Ok, pagi ni terbaca satu info menarik..dan salwa perlu kongsikan dengan anda semua..apa yang baik itu haruslah di war war kan..betul tak? Selalu dengar ayat ni kan "apa yang anda makan itu lah anda" YES!..sangat betul..apa yang kita makan akan jadi darah daging kita..sama ada ia mendatangkan kebaikan atau keburukan..kita yang TENTUKAN..Pilihan di tangan anda..
Setiap makanan mempunyai khasiat yang tersendiri..dan yang paling menariknya..sains dan makanan tak dapat dipisahkan..begitu juga dengan tubuh badan kita..setiap makanan menggambarkan kebaikannya..yang mana kita boleh lihat sendiri...info ini salwa dapat dari mymekar.com..
Makanan & Anda:
Karot
yang dihiris kelihatan seperti mata manusia. Pupil, iris dan garisan
jejari seakan-akan mata manusia. YA, sains telah membuktikan karot
membantu pengaliran darah ke dan dari mata serta fungsinya.
Tomato
mempunyai empat ruang dan berwarna merah. Jantung kita berwarna dan
mempunyai 4 ruang. Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan tomato
adalah makanan untuk jantung dan darah.
Anggur
tergantung dalam kelompok yang mempunyai bentuk seperti jantung. Setiap
biji anggur kelihatan seperti sel darah. Kajian-kajian yang dijalankan
dewasa ini menunjukkan anggur adalah makanan yang memberi tenaga kepada
jantung dan darah.
Kacang
walnut kelihatan seperti otak, ada hemisfera kanan dan kiri, sereberum
atas dan sereberum bawah, neo-kortek pun ada juga. Kini kita telah tahu
bahawa kacang walnut membantu mengeluarkan 3 dozen neurotransmiter untuk
fungsi otak.
Kacang
bunus membantu menyembuh dan memelihara fungi buah pinggang. Ya kacang
bunus nampak betul-betul seperti buah pinggang manusia.
Sayur
saderi, bok choy, rubarb dan banyak lagi kelihatan seperti tulang.
Sayur-sayuran ini adalah untuk kekuatan tulang. Tulang mengandungi 23%
sodium, begitu juga dengan sayur-sayuran ini, 23% sodium. Sekiranya
permakanan anda tidak mempunyai cukup sodium, tubuh anda akan
mengambilnya dari tulang dan membuatnya menjadi tidak kuat.
Buah
terung, avokado, pear baik untuk kesihatan serta fungsi rahim dan
serviks wanita. Bentuk buah-buahan tadi kelihatan seperti organ
tersebut. Kajian terkini menunjukkan apabila seseorang wanita memakan
sebiji avokado setiap minggu, hormonnya seimbang, membuang berat
kelahiran yang tidak diperlukan dan menghindari kanser serviks. Adakah
fakta ini berkebetulan? Pokok avokado mengeluarkan buah masak dalam
tempoh sembilan bulan selepas ia berbunga.
Buah
ara mempunyai biji yang banyak dan bergantungan di pokok dua setangkai.
Buah ara dapat meningkatkan motiliti sperma lelaki serta meningkatkan
jumlahnya dan juga mengatasi masalah kemandulan lelaki.
Limau
grapefruit, oren dan buah-buahan sitrus kelihatan seperti kelenjar
mamari wanita. Sebenarnya buah-buahan tersebut dapat membantu kesihatan
payudara dan pergerakan keluar masuk limfa dari payudara.
Keledek menyerupai seperti pankreas dan ia sebenarnya dapat mengimbangkan indek glisemik pesakit kencing manis.
Bawang
besar kelihatan seperti sel tubuh. Kajian masa kini menunjukkan bawang
besar dapat membantu membersihkan bahan sisa dari sel-sel tubuh. Ia juga
boleh menyebabkan air mata yang membasuh lapisan epitelial mata.
Yang mana satu pilihan anda?
No comments:
Post a Comment