Sunday, 28 April 2013

Nutriferon


Kebiasaan kita jarang jumpa doktor bila sakit sikit sikit ni kan..macam demam, selsema..dan dah jadi habit untuk ambil panadol je..tau tak panadol tu tak bagus? boleh merosakkan buah pinggang..nak tau lebih baca kat sini yer. Jadi beralihlah kepada yang lebih selamat, semulajadi, tulen dan berkesan.


Nutriferon adalah interferon semulajadi didunia, dibangunkan oleh Dr. Kojima. Ia adalah satu formula eksklusif dan dipatenkan oleh shaklee, tidak dijual dimana mana kedai biasa, hanya terdapat melalui Shaklee sahaja. Telah terbukti bahawa interferon (nutriferon) amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan pelbagai jenis penyakit lagi. Nutriferon adalah teman anda untuk travel travel tau, sebab apa? Nutriferon adalah perisai yang hebat..so bila rasa nak demam je..amek sepeket ye..takyah la telan panadol dah.

Sebab sebab anda harus pillih Nutriferon:

1. Satu satunya interferon (nutriferon) semulajadi di dunia - di ekstrak dari 4 jenis tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle jepun, dan biji plantago. 

2. Penemuan terhebat - Dr. Kojima telah membuat kajian selama 40 tahun dan beribu ribu jenis sebatian serta lebih 200 jenis herba yang berlainan dan berjaya menghasilkan Nutriferon.

3. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari - mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan  sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T -cells, B- cells, dan makrofag.

4. Melindungi dari influenza - ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, alergi, inflamasi, dan influenza.


Nak travel?jangan lupa dapatkan Nutriferon dari salwa ye.



Kesan Panadol

 Untuk dikongsi bersama, kisah benar..

sumber dari sini


"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

Saturday, 27 April 2013

Cinch Energy Tea Mix



Cinch energy tea mix adalah campuran pelbagai jenis teh (tengok nama pun dah tau kan..hehe). Terdiri daripada gabungan teh hijau matcha, teh putih dan teh merah. Rasa teh yang menyegarkan dari bahan semulajadi dan memberikan tenaga kerana mengandungi taurina. Ia adalah pilihan alternatif terbaik bagi menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh dan yang paling penting tanpa gluten, tiada perasa, pewarna dan bahan pemanis tiruan.

Jom tengok bahan bahan cinch energy tea mix :

  • Matcha green tea - disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan
  • Red tea extract - salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor daripada merebak
  • White tea extract - dikenali sebagai teh hijau bayi, mempunyai kandungan antiosida yang lebih tinggi berbanding teh hijau
  • Rooibos red tea extract - tembuhan unik yang berasal dari Afrika Selatan, kaya dengan polifenol - antioksidan
Penggemar tea? Rasa lah kesegaran cinch energy tea mix ini..anda pasti suka kan nya.

Cinch Shake Mix

Sesi penurunan berat badan adalah sesi yang amat mencabarkan, memerlukan kesabaran yang tinggi..Namun dengan cinch shake mix anda akan menyukainya. Kenapa saya cakap begini? ini kerana rasa cinch shake mix ini memang tiada tandingan nya..Anda pasti menyukainya..Cinch shake mix mempunyai tiga perisa yang enak iaitu caffe latte, vanila dan chocalate.


Cinch shake mix merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu anda dalam mengekalkan otot perlu. Cinch shake mix diperkaya dengan leucine bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan. Setiap kali anda menikmati cinch shake mix, anda akan dapat 24gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6gram serat larut. Makanan yang kaya protein boleh menahan kelaparan yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Jadi, takde lah mulut tu asyik megunyah je kan..hehe

Cinch shake mix:

  • memberi khasiat seperti mengambil makanan tetapi rasa enaknya seperti menikmati pencuci mulut
  • mempunyai indeks glisemik yang rendah - 22 (sesuai untuk pengidap kencing manis)
  • mengandungi cinch pro, campuran eksklusif protin dipertingkat dengan leucine - asid amino
  • diperkaya dengan leucine untuk memelihara otot semasa sesi penurunan berat badan
  • glisemik yang rendah untuk mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • memberikan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 vitamin dan mineral penting
  • menggunakan soya bebas GMO
  • tiada perasa, pewarna atau pemanis tiruan

Nak rasa cinch shake mix? tinggalkan komen anda ATAU email sascima78@yahoo.com

Friday, 26 April 2013

Peppermint - ginger plus

Blurrrppp...Blurppp...angin satu badan..kalau petua dulu dulu nak keluarkan angin, minum air rebusan halia takpun halia muda tu buat ulam je..gerenti keluar angin satu badan...baru lah lega kan..tapi sekarang dah moden..zaman serba canggih, jadi guna kan je lah peppermint ginger plus. Peppermint ginger plus dapat membantu dan merawat masalah loya (hamil trimester pertama), gastrik, mabuk laut, sendawa, dan penghadaman. Dihasilkan dengan kombinasi 4 herba - daun pudina, halia, adas, dan cekur manis.

Daun pudina - melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati, dan cirit birit. selain itu, ia melegakan kesan kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada kesan kemoterapi. pudina juga meransang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijngkiti selsema. perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan fokus.

Halia - masyarakat cina telah lama menggunakan halia lebih daripada 2000 tahun (buat sup). Halia meransang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya, dan mual angin ketika awal kehamilan, selepas kelahiran (pantang). satu kajian di United Kingdom menunjukan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan merawat / mencegah kesakitan ketika dalam perjalanan / pengembaraan.

Pokok adas (fennal) - orang orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegkan gejala flu (selsema). juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

Cekur manis (anise) - digunakan oleh orang orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.


Siapa yang perlukan Peppermint Ginger Plus?

  • badan penuh angin
  • sering muntah muntah
  • ingin menjaga kebersihan usus
  • yang sering alami kembung perut
Berminat? Tinggalkan pesanan anda diruang komen ATAU email sascima78@yahoo.com

Herb - lax

Kredit to  mamacergas.com atas info detoks ni..jom kita baca.

Fakta Penting Tentang Usus

Jom ketahui lebih lanjut tentang usus kita.. ;)
  • Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita.
  • Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus).
  • Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi.
  • Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil.
  • Usus besar boleh menyerap mineral dan air.
  • Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil)
  • Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik.

Mengapa detox / mencuci usus penting??

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dindig usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.


Anda mencari Vitamin untuk DETOX? cubalah Herb Lax..

[TESTIMONIAL HERB LAX] 
"Detox, Masalah sembelit, Perut Meragam...
Sebenarnya sebelum saya mengenali shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herb-lax untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan".

Apa itu herb - lax?
Herb lax mengandungi 9 herba semulajadi - alfafa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root. 
Herb lax menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaianya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita dalam jangka masa panjang. 
senna leaves - meransang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak

buckhorn bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus

licorice root - membantu proses detoksifikasi

fennel seeds - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lenihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan  berkesan untuk masalah sembelit, kembung perut atau usus

anise seeds - meransang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan

rhubarb root - herba yang banyak digunakan dalam perbuatan cina untuk digunakan sebagai antibiotic 

blue malva flower - membantu proses detoksifikasi den mengimbangi tekstur kulit

culver's root - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma

alfafa leaves - membersihkan usus, darah dan hati

Kebaikan Herb lax

  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • membantu masalah sembelit
  • mengempiskan perut
  • membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.

Berminat? tinggalkan pesanan anda di ruang komen atau email sascima78@yahoo.com

Performance Drink

Biasa minum minuman isotonik? macam 100+ dan macam macam nama lagi..performance drink ni lebih kurang sama..tapi lebih siket.. sebab banyak keistemewaan nya minuman ni tau..bukan sekadar minuman untuk ahli sukan je..performance drink mampu memberikan anda lebih bertenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Performance drink juga mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera. Paling istimewa lagi, ujian klinikan telah membuktikan rumusan eksklusif Opticarb akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda.


Keistimewaan performance drink:

Meningkatkan daya ketahanan badan - memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot, dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh. (tak mudah penat)

Membekal tenaga & daya ketahanan fizikal - ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium, dan chloride. 

Mencegah penyahhidratan - mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembapkan kulit dan kelihatan muda

Mengekalkan paras gula - terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan sembuhan akibat kecedaraan otot.

Sangat sesuai untuk:

Para atlet
Individu yang berpuasa (diambil ketika sahur dan berbuka puasa)
Individu yang aktif bersukan
Ibu menyusukan anak
Individu yang kurang minum air
Individu yang sering sakit kepala
Yang terasa hendak demam, atau sedang demam
Kanak kanak yang demam
Individu yang gemar minuman bikarbonat, gantikan dengan performance drink (less sugar and healthy drink)
 Berminat? email sascima78@yahoo.com atau tinggalkan komen sahaja. Best price!
 



Thursday, 25 April 2013

Meal shake

meal shakes
Meal shakes shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Merupakan sumebr protein lengkap dengan vitamin dan mineral tambahan.
Meal shakes shaklee sesuai untuk semua golongan seperti kanak - kanak, pelajar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, orang sakit, orang yang sibuk, atau orang yang selalu mengamalkan makanan segera. Meal shakes shaklee perasa french vanila (rasa dan bau seperti ais krim vanila gitu). Meal shakes shaklee sangat sesuai untuk di jadikan smoothies (tambah ais lebih, memang sedap). Selain sedap banyak manfaat yang anda boleh dapat dengan meal shakes ni. Jom tengok!

cadangan hidangan

Khasiat utama:
1. Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan untuk tumbesaran
2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protein, membantu pembinaan sel sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun, dan lain lain
3. Membantu tumbesaran - mengandungi folik asid, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel sel untuk proses membesar
4. Anti oksida - mengandungi vitamin A,C,E, zink, selenium, yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
5. Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi, dan cooper yang cukup untuk membina sel sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik, mengurangkan masalah kulit seperti ekzema
6. Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
7. Lazat - minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.
8. Selera meningkat - meningkatkan selera anak untuk makan, berat badan akan bertambah secara konsisten
9. Tingkat sistem imun - membantu meningkatkan sistem imun - kanak jarang demam dan sakit.

Berminat? tinggalkan pesanan anda @ email saja.

Tuesday, 23 April 2013

Jom ubah

Hujan dari petang tadi..sekejap sekejap berhenti..alhamdulillah..sejuk bumi mu Allah..hurm...bukan ni sebenarnya yang bermain di fikiran..dah dua tiga hari terfikir..dan rasa nak share supaya anda juga memikirkan nya..hehe..tak susah pun..bukan soal jawab untuk exam..just a simple question..
ini khas untuk kaum wanita yang sudah berkahwin..ha..mesti pelik..soalan apa ni..hahaha..relax..jangan gelabah na..
pernah tak puan - puan, kakak - kakak, atau ibu - ibu sekalian terfikir..atau mungkin saya sorang je kot yang fikir macam ni..kenapa bila masa disahkan hamil kita sangat TERUJA untuk buat persiapaan. Bukan persiapan pakaian, katil, nama atau yang seumpanya..tapi mempersiapkan diri ni untuk makan segala jenis vitamin yang diberi oleh klinik kesihatan, minum air gula, cek tekanan darah, ujian air kencing, dan macam macam lagi lah..sape yang dah pernah hamil mesti dah hafal segala macam ni kan..dan bersemangat nak minum susu untuk ibu hamil..yang biasa iklan kat dalam tv tu kan..
ALASAN yang biasa keluar dari mulut ada lah.."Demi anak dalam perut ni..mama sanggup buat apa sahaja, asalkan anak mama sihat". betul tak?
 bukan saya sorang je macam tu..saya pasti anda pun macam tu....TAPI, pernah tak anda lakukan rutin semasa hamil, setelah bersalin? makan lagi tak vitamin b complex. vitamin c. folik asid. susu. vitamin yang mengandungi zat besi. saya tak makan. YE. saya memang tak makan dah semua vitamin tu...cuma saya masih minum susu tapi bukan la susu ibu hamil, saya minum anlene perasa coklat. 
Sebab apa saya tak makan, sebab saya masih lagi ditampuk yang lama. masih tak tau yang badan kita perlukan makanan tambahan atau pun vitamin ni..sampai la saya bertemu shaklee..saya belajar setiap jenis vitamin..saya belajar kenapa badan kita perlukan vitamin. saya belajar semua tu hanya untuk pastikan badan saya sihat, sebab saya masih menyusukan Haikal..jadi saya perlu berikan segala nutrisi penting untuk Haikal membesar. bukan ibu menyusu je perlukan semua ni..tapi kita semua..sebab apa..badan kita nak pakai lama..setiap hari badan kita berkerja..kita ambil contoh mudah, kereta. kereta yang digunakan tanpa servis, pasti banyak masalah bukan. banyak maintenance yang perlu kita fikir kan bila guna kereta. minyak hitam, tayar, enjin, semua la..kita harus jaga..kalau tak, keta akan rosak di tengah jalan..bila dah rosak lagi banyak keluar wang kan..begitu juga dengan kita..bila badan tak dijaga dengan betul..banyak penyakit akan singgah..time tu berhabis duit keluar masuk hospital..rugi..banyak yang kita rugi..masa..kesihatan..macam macam lagi lah..
jadi mulai hari ini, mari kita ubah ke arah kebaikan..kalau boleh amalkan pengambilan vitamin..yang basic pun tak pe..pilih la dari jenama yang anda suka. yang anda percaya. keputusan di tangan anda..kesihatan hak anda..dan jangan lupa untuk cek tekanan darah, diabetis ke..buat sebulan sekali..monitor kesihatan anda..ingat 'cegah sebelum parah'..


~ salam sihat ~

B complex

B complex Shaklee
B - complex shaklee mengandungi 8 komponen penting Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12), termasuklah 100% biotin dan asid folik. Para saintis shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailibility) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik ynag terdapat dalam pasaran bersifat sintetik. Vitamin B adalah vitamin larut air, jadi sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan(bila makan vitamin b, mesti kalau buang air kecil berwarna kuning pekat).
Tanda kekurangan vitamin B
  • keletihan 
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoid 
  • lemah 
  • lesu
  • stress
Kepentingan B complex
  • Menukar makanan kepada tenaga - membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat, dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan
  • Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan imsomnia(sukar tidur)
  • Membantu tumbesaran - menggalakan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak kanak, membantu pembinaan DNA dan sel sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
  • Membaiki masalah rambut -  membaiki masalah kulit kepala, beruban, gugur, kelemumur
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan
  • Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, meransang aliran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah muntah, mabuk darat atau laut
  • Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan, dan masalah penghadaman, terutamanya  mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
  • Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau
  • Detoksifikasi - meredakan alahan
  • Mudah fokus - membantu fokus, memperkasakan memori dan daya pemerhati
  • Melindungi terhadap keracuna plumbum
  • Mencegah kemandulan - masalah haid
Berminat? Contact me: sascima78@gmail.com atau sascima78@yahoo.com atau FB page Raishah vita shoppe.

kenapa Shaklee?

Assalamualaikum

Dari hari ke hari nak update blog..tapi kekangan masa dan takde idea nak dicurahkan atas note maya ni... baru hari ni berjaya untuk update...kene paksa diri untuk kebaikan bersama..jangan biarkan penyakit M menguasai diri..alamat tak menjadi semua planning bulan ni..haa haa haa..



hari ni nak kongsi sedikit kenapa saya pilih shaklee..kenapa? mengapa?bagaimana?ha ha
dah lama tau pasal shaklee..before bersalin kan Haikal lagi..tapi tak terdetik untuk mengenali lebih dalam..sekarang bila dah kenal..I love shaklee sesangat..so habis satu keluarga makan - suami dan anak dan saya juga.

produk Shaklee
Salwa selalu tengok baca dan cari tau pasal shaklee ni..selalu tengok iklan shaklee kat facebook [hospital bersalin]..tapi hati time tu tak tergerak untuk tanya...kalau tanya pun kat en google.. mungkin bukan jodoh untuk jatuh cinta dengan shaklee lagi..sebab lebih prefer makan vitamin yang diberi oleh nurse - nurse kat klinik kesihatan. Waktu tu salwa mengaku, salwa 'buta' pasal vitamin ni..salwa fikir vitamin kalau nurse or doktor bagi baru boleh makan..sebab fikir vitamin ni ubat..perlu consult dengan doctor dulu..haha nampak tak bertapa teruknya pemikiran salwa time tu. (malu..malu..) Untuk pengetahuan semua, vitamin bukan ubat okey..
Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Sumber dari sini.
dah faham kan?
okey salwa mula dengan shaklee baru je lagi..salwa start dengan meal shake untuk Haikal..sebab apa..ha tengok kat sini. Kenapa salwa pilih jenama shaklee..sedangkan banyak je lagi vitamin / makanan tambahan kat pasaran...berlambak jual kat farmasi..guardian..watson..tunggu pilih dan bayar je.. shaklee ni berbeza dan sangat istimewa bagi salwa..salwa kongsi dengan anda 'keistimewaan' shaklee

istimewa kan..so confidence level up terus..bersemangat lain macam bila tau shaklee ni betul betul jaga produk dia..jom cuba shaklee..anda pun mesti akan teruja dengan kesannya..contact me ok for consultation. Free of charge. 


Sunday, 21 April 2013

~ Vita Lea ~ Multivitamin

Tahukah anda. ha ayat skema keluar dah. Ok, salwa nak share dengan anda semua mengenai multivitamin ynag tertua..yang pertama dicipta di dunia iaitu multivitamin VITA LEA Shaklee. Pada asasnya ia dikenali sebagai 'vitalize-mineral' tapi disingkatkan kepada 'vita-min' Ha..ni lah yang kita duk sebut sampai sekarangkan...(baru tau asal perkataan vitamin). Vita lea adalah multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana ia mengandungi 28 vitamin dan mineral penting. Ia juga mempunyai sistem penyerapan bioaktif untuk memastikan peyerapan folik asid. Tablet vita lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Yang paling salwa suka vita lea adalah multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan dah tentu la dalam tubuh kita juga. 
Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan vita lea shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita lea juga telah dipilih sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam public interest pada tahun 2000.



 Kebaikan Vita lea

Pelengkap nutrisi - boleh menampung kekurangan nutrient harian ynag disebabkan amalan pemakanan dan diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
Penambah tenaga - pemberi tenaga, kecergasan tubuh, kekuatan mental dan membantu sistem memori sekaligus mudah fokus dalam pembelajaran dan kerja harian.
Meningkatkan metabolisma - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan(anti-penuaan)
Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
Melindungi organ - melindungi buah pinggang, jantung, dan hati
Meningkatkan keupayaan sistem produktif.


 
The best multivitamin - Vita lea
Siapa yang perlukan Vita lea?
wanita hamil - dapat menangani masalah anemia (Hb rendah)
semua orang yang mementingkan kesihatan menyeluruh
ibu menyusu - membekalkan nutrisi lengkap untuk ibu dan anak
pesakit tiroid/beguk - mencegah penyakit tiroid
kanak - kanak (vita lea for children )
individu yang tidak lengkap diet hariannya
individu yang ingin meningkatkan sistem imun

Alfafa ~ Shaklee

Alfafa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan panggil sebagai "raja segala tumbuhan". Alfafa telah digunakan oleh manusia sejak lebih 2500 tahun. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah - buahan mahupun sayuran. Alfafa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim, dan fotokimia.
Alfafa complex merupakan formula shaklee signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an. Diperbuat daripada tanaman alfafa (medicago sativa) secara organik di Calirfonia yang bebas dari pestisid, herbasid, dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfafa mengambil masa sekurang - kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfafa pula, dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan.

alfafa
1001 manfaat alfafa:

merawat gangguan pencernaan
mengawal kolesterol dalam darah
menghapuskan kolesterol buruk 'LDL' dari tubuh
mengurangkan risiko penyakit jantung & strok
bagus untuk pesakit diabetis kerana mengurangkan paras gula dalam darah
mencegah edema - pengumpulan air dalam badan
mengurangkan simptom menopous
merawat asma & lain lain masalah pernafasan
merawat masalah sembelit
menyahtoksin dalam tubuh
mengurangkan kesakitan otot dan sendi
meningkatkan sistem pertahanan tubuh
membantu masalah penghadaman
membantu memperbanyakkan susu
merawat kencing kotor/masalah pundi kencing
mengurangkan masalah gastrik & gangguan hati
merawat masalah keputihan (bagi wanita)
bertindak sebagai kacip fatimah (bagi wanita)
 meningkatkan stamina bagi lelaki
memulihkan urat selepas bersalin (bagi wanita)
membantu menghilangkan alergik & ekzema

10 biji alfafa = nutrisi segelas susu




alfafa shaklee


Berminat? Anda boleh dapatkan stok dari saya Raishah Vita Shoppe.
Best price!

Ostematrix

ostematrix shaklee
Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes, dan boron. Nutrien ini perlu diambil bersama - sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur. Ostematrix terbukti secara klinikal meningkatkan penyerapan kalsium dalam darah dalam masa 12 jam.


Kalsium penting untuk:

- membina tulang dan gigi yang kuat
- 1% kalsium dalam darah penting untuk mengawal tekanan darah dan degupan jantung yang normal
- memelihara tulang daripada risiko kecedaraan
- menghalang masalah 'cramp' terutama bagi wanita hamil (pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.)
- mengatasi masalah PMS(wanita) (pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak dapat meringakan sakit waktu haid.)
- menyelesaikan masalah susah tidur(insomnia)
- meringankan masalah sembelit & buasir (sukar membuang)
- membantu penyusuan susu ibu (terutama sewaktu period)
- memperbaiki gastrik dan migrain

Kelebihan Ostematrix

Supplemen kalsium yang lengkap (vitamin D, magensium, mangan, cooper, zinc, boron, vitamin K).
Mudah diserap oleh tubuh.
Vitamin semulajadi
Mudah ditelan
Mudah dikira (1 tablet oste = 1 gelas susu tinggi kalsium)
Mempunyai ujian klinikal bagi menyokong keberkesanannya
Tidak menyebabkan enapan kalsium dan mencegah batu karang kerana ia mengandungi magensium dan kadar yang seimbang dengan vitamin D dan kalsium
Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang


*kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal/ pundi kencing.

~ Osteoporosis ~

Apa itu osteoporosis?

Osteoporosis merupakan penyakit tulang reput dan berisiko besar mengakibatkan tulang patah. Osteoporosis adalah 'silent disease' dimana kita tidak tahu menghidap penyakit ini sehinggalah mengalami patah tulang dengan mudahnya. Kebiasaanya patah tulang berlaku pada tulang belakang, tulang pinggul, dan pergelangan tangan.
osteoporosis

Kenapa ia berlaku?

Osteoporosis terjadi kerana tulang kurang ketumpatan dan kurang kalsium yang dipanggil 'bone mass density'. Keadaan umur yang meningkat dan menopous(wanita) adalah salah satu faktor. Faktor yang boleh menyumbang kepada osteoporosis terbahagi kepada dua:

Faktor TIDAK BOLEH diubah

  • Umur yang meningkat
  • Kumpulan ethnik- orang berketurunan Cina dan “orang putih"
  • Menopos sebelum masanya iaitu umur kurang dari 45 tahun termasuk menopos disebabkan pembedahan rahim dan ovary
  • Saiz badan yang sediakala kecil
  • Keturunan- Sejarah ahli keluarga spt ibu, ayah dan adik beradik yang pernah mengalami osteoporosis 
Faktor yang BOLEH diubah

  • Pengambilan kalsium dan Vit D yang rendah- masyarakat di Malaysia kurang minum susu
  • Tahap aktiviti – kurang senaman boleh reputkan tulang
  • Merokok berlebihan
  • Mengambil minuman berakohol
  • Mengambil caffeine berlebihan
  • BMI yang rendah iaitu kurang dari 19 kg/m2 ( BMI= Berat (kg) / tinggi(m) x tinggi (m)
  • Kekurangan hormone estrogen
  • Makanan yang terlalu asidik – darah perlu pada ph neutral, maka, hormone parathyroid akan rangsang osteoclast ambil kalsium dari tulang

PENTING!
Sekurang - kurangnya 1 dari  3 orang rakyat Malaysia berisiko tinggi mendapat osteoporosis.
50% atau separuh wanita berusia 50 tahun ke atas mengalami patah tulang akibat osteoporosis yang mana kaum cina paling tinggi diikuti melayu dan india.




clip_image006

Langkah pencegahan


  • Pengambilan kalsium dan Vitamin D yang mencukupi
  • Tingkatkan berat badan bagi wanita yang BMI kurang dari 19 kg/m2
  • Tingkatkan senaman “weight bearing” atau aktiviti fizikal tetapi jangan keterlaluan
  • Kepentingan postur atau cara yang betul untuk duduk, jalan dan berdiri, juga untuk angkat
          barang, di mana pamphlet boleh didapati di klinik dan hospital.
  • Elakkan minuman berakohol
  • Kurangan pengambilan kopi, teh dan coklat
  • Elakkan merokok
  • Bagi wanita berumur, elakkan daripada mudah jatuh dan tercedera.
Wanita lebih terdedah kepada osteoporosis kerana wanita 'berkerja' untuk mengandung dan melahirkan zuriat serta selepas menoupous wanita kekurangan estrogen (hormon yang melindungi tulang).

Segala sumber adalah dari pembacaan dan dari i-medik.

Saturday, 20 April 2013

~ EBM ~ stok susu buat si manja anda.

Expressed Breast Milk atau singkatan nya kita panggil EBM..agak familiar bagi ibu yang bekerjaya dan masih menyusukan anak mereka dengan susu ibu. Walaupun salwa tak pernah buat stok susu, tapi sedikit sebanyak tercuit hati ini untuk membantu para ibu mengetahui cara uruskan EBM dan tips untuk buat stok EBM. Ok, sebelum tu jom kita tengok dulu definisi dari dunia EBM:

Fresh EBM = Susu yg baru diperah
Chilled EBM = Susu dah diperah, masuk dlm fridge bhgn sejuk (bukan beku)
Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku.

Kalau kita cari maklumat tentang penyimpanan susu mungkin ada tempoh penyimpanan yang berbeza-beza. Kena tengok juga ketahanan perut baby kita.

Fresh EBM
Suhu bilik (25-37'C) - 4 jam
Aircond (15-25'C) - 8 jam

Chilled EBM Some say tahan dlm 2-3 days (48 hours – 72 hours)
Some say tahan dlm 4-5 days Some say it depends on tahap kesejukan fridge (mummy pilih 2-3 hari, kalau rasa taknak guna dalam masa terdekat, lebih baik pindahkan ke bahagian sejuk beku)
Note : Chilled EBM akan terbahagi kepada 2 lapisan. atas bahagian lemak, bawah lapisan air.. Itu adalah normal, bila panaskan susu kita perlu goncangkan supaya lapisan tersebut bersatu.

Frozen EBM Fridge 1 pintu : tahan sehingga 2minggu
Fridge 2 pintu : tahan sehingga 3 bulan
Deep freezer : tahan sehingga 6 bulan (ada yg mummy baca setahun tapi untuk selamat better 6 bulan shj)


*Susu beku yang dicairkan mestilah digunakan dalam masa 24 jam (setelah dicairkan tidak boleh dibekukan semula)
ok..semua maklumat diatas..salwa dapat dari sini.  Terima kasih tuan rumah...bagi ilmu ni..



 

Bertenaga bersama Shaklee

Sekejap je masa berlalu, sekarang dah pertengahan bulan april...beberapa bulan je lagi kita umat islam nak sambut ramadan..bulan untuk kita beribadah, tambah pahala, control segala nafsu yang ada..nafsu makan terutamanya. Cakap je bulan puasa , mula la membayangkan bazar ramadan..ha nafsu tu!..control...control...tapi ada juga yang selalu tak bertenaga...baru jam 4 petang dah lesu, layu je...alasan  saya puasa..hey!puasa tu bukan penghalang untuk kekal cergas dik oi.. Sekarang ni takde alasan dah ye..salwa nak share ngan korang supaya kekal cergas..biar semua orang kagum melihat anda bertenaga sepanjang bulan puasa..

kekal cergas bersama SHAKLEE
 ha..ni tiga items WAJIB untuk anda bila berpuasa, tak boleh nak makan berat ketika sahur atau pun terlewat bangun sahur..ala..tinggal 5 minit je lagi nak imsak..ha bancuh ni..insyaallah..anda kekal betenaga sepanjang hari..berbuka puasa dengan mighty 3 gems supaya anda kekal bertenaga melakukan ibadah pada malam hari.




Mighty 3 gems ini mengandungi 3 jenis produk (ha! dah terang terangkan ada tiga je tuh) iaitu ESP(perasa vanila), Performance drink & meal shakes(perasa french vanila).

 1. Energizing Soy Protein (ESP) - kandungan protein soya yang berkualiti tinggi, memberi tenaga berpanjangan,mengandungi 22 jenis asid amino yang dapat membina otot, satu satunya produk yang mengandungi 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
2. Meal shakes - merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yeng diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Mampu meningkatkan ddan menguatkan sistem imuniti kanak kanak.
3. Performance drink - mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumebr tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera. Mencegah penyahidratan (kurang haus). Mengekalkan paras gula. 

SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA DAN JUGA UNTUK IBU MENYUSU

email sascima78@gmail.com/fbpage raishah vita shoppe

 



Friday, 19 April 2013

ESP (Energizing Soy Protein)

Salam...kali ni salwa nak share tentang ESP...sape yang dah cuba, mesti dah tau kehebatan ESP ni..

ESP dari Shaklee merupakan satu satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur(tua muda semua boleh ambil ESP). Sangat sesuai untuk pesakit KENCING MANIS kerana mengandungi indeks glisemik yang rendah (39).


ESP  = 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu

Manfaat dari ESP


Apa yang anda dapat dengan ESP?
  • Awet muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung. 
  • Baik untuk prostat - genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menapous, dan pembesaran prostat.
  • Kulit remaja - meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan pemulihan luka, dan menghilangkan parut.
  • Pemberi tenaga segera -  membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia, dan tekanan.
  • Memulihkan pigmentasi - membaiki masalah rambut seperti beruban, rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Memperbaiki memori - meningkatkan kualiti memori, menguatkan ingatan, kecergasan dan keupayaan seksual.

Thursday, 18 April 2013

Saya Juga Ber'shaklee'

Assamualaikum semua...


Wahhh...baru buat blog..tetiba sunyi sepi pulak seminggu...apa cer ye!
ha..mintak maaf la semua... dugaan...rintangan harus ditempuhi.. ada perkara yang tak dapat dielakkan...haishhh!! Panjang benor citernya nanti...Jom salwa nak share tips untuk anda semua yang bergelar ibu dan menyusukan anak anda dengan susu ibu.. nak bertenaga sepanjang hari..nak buat stok susu ibu...meh kita tengok ye.. Jemput cuci mata dan pilih set mengikut bajet anda. Nak best price boleh terus email salwa sascima78@gmail.com

Pilihan Ibu yang BIJAK
Sekarang salwa sendiri pun makan supplement ni...salwa amek ESP, Ostematrix, B complex dan Vita lea... Kenapa la nak makan supplement ni bagai salwa? ha big question mark! susu saya ok je..cukup je untuk baby..baby pun tak meragam. YE! saya dulu pun berfikiran begitu. Tapi bila saya kaji semula, saya harus berikan nutrisi yang TERBAIK untuk Izz Haikal..tapi saya tak makan ikut piramid makanan. Jadi bagaimana Izz Haikal nak dapatkan semua zat zat terbaik kalau mama nya makan ikut suka je. Saya tertarik bila tengok ramai testimoni berjaya dengan set menyusu Shaklee ni. Kenapa tidak saya sertai mereka... Saya mahu membantu kaum ibu yang menyusukan anak mereka. Mungkin dengan ini, saya mampu menyelesaikan masalah kaum ibu yang kurang susu, selalu penat, atau mahu membuat stok susu untuk anak mereka. Anda juga boleh jadi seperti mereka! 

Wahhh!! Banyaknya..Saya juga mampu HASILKANNYA!

Thursday, 4 April 2013

Susu ibu susu terbaik di dunia

Masih segar lagi dalam ingatan ni...pengalaman paling manis sewaktu disahkan hamil. Setelah setahun tiga bulan usia perkahwinan kami, pada 2 april 2011 baru dapat tahu yang ada seorang anak adam dalam rahim ini. Sangat teruja!tak terkata..Tersenyum sahaja bila keluar dari klinik Ragavan.
Mulai detik itu, boleh dikatakan setiap masa kalau melayari internet mesti akan Google perkembangan baby minggu ke minggu...mesti nak tau besar mana lah anak yang ada dalam rahim ni...sihat ke dia...dan yang pasti NIAT untuk beri yang terbaik untuk anak yang dikandung 9 bulan 10 hari..
Bila masa untuk buat pemeriksaan di klinik ibu dan anak..nurse mesti bagi tau pasal kebaikan susu ibu...dan waktu tu dah pasang niat untuk susukan dengan susu sendiri..Alhamdulillah..niat dipermudahkan oleh Allah S.W.T...sekarang usia Haikal hampir setahun lima bulan, masih menyusu badan..Meh sini nak bagi tau antara kebaikan susu ibu yang tak boleh di beli di pasaraya :
  • Sumber nutrien yang mencukupi..so tak perlulah risau..takut baby tak cukup zat ke...terutama sekali kolesterum iaitu susu pertama yang keluar berwarna kekuningan tu(itulah yang paling berkhasiat tau). Kandungan protein 3 kali ganda berbanding susu ibu yang biasa.
  • Mudah hadam.. susu ibu...tak kan buat baby sembelit atau kembung perut.
  • Baby yang dapat susu ibu akan kurang obesiti berbanding yang minum susu formula.
  • Susu ibu adalah perisai utama yang dapat melawan penyakit seperti cirit birit, selsema, dan radang paru paru. (Ianya terbukti selama susukan Haikal dari lahir cuma 2 kali je masuk wad; pertama sebab demam kuning dan kedua sebab demam panas ketika umur 1 tahun sebulan)
  • Yang penting susu ibu BERSIH dan tak perlu susah - susah nak bancuh.
  • Kandungan dalam susu ibu dapat membantu perkembangan otak baby agar menjadi cerdas dan cergas.
  • Susukan anak dengan susu ibu dapat membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan dapat menurunkan berat badan juga..(sebelum bersalin berat 78kg+ dan sekarang 56kg)
  • Dapat merapatkan hubungan antara emak dan anak
  • Susukan anak dengan susu ibu diberi ganjaran pahala...ha sapa tak nak kan...senang senang je kita kaum ibu dapat pahala..

Surah Al - Baqarah Ayat 233:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak:

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
*fadilat dan kelebihannya menyusukan diambil dari blog ini

dan paling penting ia adalah PERCUMA.

Tuesday, 2 April 2013

Shaklee...Shaklee...

Bismillah...

Alhamdulillah...

Bulan baru, insyaallah dengan kekuatan yang baru untuk memulakan bisnes. Jadi suri rumah sepenuh masa ni ada kala bosan jugak kan...asyik duk bergaduh ngan Izz Haikal je...
Tapi kalau dia busy main...takde sape la nak gaduh ngan kita ni...alih alih layan FB...dari buang masa...terpikir untuk berbisnes...tambah pulak en suami sokong...apa lagi...bertambah tambah la semangat ni...macam gunung everest...hahaha


haisshhhh...panjang pulak cerita di sebalik tabir ni kan...dah...dah...cukup  la tu salwa oi...takde orang nak layan cite sebalik tabir tu...bukan masuk panggung wayang pun...hoohoohoo

Kenapa terpikir nak bisnes produk shaklee ni?????
ha ambik kau persoalan nya!!

salah satu sebab nya:
kami dah consume produk ni lah...bukan nak promote sangat..tapi memang best produk ni...
mula mula dapat je...terus buka...bau dia memang sedappp sangat...ha kau...sape yang suka sangat makan ais krim vanila ke...bau vanila...memang terus jatuh cinta la...bau yang menusuk kalbu...ha...bukan setakat haikal je makan...satu keluarga boleh makan...ho key!
ha ni lah dia meal shake tu...memang syiokkk habis.

lepas ni tak yah la bazir duit beli ice blended bagai...guna je shaklee meal shake...buat la ice blended, ape pun...nanti salwa kasi resepi eh...biar sama leh rasa kesedapan nya...nyum nyum ...eh silap...minum bunyi nya sluuuurrpppp la...
lagi satu sebab, produk shaklee ni mesra alam tau...yang tu kita cerita next entry k...

OK. ni sebab kenapa cuba meal shake shaklee:
1.      Izz haikal kene tiap tiap bulan check up...sebab apa? berat badan tak berapa naik...baru ni timbang turun 100gram pulak...nurse pun asyik bising je...siap bagi vitamin 2 botol...yang warna kuning tu lah...
vitamin oh vitamin
(lain macam muka haikal bila makan ni...hahaha)
2.      selera makan Izz haikal kurang...biasalah budak tengah lasak kan...apa yang dia tau..main je lah...makan pun main...apatah lagi sekarang dah pandai nak makan sendiri...tapi bukan suap ke mulut..makanan suap ke lantai...lantai la gemuk nanti kan haikal...hehehe