Thursday, 4 April 2013

Susu ibu susu terbaik di dunia

Masih segar lagi dalam ingatan ni...pengalaman paling manis sewaktu disahkan hamil. Setelah setahun tiga bulan usia perkahwinan kami, pada 2 april 2011 baru dapat tahu yang ada seorang anak adam dalam rahim ini. Sangat teruja!tak terkata..Tersenyum sahaja bila keluar dari klinik Ragavan.
Mulai detik itu, boleh dikatakan setiap masa kalau melayari internet mesti akan Google perkembangan baby minggu ke minggu...mesti nak tau besar mana lah anak yang ada dalam rahim ni...sihat ke dia...dan yang pasti NIAT untuk beri yang terbaik untuk anak yang dikandung 9 bulan 10 hari..
Bila masa untuk buat pemeriksaan di klinik ibu dan anak..nurse mesti bagi tau pasal kebaikan susu ibu...dan waktu tu dah pasang niat untuk susukan dengan susu sendiri..Alhamdulillah..niat dipermudahkan oleh Allah S.W.T...sekarang usia Haikal hampir setahun lima bulan, masih menyusu badan..Meh sini nak bagi tau antara kebaikan susu ibu yang tak boleh di beli di pasaraya :
  • Sumber nutrien yang mencukupi..so tak perlulah risau..takut baby tak cukup zat ke...terutama sekali kolesterum iaitu susu pertama yang keluar berwarna kekuningan tu(itulah yang paling berkhasiat tau). Kandungan protein 3 kali ganda berbanding susu ibu yang biasa.
  • Mudah hadam.. susu ibu...tak kan buat baby sembelit atau kembung perut.
  • Baby yang dapat susu ibu akan kurang obesiti berbanding yang minum susu formula.
  • Susu ibu adalah perisai utama yang dapat melawan penyakit seperti cirit birit, selsema, dan radang paru paru. (Ianya terbukti selama susukan Haikal dari lahir cuma 2 kali je masuk wad; pertama sebab demam kuning dan kedua sebab demam panas ketika umur 1 tahun sebulan)
  • Yang penting susu ibu BERSIH dan tak perlu susah - susah nak bancuh.
  • Kandungan dalam susu ibu dapat membantu perkembangan otak baby agar menjadi cerdas dan cergas.
  • Susukan anak dengan susu ibu dapat membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan dapat menurunkan berat badan juga..(sebelum bersalin berat 78kg+ dan sekarang 56kg)
  • Dapat merapatkan hubungan antara emak dan anak
  • Susukan anak dengan susu ibu diberi ganjaran pahala...ha sapa tak nak kan...senang senang je kita kaum ibu dapat pahala..

Surah Al - Baqarah Ayat 233:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak:

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
*fadilat dan kelebihannya menyusukan diambil dari blog ini

dan paling penting ia adalah PERCUMA.

No comments:

Post a Comment