku, kandungan vitamin E akan berkurangan setelah defrosted(dinyahsejukbeku..betul ke maksud ni..haha)...
  • Antibiotik atau Ubat Ubatan
Antibiotik sangat famous digunakan untuk melawan jangkitan, namun pengambilan antibiotik membunuh bakteria baik didalam usus, yang biasanya membantu vitamin B  untuk diserap melalui dinding usus. Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan pelbagai masalah saraf, sekiranya anda mengambil antiobiotik disarankan untuk mengambil vitamin B. Begitu juga dengan ubat ubatan, pengambilan ubat akan mengganggu penyerapan zat makanan.
  • Alergik Makanan atau Minuman
Ada yang alah untuk minum susu, akan menyebabkan kekurangan kalsium dalam badan..begitu juga yang alah pada makanan laut seperti kerang akan menyebabkan anemia..yang sangat merbahaya ye..terutama ibu mengandung..tak suka makan sayur sayuran lah..ada kan?..suka makan ayam je..hihihi..so disini lah pentingnya ambil vitamin untuk menampung kekurangan nutrisi anda..
  • Tekanan
Tekanan di tempat kerja atau tekanan faktor sekeliling meningkatkan keperluan tubuh badan terhadap pengambilan vitamin B..pencemaran udara meningkatkan keperluan badan terhadap vitamin E..
  • Usia
Usia yang semakin meningkat, pengambilan vitamin juga meningkat..ini kerana keupayaan badan semakin menurun untuk melawan penyakit..jadi anda perlukan perisai iaitu vitamin untuk meningkatkan keupayaan badan..Contohnya, pengambilan zink untuk mempercepatkan pemulihan luka..pengambilan vitamin kalsium untuk menguatkan tulang..begitu juga dengan magnesium untuk membantu melancarkan sistem pencernaan.. 
  • Latihan/Senaman
Latihan atau senaman yang berterusan, memerlukan pengambilan vitamin B, vitamin C dan juga zat besi untuk membekalkan anda kesihatan yang baik, dan membantu anda kekal cergas sepanjang hari..


Tanya diri anda sendiri ye..kalau anda mampu menyediakan makanan yang anda tanam sendiri, proses sendiri dengan cara yang betul, anda makan mengikut piramid makanan..mungkin anda tak perlukan vitamin..tapi kalau tak, ambil lah..ingat ye..kesihatan keutamaan anda..badan sihat, anda boleh cari duit lebih..tapi kalau badan tak sihat, duit lebih pun anda takleh beli kesihatan..so..keputusan ditangan anda...bijak bertindak ye kawan kawan...




Nak khidmat nasihat percuma, jangan segan segan ye..



 credit to lovingfit


Salam Sihat


 

No comments:

Post a Comment