Sunday, 21 April 2013

~ Osteoporosis ~

Apa itu osteoporosis?

Osteoporosis merupakan penyakit tulang reput dan berisiko besar mengakibatkan tulang patah. Osteoporosis adalah 'silent disease' dimana kita tidak tahu menghidap penyakit ini sehinggalah mengalami patah tulang dengan mudahnya. Kebiasaanya patah tulang berlaku pada tulang belakang, tulang pinggul, dan pergelangan tangan.
osteoporosis

Kenapa ia berlaku?

Osteoporosis terjadi kerana tulang kurang ketumpatan dan kurang kalsium yang dipanggil 'bone mass density'. Keadaan umur yang meningkat dan menopous(wanita) adalah salah satu faktor. Faktor yang boleh menyumbang kepada osteoporosis terbahagi kepada dua:

Faktor TIDAK BOLEH diubah

  • Umur yang meningkat
  • Kumpulan ethnik- orang berketurunan Cina dan “orang putih"
  • Menopos sebelum masanya iaitu umur kurang dari 45 tahun termasuk menopos disebabkan pembedahan rahim dan ovary
  • Saiz badan yang sediakala kecil
  • Keturunan- Sejarah ahli keluarga spt ibu, ayah dan adik beradik yang pernah mengalami osteoporosis 
Faktor yang BOLEH diubah

  • Pengambilan kalsium dan Vit D yang rendah- masyarakat di Malaysia kurang minum susu
  • Tahap aktiviti – kurang senaman boleh reputkan tulang
  • Merokok berlebihan
  • Mengambil minuman berakohol
  • Mengambil caffeine berlebihan
  • BMI yang rendah iaitu kurang dari 19 kg/m2 ( BMI= Berat (kg) / tinggi(m) x tinggi (m)
  • Kekurangan hormone estrogen
  • Makanan yang terlalu asidik – darah perlu pada ph neutral, maka, hormone parathyroid akan rangsang osteoclast ambil kalsium dari tulang

PENTING!
Sekurang - kurangnya 1 dari  3 orang rakyat Malaysia berisiko tinggi mendapat osteoporosis.
50% atau separuh wanita berusia 50 tahun ke atas mengalami patah tulang akibat osteoporosis yang mana kaum cina paling tinggi diikuti melayu dan india.




clip_image006

Langkah pencegahan


  • Pengambilan kalsium dan Vitamin D yang mencukupi
  • Tingkatkan berat badan bagi wanita yang BMI kurang dari 19 kg/m2
  • Tingkatkan senaman “weight bearing” atau aktiviti fizikal tetapi jangan keterlaluan
  • Kepentingan postur atau cara yang betul untuk duduk, jalan dan berdiri, juga untuk angkat
          barang, di mana pamphlet boleh didapati di klinik dan hospital.
  • Elakkan minuman berakohol
  • Kurangan pengambilan kopi, teh dan coklat
  • Elakkan merokok
  • Bagi wanita berumur, elakkan daripada mudah jatuh dan tercedera.
Wanita lebih terdedah kepada osteoporosis kerana wanita 'berkerja' untuk mengandung dan melahirkan zuriat serta selepas menoupous wanita kekurangan estrogen (hormon yang melindungi tulang).

Segala sumber adalah dari pembacaan dan dari i-medik.

No comments:

Post a Comment