Sunday, 24 November 2013

Vitamin C SR Menjadi Pilihan, Kenapa?

Assalamualaikum.. Selamat berhujung minggu.. Sementara hero tidur, mari lah meng'update' blog.. 
Tengok tajuk, macam nak bikin panas je kan.. siap persoalkan lagi.. hahahah.. 
Tapi itulah hakikatnya.. betul.. setahun Vitamin C ni menghilangkan diri, tak senang duduk bagi mereka yang dah rasa penangannya.. Vitamin C shaklee bukan sahaja datang dari sumber oren.. tetapi ia juga dari sumber jagung.. dan semestinya 100% dari sumber semulajadi.. Yang menjadi keistimewaan Vitamin C SR mengandungi Bioflavonoids..

Apa itu Bioflavonoids?

Salah satu tips untuk memilih Vitamin C ialah yang mengandungi bioflavonoids.. Bioflavonoids membantu meningkatkan keberkesanan Vitamin C.. dan juga mencegah pengoksidaan vitamin C didalam badan..

Bioflavonoids terhasil daripada tumbuh tumbuhan berwarna seperti sayuran, buah buahan, bunga, herba dan bijirin..  Hasil dari kajian yang telah dijalankan bioflavonoids bertindak sebagai:
  • Anti radang
  • Anti alergik
  • Anti virus
  • Anti kanser

Bioflavonoids yang ada dalam Vitamin C SR ni membantu :
  1. Melindungi dan mengakalkan struktur salur kapilari darah
  2. Mempunyai kesan anti bakteria
  3. Mengalakkan peredaran darah
  4. Meransang pengeluaran hempedu
  5. Mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
  6. Merawat dan mencegah katarak
  7. Bertindak sebagai anti histamin
  8. Mempunyai ciri ciri anti radang
  9. Mengurangkan gejala herpes mulut


Nak tau lebih lagi pasal bioflavonoids? boleh klik sini.. 

Vitamin C SR memang menjadi pilihan ramai, bukan sahaja untuk kecantikan kulit, tetapi untuk kesihatan badan.. membantu merawat luka dan banyak lagi...
Nak rasa kehebatan Vitamin SR? jangan segan segan contact salwa yer... best price untuk anda.. dan boleh tahan sehingga 6 bulan kegunaan..




Salwa
SID 954091






Supplement Shaklee Membantu Melancarkan Sistem Pembuangan

Assalamualaikum.. Selamat berhujung minggu..

Hari ahad yang indah ni.. nak share something dari apa yang salwa dapat selepas consumed supplement shaklee.. actually dah share pun benda ni kat fb.. hari ni baru dapat nak kongsikan di laman blog plak..

Supplement yang wajib salwa amek setiap hari ialah B complex, Vitamin C, ESP, Vita lea, dan juga ostematrix.. Sebelum breakfast memang wajib minum ESP campur dengan susu anlene coklat ataupun susu strawberry.. Rasa enak lemak berkrim tau... hihihihi

Sebenarnya, selepas consumed supplement ni semua.. Salwa perasan yang sistem pembuangan semakin lancar.. tak macam zaman belajar dulu dulu.. Kalau masa belajar di UiTM Jengka dan UiTM Kb Kelantan memang susah sangat nak membuang tau.. serius, kawan sebillik pun dah sedia maklum... seminggu nak membuang dua tiga kali pun payah.. kadang sampai stress, macam macam cara dah buat.. minum air banyak, makan buah.. tapi tak jadi gak.. sampaikan pergi cari ubat tradional untuk melancarkan pembuanngan.. tea untuk detoks pun minum tau.. tapi sekejap je berkesan.. lepas tu jadi balik...

Sampai lah salwa bertemu dengan shaklee.. Makan supplement ni pun untuk tingkatkan lagi kesihatan badan.. tambah salwa masih menyusukan Haikal masa tu.. Nak lancarkan pembuangan takde dalam niat utama.. hahahahah

Tapi itu lah kesan sampingan yang salwa dapat, supplement shaklee membantu melancarkan sistem pembuangan.. Sekarang sehari sekali wajib membuang, tanpa perlu di paksa tau.. kadang dua tiga kali.. smooth je tau.. hehehehe..

Mungkin, badan kekurangan zat untuk melancarkan sistem pembuangan.. bila dah makan supplement ni.. zat zat yang kurang tu telah ditampung.. tu yang mudah je kan.. dan memang terbukti yang ostematrix membantu melancarkan sistem pembuangan.. sebab ada magnesium.

So, untuk anda yang dah cuba pelbagai cara untuk lancarkan sistem pembuangan.. boleh la try amek supplement.. badan sihat, pembuangan pun lancar..




Salwa
SID 954091



Thursday, 10 October 2013

Keperluan Nutrisi Ibu Hamil Sepanjang Kehamilan

Selamat petang semua, hari ni nak kongsi mengenai kalori dan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil.. sebenarnya, baru baca info ni dalam harian metro.. so salwa kongsikan je ye.. info penting, yang perlu ibu hamil titik beratkan.. 

KALORI IBU HAMIL MENGIKUT TRIMESTER

Trimester pertama – Ibu perlukan 2000 kalori dalam setiap hidangan
Trimester kedua – Ibu perlukan 2400 kalori dalam setiap hidangan
Trimester ketiga – Ibu perlukan 2650 kalori dalam setiap hidangan


KEPERLUAN NUTRISI IBU HAMIL SEPANJANG KEHAMILAN

1.       Protein – Ia memberi kesan kepada pertumbuhan tisu janin, termasuk otak. Ia juga membantu payudara dan tisu rahim berkembang ketika hamil dan memainkan peranan dalam membantu meningkatkan bekalan darah. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah ikan, ayam, daging, telur, tauhu, serta kekacang.

2.       Zat besi – sumber nutrisi ini penting bagi membantu meningkatkan jumlah pembentukan darah merah.  Kekurangan zat besi ketika hamil boleh menyebabkan kelahiran bayi pra matang atau berat terlalu rendah. Antara kumpulan makanan yang yang mengandungi sumber ini ialah daging lembu, makanan laut, ayam, bijirin, serta bayam. Bagi meningkatkan kadar penyerapan zat besi, ia diambil bersama kumpulan makanan yang memiliki sumber vitamin c seperti limau, anggur, brokoli, kentang, tembikai dan tomato.

3.       Asid dokosaheksaenoik (DHA) – sumber ini penting bagi perkembangan otak bayi. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah salmon, tuna, susu, buah buahan dan sayur sayuran.

4.       Asid folik – asid folik sangat penting untuk pembentukan saraf tunjang bayi dan jumlah disarankan adalah 600mikrogram ketika hamil. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah oren, strawberry, limau, mangga, tomato, anggur, kiwi, tembikai, bayam, sayuran berwarna hijau gelap, kekacang, bijirin, telur, salad, serta kobis.

5.       Kalsium – keperluan harian kalsium ketika hamil adalah 1000 miligram sehari. Jika tidak mengambil kalsium mencukupi secara semulajadi, badan akan “meminjam” kalsium pada tulang bagi membina janin. Ia turut membantu badan mengawal cecair serta membantu untuk membina tulang dan gigi bayi tanpa menjejaskan keperluan kalsium sendiri. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah susu, yogurt, keju, ikan bilis, dan kekacang.

6.       Probiotik – nutrisi ini mempengaruhi komposisi serta aktiviti bacteria usus malah membantu membentuk sistem semulajadi dalam sel usus perut. Antara makanan yang mengandungi sumberi ini ialah bijirin.


Ibu hamil juga perlu elakkan pengambilan alkohol, makanan dan minuman berkafein seperti tea, kopi, serta coklat dan makanan mentah


Sumber: harian metro 091013

Tuesday, 8 October 2013

GMO vs NON GMO

Selamat petang semua.. sedikit perkongsian untuk semua tentang produk GMO vs Non GMO.. Sebenarnya, selalu juga salwa cakap pasal benda alah ni kan.. tapi bukan kat blog.. kat page ngan personal fb jer.. so dah tiba masanya untuk salwa terangkan lagi pentingnya titik berat produk yang berlabel Non GMO.. Bukan nak promote ESP, tetapi memang ESP adalah salah satu produk Non GMO.. boleh cek kat label makanan/ produk.. biasanya akan tulis Non GMO..


 GMO vs Non GMO




  • GMO adalah Genetically Modified Organism, maksudnya Organisma yang telah diubah suai genetik.  Pengubahsuaian yang mengabungkan gen, virus tertentu dengan DNA haiwan, tumbuh tumbuhan atau pun mikroorganisma seperti baketria. Biasa di Malaysia, popular dengan ayam yang disuntik untuk percepatkan tumbesaran ayam.. tu salah satu contoh GMO.. Biasanya, ini akan menguntungkan petani atau penternak.. sebab tak perlu mengambil masa yang lama dan ia juga membantu pengeluaran lebih banyak.. 
  • Non GMO adalah sebaliknya, produk yang tidak diubah suai langsung genetiknya. pertumbuhan berlaku dengan cara yang sihat.. dan dijaga sepenuhnya.. Tumbuh tumbuhan atau haiwan melalui fasa tumbesaran dengan cara selamat.. takde kene paksa suh cepat besar..hihihih.. walaupun mengambil masa yang lama untuk matang.. tetapi ia lebih selamat.. selalu yang segera kan tak bagus untuk kesihatan kita.. betul tak?
ESP non GMO
Sebelum kenal shaklee, salwa tak tau pun pasal kepentingan GMO dan Non GMO.. tapi bila dah tau..risau dan takut.. banyak kesan sampingan.. sebab tu lah sekarang ni, macam macam penyakit kita dengar.. kalau nak tau, rakyat negara United States, Kanada, Europe, Japan, dan negara lain lebih memilih untuk produk Non GMO.. 

Berdasarkan pada kajian yang telah dibuat, banyak kesan sampingan pengambilan produk GMO.. Antaranya, menyebabkan alergik, boleh menyebabkan kanser, sistem imun rendah, mudah terdedah pada jangkitan.. boleh baca kat sini untuk info mengenai GMO..

Untuk info Non GMO dan kesan pengambilan produk GMO, anda boleh baca kat sini.. 




Dah baca kan...Apa tindakan anda selanjutnya? 
  • Elakkan makanan siap proses yang mengandungi jagung, soya, sugar beets, dan minyak canola
  • Pilih produk yang berlabel NON GMO seperti ESP
  • Pilih produk organik
  • Tanam sendiri
Yang mana satu jawapan anda, anda yang tentukan.. kesihatan anda ditangan sendiri..

Sunday, 6 October 2013

Ramuan Utama Shaklee Collagen Powder Yang Menjadikan Kulit Semakin Cantik Berseri

Selamat berhujung minggu semua.. petang petang ni salwa nak kongsikan ramuan utama yang menjadikan Shaklee collagen powder ni antara kolagen yang memberikan kesan paling menakjubkan.. Kulit jadi semakin halus dan gebu.. dengan collagen ni, bukan sekadar mencantikkan kulit muka je.. malah untuk detox dan kesihatan tulang juga.. 
 

 

 

  • Kolagen dari sisik ikan merah
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pemcemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan lain. Shaklee collagen powder adalah supplement kolagen yang unggul, mengandungi 4,000mg kolagen RSS (sisik ikan merah) propietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak oleh sisik ikan merah. Kolagen shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1000 Dalton, amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Ekstrak biji camellia japonica
Biji camellia japonica terdiri daripada asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat serta isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas. 
  • Ekstrak pfaffia
Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan esktrak biji camellia japonica ia membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amount air yang banyak. Asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin. 
  • Elastin dari kolagen ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang. Memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.
  • Vitamin C dan Vitamin B
Vitamin c menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit. Vitamin c juga membantu untuk dapatkan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama masalah jeragat.
Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak, dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen didalam sel. Vitamin B juga membantu mengekalkan kelembapan pada kulit. Membantu meningkatkan pengaliran darah yang baik serta membantu mengatasi masalah jerawat, kulit kusam dan warna kulit tidak sekata. 
  •  Ekstrak kekerang
Glucosamine esktrak kekerang adalah penting didalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi sendi dan menghidratkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
  • Lactobacillus acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen. Lactobacillus acidophilus ialah sejenis bakteria baik yang membantu sistem penghadaman. Bakteria ini berfungsi untuk mendiami usus dan tidak membenarkan mana mana bakteria berbahaya berkumpul di usus. Ia juga bertindak membersihkan usus (detox) dan merangsang sistem imun untuk berfungsi dengan lebih baik. Perlu tau ye, perkara asas dan utama untuk mendapatkan kulit cantik, bersih dan berseri perlu dimulai degan proses detox untuk memastikan penyerapan kolagen dengan lebih baik. Dengan Shaklee Collagen Powder segalanya lengkap dalam satu sachet.

Ramuan Shaklee Collagen Powder adalah 100% asli, semulajadi, selamat, tiada bahan tambahan seperti pewarna, perasa dan juga tiada bahan pengawet.

Sempena promosi bulan oktober, dapatkan harga terendah dengan pembelian Beli 6 PERCUMA 1..





Berjaya HAMIL dengan Set Kesuburan Shaklee

Selamat petang semua..
petang petang ni nak kongsikan berita gembira ngan semua orang.. excited melampau lampau dah ni.. hahahaha

nak tau apa dia? cer tengok bawah ni..

 

Alhamdulillah.. customer salwa berjaya hamil setelah menggunakan set kesuburan selama 3 bulan.. dah lama menanti kehadiran cahaya mata.. berkat sabar, usaha, ikhtiar dan doa..akhirnya Allah makbulkan juga..

Customer ni cuma amalkan GLA untuk dia, dan Vitamin E serta Zink untuk suami dia.. 
Tanpa perlu mengeluarkan belanja ribuan ringgit, Insyaallah..dengan izin dariNya.. disahkan hamil..anda juga yang masih menanti kehadiran cahaya mata, boleh ikhtiar dengan produk kesuburan ni juga..zaman sekarang ni, nak sesuatu kita kene usaha lebih siket, ikhtiar dengan pelbagai cara.. percaya dan yakin dengan kuasaNya.. tak boleh lah nak menyerahkan segalanya pada takdir.. sebab tak semua yang kita nak, datang bergolek.. ye tak? salwa dulu pun bukannya bunting pelamin.. so, salwa paham perasaan anda yang masih berusaha untuk dapatkan zuriat.. 




Ingin dapatkan set kesuburan?

Order disini
sascima78@yahoo.com
sascima78@gmail.com

Tuesday, 1 October 2013

Air Lebih Bersih & Sihat Dengan Get Clean Water Pitcher

Assalamualaikum.. hari ni salwa nak kongsikan macam mana nak dapatkan air yang bersih tanpa mengeluarkan belanja yang besar.. dan tanpa menggunakan elektrik langsung.. mudah dibawa.. anda yang suka travel pun boleh nikmati air yang bersih.. tak caya? meh tengok ni..


Get clean water pitcher merupakan sistem penurasan air multi paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat berbanding jag air yang lain. Get clean water pitcher menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air serta mengurangkan bahan bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%. 

Get clean water pitcher merupakan sistem penuras jag air pertama yang menawarkan blok karbon yang boleh diisi semula. Jadi kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras air 303liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.


  • Menandingi jenama terkemuka yang lain
    • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium, dan bahan bahan cemar lain, disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat. 
    • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin.
    • Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan - dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
    • Sistem penuras jag air berblok karbon isian semula yang pertama

  •  Pilihan Bijak
    • Hanya beberapa sen bagi seliter air 
    • Air yang lebih sihat dan rasanya juga enak
    • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras, yang pasti tidak memerlukan kuasa elektrik
    • Ringan dan mudah dibawa 
    • Menjimatkan kos - tanpa perlu dimasak



Sumber: shaklee

Sunday, 15 September 2013

Mencegah Darah Tinggi Dengan Bahan Semulajadi

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap sepatutnya. Tekanan darah tinggi tidak mempunyai tanda tanda atau simptom yang menunjukkan anda menghidapi penyakit tersebut..namun, anda boleh perhatikan beberapa faktor yang menyumbang kepada penyakit darah tinggi..

Punca - Punca Tekanan Darah Tinggi

  • Berat badan berlebihan
  • Pengambilan diet yang kurang sihat
  • Merokok
  • Pengambilan garam berlebihan
  • Stress
  • Gaya hidup yang kurang sihat
  • Keturunan

sumber fenditazkirah.blogspot.com


"Tiada penyakit didalam dunia ini yang tiada penawarnya kecuali maut"


Ingin mencegah darah tinggi dengan bahan semulajadi? supplement shaklee ada jawapan nya..

Omega guard -  Melancarkan peredaran darah, menghalang pembekuan darah, mengurangkan tahap kolesterol, mengurangkan tahap risiko sakit jantung

B complex - Membantu mengurangkan masalah stress, meningkatkan sistem pertahanan badan, penting untuk saraf yang sihat

Garlic - Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, menggalakkan kesihatan kardiovaskular, mengurangkan risiko strok, mengurangkan kolesterol dalam tubuh

CoQ Health plus - Membantu memperbaiki peredaran darah, membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasilkan sel baru, menggalakkan kesihatan jantung yang sihat

Lecithin - Membantu menurunkan kolesterol, mengurangkan masalah lemak yang tersumbat di pembuluh pembuluh darah, membantu memecah serta mencarikan lemak

GLA - Membantu mengawal darah tinggi, untuk kesihatan fungsi saraf, mengurangkan "blod clot", menguatkan dinding arteri

Vivix - Membantu untuk kesihatan keseluruhan, menyokong kesihatan otak, menyokong kesihatan jantung, menyokong fungsi kardiovaskular



Kesihatan mestilah diutamakan.. lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat, lakukan senaman sekurang kurangnya 3 kali seminggu.. 


Untuk dapatkan supplement shaklee atau konsultasi, boleh terus hubungi salwa..

Saturday, 14 September 2013

Supplement Untuk Pesakit Diabetes

"Malaysia negara ke lapan tertinggi di dunia pengambilan gula- statistik tahun 2010 "
"Secara purata rakyat Malaysia mengambil 26 - 32 sudu gula sehari berbanding 9 - 10 sudu yang disarankan" - i Sihat september 2013


Bila baca statement di atas, macam sukar untuk dipercayai.. SEHARI 26 - 32 SUDU GULA?? Banyak tu.. dalam sedar tak sedar.. pengambilan gula melebihi nilai sepatutnya, macam mana ini boleh berlaku? Pemilihan pemakanan yang kurang tepat..makanan yang tinggi nilai gula seperti gula gula, kek, biskut, kuih muih, minuman tin, minuman bikarbonat dan sebagainya...Hasil kajian oleh CAP pada tahun 2009 mendapati sebotol sos cili dan tomato daripada pelbagai jenama mengandungi 26 sudu teh hingga 37 sudu teh.. (rasa pedas, tapi kandungan gula juga tinggi..hihi). Kalau selalu mengamalkannya, tak mustahil mengundang diabetes kan..

"Kira kira 3.6 juta orang dewasa bakal menghidapi penyakit diabetes atau kencing manis di Malaysia - Presiden Majlis Pencegahan Obesiti, Jong Koi Chong"

Statement dia atas, salwa baca dari sini..sangat membimbangkan..namun begitu, penyakit diabetes boleh dicegah dan dirawat.. Jaga corak pengambilan makanan dengan betul dan anda juga boleh mengamalkan supplement untuk mengurangkan risiko penyakit diabetes.. Mencegah lebih baik dari mengubati.. ada peluang untuk mencegah, jangan lengahkan masa..nanti kalau dah terlambat..merana  la diri.. tanggung la sendiri..hehehe

Supplement untuk pesakit diabetes, yang ni cadangan set supplement untuk mereka yang menghidap diabetes atau kencing manis..ketiga tiga supplement ini membantu mengatasi masalah diabetes..





Untuk mereka yang tak suka makan supplement berbentuk kapsul atau pil, boleh amalkan VIVIX.. yang ni juga untuk mencegah penyakit diabetes.. dan anda boleh lihat sendiri testimoni hasil pengambilan vivix, bacaan paras gula semakin menurun..

 




walaupun tadi dah guna ayat ni..tapi masih nak guna kan jugak ayat ni....."mencegah lebih baik dari mengubati" atau dalam english nya... "prevention is better than cure".. Ayuh rakyat Malaysia, jauhkan diri anda daripada golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit ini..





HEALTH IS WEALTH



Berminat untuk dapatkan supplement untuk pesakit diabetes?
Klik disini




sumber: shaklee golden lounge

Friday, 13 September 2013

Tambah Berat Badan Dengan Cara Yang Sihat & Selamat

Dalam pada sibuk nak kurus, nak diet..ada juga yang nak naikkan berat badan tau.. kalau tengok kat pasaran kebanyakkan produk fokus pada yang nak buang lemak je kan.. Nak badan persis model..hehehe...

Kesian pada golongan yang bersusah payah nak naikkan berat badan..dah makan banyak banyak pun, masih juga berat tak naik..yang naik mungkin cuma kolestrol je..uppppssss...eh..betul lah..sebabnya makan berlemak, berminyak semua ok je kan..ok..ni cerita next entry yer..kang panjang lak entry ni..hahahaha

Jangan tak tau yer..produk shaklee juga ada untuk tambah berat badan..yang penting tambah berat badan dengan cara yang sihat dan selamat.. semestinya lah kan..hehehhe

Ada tiga produk yang boleh membantu anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal, antaranya ialah Meal shakes, Vita lea, dan juga B complex.. Untuk tambahan boleh juga amek ESP..tapi cara makan berbeza dengan mereka yang nak kurus..sebab fungsi ESP boleh turunkan berat badan juga..

  • Meal shakes - Nutrisi lengkap yang mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral serta zat yang diperlukan untuk tumbesaran. Mengandungi nilai protein yang tinggi untuk membantu meningkatkan berat badan dan meningkatkan selera makan...Meal shakes adalah multivitamin yang berbentuk serbuk..mudah disediakan..rasa vanila yang super enak..
  • Vita lea - Boleh menampung kekurangan nutrisi harian yang disebabkan amalan pemakanan yang tidak seimbang, yang paling penting vita lea membantu menyediakan nutrisi yang badan perlukan.. disaluti dengan spirulina, mengandungi iron yang mana sangat penting untuk pembentukan sel darah merah..
  • B complex - Mengandungi 8 komponen penting dalam Vitamin B, menukarkan makanan kepada tenaga, membantu tumbesaran, mencegah anemia dan paling penting membantu mengurangkan stress..

Jadi, jangan terus merungut dengan berat yang tak naik naik tu..yang terlalu kurus tu..Boleh cuba amalkan set tambah berat badan ni.. cara pemakanan serta tips untuk tambah berat badan dengan cara yang sihat & selamat akan salwa bagi khas untuk customers salwa yer..



ehem ehem...dia sudah berjaya tambah berat badan..





Berminat? Terus contact salwa yer..



credit gambar: shaklee golden lounge


Tuesday, 10 September 2013

Wakil pengedar Shaklee --> Raub, Bentong, & Selangor

Kini shaklee semakin dekat dengan anda..

Untuk mendapatkan produk shaklee, anda boleh dapatkan dari wakil pengedar shaklee yang berhampiran dengan anda...Di sascima78.blogspot.com terdapat 3 wakil pengedar sah shaklee termasuk salwa sendiri iaitu di Pahang & juga Selangor.. untuk anda yang berminat untuk menjadi sebahagian dari pengedar sah shaklee boleh contact salwa yer ..

Salwa merupakan pengedar sah shaklee bagi kawasan Raub & Bentong.. Bagi kawasan ni, boleh lah untuk COD (cash on delivery).. Untuk luar kawasan, perkhidmatan poslaju dan Gdex digunakan untuk menghantar produk shaklee..mudah kan.. tunggu je..barang akan sampai dalam masa 2 hingga 3 hari bekerja..Ingin dapatkan produk shaklee dari Salwa? boleh tengok kat sini, cara untuk hubungi salwa..

Untuk pengedar kawasan Raub yang lain dan juga kawasan Selangor seperti di Cheras, Seri kembangan, Bandar kinrara & Bukit Jalil.. Anda boleh hubungi mereka untuk dapatkan produk shaklee, konsultasi percuma, tips ekslusif dan diskaun hebat.. Dapatkan details pengedar sah shaklee disini..






7 Panduan Penting Penjagaan Selepas Pembedahan

Assalamualaikum, entry kali ini salwa taip khas untuk mereka yang baru je jalani pembedahan... sangat penting untuk kamu kamu yang baru lepas operation tu untuk jaga luka tersebut supaya tidak mudah dijangkiti..lagi lagi luka bahagian dalam..tak nampak dari luaran kan..so, jaga betul betul ye..

7 panduan penting penjagaan selepas pembedahan

  • Bergerak seawal mungkin
Sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalanni pembedahan besar boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Pastikan anda mendapat bantuan ahli keluarga atau jururawat jika ingin melakukan sebarang pergerakan terutama beberapa hari selepas pembedahan.
  • Minum air secukupnya
Air berfungsi untuk membuang toksin di dalam badan. Kekurangan air akan menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses perkumuhan. Amalkan minum sekurang kurangnya lapan gelas sehari.
  • Jangan ambil ubat lain
Elak daripada mencampuradukkan ubat ubat hospital dengan ubat tradisional. Dibimbangi ia akan meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit. Ambil ubat yang diberikan oleh doktor sahaja.
  •  Mengambil suplemen
Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempoh pemulihan anda.
  •  Pastikan luka kering dan bersih
Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.
  • Elak aktiviti yang mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut. Tunggu sehingga keadaan mengizinkan. Bagi pesakit kanak kanak, ibu bapa boleh memantau pergerakan mereka selepas pembedahan. Sekiranya pesakit ingin menaiki tangga, lakukan secara perlahan lahan. Pesakit digalakkan untuk berhenti setiap beberapa anak tangga mengikut tahap kemampuan pesakit itu sendiri. Jangan paksa diri untuk menaiki anak tangga sekiranya tidak mampu untuk melakukannya. Berhenti dan berehat. Ambil masa untuk mengembalikan tenaga.
  • Ahli keluarga boleh membantu
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi jika perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian. 



Kebiasaannya, bagi mereka yang baru je menjalani pembedahan atau mengalami luka akibat kemalangan..digalakkan mengambil supplements untuk mempercepatkan luka sembuh, memberi tenaga, serta membantu menghilangkan parut..



Sumber: Rapi September 2013

Sunday, 8 September 2013

CoQHealth Plus Bukan Hanya Untuk Kesihatan Jantung

Assalamualaikum...

Selamat menghabiskan hujung minggu..hihihih

Agak terlewat untuk update entry mengenai promosi bulan ni..Hampir seminggu dah promosi...Maaf ye pembaca... Apa yang specialnya bulan ni? sangat special sebab produk ni baru je dilancarkan pertengahan tahun ni..ha baru beberapa bulan kan..tapi dah ramai juga yang mencuba..khas untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan JANTUNG.. Tau kan..Peranan jantung sangat lah penting.. Dan yang paling menakutkan, penyakit jantung adalah PEMBUNUH NOMBOR SATU NEGARA..Yang mengejutkan lagi, bila ia membunuh secara senyap..nampak sihat, tapi tiba tiba meninggal..mintak dijauhkan lah dari kita semua yer..sebab zaman sekarang penyakit tak mengenal usia...golongan muda pun tak terkecuali..

Ok lah, mari kita berkenalan dengan produk baru iaitu CoQ Health Plus..

CoQHealth plus mengandungi bahan bahan semulajadi seperti campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan juga ekstrak teh hijau. Kombinasi CoQ10 dan vitamin E dipercayai mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat didalam vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan yang berterusan terhadap sel sel tubuh. Ekstrak teh hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan diantara kapilari darah dan jantung). CoQhealth plus menggunakan CoQ10 yang berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Sumbernya yang telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan.

CoQHealth plus bukan sahaja untuk kesihatan jantung, tetapi ada banyak lagi..Jom kita tengok apa kelebihan CoQ10 yang ada dalam CoQhealth plus..

Untuk kesihatan jantung
CoQ10 didapati sangat banyak didalam sel sel jantung. Ini kerana tugasan berat yang dipikul oleh jantung memerlukan tenaga yang banyak. Banyak kajian telah dijalankan menggunakan CoQ10 dalam pesakit yang menghidapi penyakit jantung, terutamanya "congestive heart failure"(CHF) dan didapati CoQ10 sangat berguna untuk pesakit pesakit ini. Kajian menunjukkan CHF bergantung rapat dengan kadar CoQ10 dalam darah dan tisu yang rendah. Dalam erti kata lain, CoQ10 rendah kemungkinan untuk mendapat CHF adalah LEBIH TINGGI. CoQ10 menghalang proses yang menyebabkan atherosclerosis (saluran darah tersumbat kerana kolesterol).

Untuk kecantikan
CoQ10 banyak digunakan dalam menghasilkan krim muka dan juga toner...CoQ10 dapat menghalang radikal radikal bebas. Pemakaian produk yang mengandungi CoQ10 selama beberapa minggu dapat mengurangkan kedutan terutama dibahagian mata. CoQ10 merupakan supplement yang terbaik untuk kulit kerana kandungan anti oksidan yang tinggi..(ermm..menarik..)

Untuk kesuburan
CoQ10 untuk kesuburan suami isteri. Pengambilan CoQ10 dapat membantu menghasilkan telur yang matang dan berkualiti bagi para isteri. Untuk suami, ia membantu meningkatkan bilangan sperma yang berkualiti. CoQ10 didapati dapat membantu kejayaan proses IVF, hasil kajian yang telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Toronto Centre of Advanced Reproductive Technology yang diketuai oleh Eleizer Burstein M.D.

Untuk tenaga
Kajian yang dilakukan oleh jabatan physiology, Meram faculty of Medicine, University Selcuk, Turkey mendapati bahawa suppelement CoQ10 yang diberikan 100mg sehari selama 8 minggu telah meningkatkan persembahan aktiviti atlet. Ahli sanitis disana menyimpulkan bahawa CoQ10 dapat meningkatkan persembahan aktiviti, menambah tenaga, mengurangkan rasa letih untuk seseorang melakukan aktiviti lasak.
CoQ10 digunakan untuk membekal atau membuang oksigen dari molekul yang aktif. Ia penting dalam proses pembuatan ATP, iaitu sumber tenaga badan dari sumber makanan. Proses pembuatan tenaga ini berlaku di dalam mitochondria, satu bahagian didalam sel sel badan. Jika seseorang mengalami keletihan tanpa sebab tertentu, berkemungkinan besar puncanya ialah kekurangan elemen CoQ10 didalam tubuh seseorang itu.

CoQ10 untuk tenaga

Setakat ni sahaja coretan hari ini..sebenarnya banyak lagi fungsi CoQ10 yang ada dalam CoQ health plus..tetapi tunggu next entry yer...sambil sambil tu jom layan gambar di bawah... sayangi kesihatan anda, sayangi jantung anda.. hadiahkan pada mak ayah pun bagus, sebabnya...cer tengok kat bawah ni...










Tuesday, 30 July 2013

Tips Atasi Loya & Alahan ketika Hamil

Alhamdulillah..positif hamil..syukurnya bila dengar doktor cakap macam ni kan " tahniah puan, anda hamil.."
kalau anak sulung senyum lebar sampai ke telinga lah..(tetiba teringat pengalaman sendiri, encik suami la paling happy..hehehe)

Tetapi kan..dalam gembira tu..ada yang paling kita tak larat nak lalui...alahan ..tekak loya..makan siket muntah..tak makan langsung tak larat pulak kan..hanya perempuan je yang memahami situasi ni...kalau trimester pertama je alahan takpe jugak..kalau yang lebih dari tu..adoiii...tak larat sungguh...

Hasil carian di google, ada beberapa tips untuk atasi loya ni...Antaranya:

1. Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus..campurkan jus tersebut dengan sedikit perahan limau nipis dan sesudu gula..Minum setiap pagi..sumber dari pama.

2.   Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. hidu lemon ataupun minum jusnya..

3.  Makan asam..

4. Minum air 100Plus, tapi bukan minum begitu je..kene campur air kosong dengan nisbah 70:30 atau 80:20..

5. Makan mangga ataupun jeruk...

dan banyak lagi lah..

so anda yang sedang hamil anak pertama atau anak ke berapa tu..alahan, loya kuat sangat..boleh lah cuba tips kat atas tu ye...mana tau berhasil..tapi bagi salwa..kalau nak mudah, boleh je..lagi senang kot..tak perlu nak sediakan bahan bahan..cuma ngap masuk mulut je..nak tau apa dia? cer tengok kat bawah ni...


melegakan alahan & loya tekak
Bukan sekadar melegakan loya tekak..malah ketidakselesaan perut, cirit birit, mabuk laut..dan macam macam macam lagi lah..jadi boleh lah standby satu botol ni kat umah...nak jalan standby dalam handbag ye..mudah kalau tetiba datang angin satu badan..pun boleh ngap je masuk mulut..hehehe










Order disini?
Raishah Vita Shoppe
sascima78@yahoo.com
sascima78@gmail.com





segala sumber datangnya dari sini..


Friday, 26 July 2013

Kulit Semakin Cantik Dengan Set Kecantikan Dari Shaklee

Assalamualaikum, selamat pagi semua..Salam Nuzul Quran..selamat bercuti bagi negeri yang bercuti..hikhikhik..yang kije tu..kene semangat la bekerja kan..
Semakin dekat nak raya, semakin ramai yang nak tampil jelita..Tapi jangan sampai salah pilih produk dah la..sebelum membeli tu, buat la pilihan dengan bijak, pertama pastikan lulus KKM, selamat dan tidak mengandungi bahan terlarang..kalau harga terlampau murah berbanding harga pasaran tu..sila double cek..takut nanti dapat yang tiruan punya..kene la beringat sebelum terkena kan..nanti dah kene..muka cantik jadi sebaliknya pulak..sape salah? sape nak tanggungjawab..sendiri jawab la...
Alhamdulillah, produk shaklee yang sudah lebih 50 tahun bertapak di Malaysia, ada kelulusan KKM, Halal, 100% dari bahan semulajadi..dan yang paling penting selamat serta berkesan...

Buat mereka yang nak cantik tu, salwa nak kongsikan sedikit tips untuk dapatkan kulit cantik...cantik kat sini bukan lah nak tukar muka jadi artis ni ke..jadi artis tu ke..jadi muka sendiri je..tapi kulit muka tu yang jadi semakin jelita menawan..parut hilang..muka glowing..jerawat takde..muka licin dan gebu..

Kebiasaannya, kita lebih kepada rawat kulit muka dari luaran..sapu krim tu lah..krim mengecutkan jerawat lah..bape banyak krim muka dah cuba..tapi hasilnya tidak seindah mana pun..hehe..jadi nak hasil yang lebih menawan..cari lah punca masalah sebenar..baru lah senang nak rawat..macam mana nak tau? mudah je..dari pemakanan...macam nenek moyang kita dulu..mana ada jerawat banyak kan..apa yang mereka makan? ulam ulaman..makanan yang berkhasiat..takde fast food ni..tapi zaman sekarang boleh ke? hahaha..agak susah rasanya...nak mudah amalkan lah supplements..salah satu cara hadiah buat diri sendiri sebab tak mampu nak makan ulam banyak banyak ni...hahahha

Ok lah..tak mau celoteh panjang lebar...jom layan gambar gambar di bawah..yang datangnya dari pengguna yang menggunakan produk produk shaklee..







Cukup la ni je..hasilnya memang puas hati..glowing kan?
Kebanyakkan penguna menggunakan ESP, B complex, Vita C/Chewable Vita C, Vitamin E..yang lain tu..ada bajet lebih boleh la nak tambah shaklee collagen powder ke..nak vivix ke..nak GLA complex ke..

Anda inginkan muka yang cantik serta berseri seri?
Bertindak sekarang!!! 








Order disini
sascima78@yahoo.com
sascima78@gmail.com







 









Thursday, 25 July 2013

Cara Mudah Atasi HB Rendah Ketika Hamil

Alhamdulillah..masuk 16 ramadan dah...dah setengah bulan kita berpuasa kan...Dalam bulan ramadan ni, banyak sungguh berita gembira salwa dengar..ramai kawan kawan yang dah hamil..Syukur..!! Rezeki di bulan mulia...macam sinonim pulak dengan promosi GLA yang berlangsung sehingga hujung bulan ni...Aura GLA kuat sangat..semua subur subur..hikhikhik..gurau je ye...tu semua datangnya dari DIA..Anugerah tak ternilai kan..Alhamdulillah...

Actually, bukan nak cerita pasal GLA..(tapi kalau nak tau, boleh juga pm kat FB yer..)
Bila dah hamil..macam macam kene jaga..terutama yang pertama kali hamil..banyak yang kene dititikberatkan..time mengandung ni la kalau tak jaga dengan betul, macam macam penyakit boleh singgah..diabetis la...darah tinggi lah..tak kurang juga masalah HB rendah..yang ni bahaya..boleh membawa maut....HB rendah maksud nya kecairan sel darah merah..kalau darah terlampau cair boleh menyebabkan tumpah darah ketika waktu kelahiran baby..sangat sangat berisiko..

Untuk anda yang pernah mengalami masalah HB rendah ni..mesti dah dengar pelbagai petua untuk naikkan HB..antaranya, makan organ dalam haiwan macam hati ayam, makan kerang lah..dan kalau sayur of course la bayam..yang tak suka tu lah kene makan..yang alergik seafood dan tak makan hati ayam tu macam mana pulak? dah habis telan pil klinik bagi..tapi still tak naik naik juga..ha acaner tu? bila gi klinik je..bacaan HB tak cantik..stress!!

Hehe..Kalau itu lah yang anda sedang lalui, jangan stress ye..sian ke baby dalam perut tu..lagi kesian kalau BP naik lak..satu masalah lagi..hihihi..setiap masalah ada cara penyelesaiannya..sama ada kita dapat selesaikannya dengan cepat & mudah..atau terpaksa try & error... Untuk anda yang dah banyak kali try & error tu..dah pelbagai eksperimen buat kat diri sendiri tu..masih tak berjaya juga..Tak yah susah susah dah ye..salwa ada cara mudah untuk selesaikan masalah anda, ini pun di suggestkan oleh doktor juga.. nak tau? try tengok bawah ni...Cara mudah atasi HB rendah ketika hamil ialah.....VITA LEA.


Namanya ialah Vita lea, Multivitamin yang sangat sangat bagus..kenapa? sebab segala nutrisi yang diperlukan oleh badan ada dalam ni..terutama bagi yang memilih bab makan..kadang bukan memilih..tekak time mengandung ni lain..kadang ada makanan tak leh masuk kan..yang biasa makan pun kadang jadi tak leh nak telan bila ngandung ni..hahaha..macam macam kan..

Ok..tu je lah..nak kongsikan..semoga semua kawan kawan yang hamil..selamat bersalin..selamat semuanya ye..dapat baby comel comel..kiut miut..(tetiba pulak terbayang baby comel comel..haaaa gewaaaammmm..) byeeeee...nak berangan ngan baby comel jap..hahahahah







Nak order?
Raishah Vita Shoppe
sascima78@yahoo.com
sascima78@gmail.com

Sunday, 21 July 2013

Mana yang Menjadi Pilihan..Sintetik vs Semulajadi?

Assalamualaikum...sekejap je dah masuk 12 ramadan..pada bulan penuh barakah ni..salwa nak kongsikan dengan korang..tips sebelum membeli vitamin..atau pun supplements..ni penting sebab kita yang nak makan..kita makan pun untuk jaga kesihatan sekarang dan juga masa depan kan..so sebelum membeli..ambil masa untuk membuat pilihan..pastikan yang terbaikkkk(bak kata boboy..hehe)

Kat pasaran ni banyak sangat jenis vitamin kan..pelbagai jenama..sama ada yang jual kat farmasi, kedai ubat ataupun melalui pegedar perseorangan..Apa yang anda perlu titik berat dalam pemilihan vitamin selain kandungan nya adalah sama ada ia sintetik atau pun dari bahan semulajadi..




Cara mudah nak tau vitamin sintetik yang ada silika gel tu..Vitamin sintetik dihasilkan dari bahan kimia yang mempunyai ciri ciri seakan akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya, asid askorbik (vitamin c) mempunyai formula empirik C6H806, jadi gabungan dari molekul molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.
Manakala, vitamin semulajadi dihasilkan dari ekstrak bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan serat fiber. 


Vitamin semulajadi lebih serasi dengan badan kita..sebab apa? ia dihasilkan dari sumber makanan kita..jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh..Vitamin ini tidak mendatangkan kesan sampingan..malah memberi kesan yang lebih baik pada tubuh kita...Ini berbeza dengan vitamin sintetik, walaupun formulanya sama ia masih tidak menandingi vitamin semulajadi..apa lagi dengan makanan asli..ini kerana penghasilannya bukan dari sumber makanan..jangan terkejut kalau ada yang menggunakan bahan untuk menurap jalan (tar) digunakan untuk menghasilkan B complex yang bersumberkan sintetik..

Selain itu, yang ni selalu dijadikan perbandingan..memang ramai yang akan pilih lebih murah...tapi kene tengok kualiti..kalau yang murah itu setanding kualitinya dengan yang mahal..dipersilakan beli...tetapi jika yang murah itu dari bahan campuran(bukan original)...lebih baik la anda korban kan sedikit duit tu..untuk beli yang original..sebab ini untuk kesihatan..bukan saja saja untuk makan..sangat suka dengan kata kata yang pernah dibaca didalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki hasil tulisan Fathuri Salehuddin..bunyi nya lebih kurang begini.."Duit banyak..Namun kesihatan yang tidak mengizinkan..Duit yang banyak itu tiada gunanya lagi"..Betul kan? Andai duit kita banyak..tapi duduk terlantar dikatil..untuk apa duit itu? Jadi fikir fikirkan lah..
So bezanya disini..Vitamin semulajadi lebih mahal berbanding vitamin sintetik kerana penghasilannya dari bahan semulajadi yang memerlukan kos yang lebih tinggi...begitu juga kalau anda memilih produk organik..ia lebih mahal harganya..kerana produk tersebut dijaga dari benih lagi..tidak menggunakan racun perosak, racun serangga..so..berbaloi anda bayar mahal dengan kualiti yang diberikan..ye tak??

Lagi satu, Vitamin semulajadi tidak mendatangkan kesan buruk kepada pengguna..seperti yang dinyatakan sebelum ini ia bersumberkan makanan yang kita makan..
Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan bahan yang terkandung didalam vitamin itu sendiri dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam menghasilkannya..


Ok..itu sahaja yang salwa nak share ngan korang..mana yang baik..kita kongsikan bersama..sebagai pengguna bijak yang tahu erti nilai kesihatan sebenar..lakukan pilihan bijak yang mendatangkan kebaikan untuk kesihatan anda & keluarga..bukan untuk masa sekarang..tapi untuk jangka masa yang panjang..untuk akan datang..

Saturday, 20 July 2013

Softener Paling Jimat & Paling Semulajadi

Sape dalam dunia ni tak suka berjimat? sume nak jimat kalau boleh kan...bagus amalan jimat cermat ni..so untuk anda yang memang suka sangat berjimat tu..salwa sarankan produk super doper jimat iaitu Soft Fabric Concentrate..penggunaan sudah 2 bulan baru suku je tau (testimoni ni sendiri..hehehe) so kesimpulannya sebotol tu boleh tahan berbulan bulan...kalau pakai jenama lain..mau sebulan sobotol...

Antara kelebihan lain yang bakal anda dapat ialah;
  • Ia bukan sekadar pelembut pakaian yang biasa anda temui dipasaran..Ia jauh lagi berkesan daripada produk lain dalam mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan akibat kesan statik. 
  • Berbau harum yang lembut..(macam bau sabun mandi..wangi je)
  • Dengan rumusan kepekatan tinggi, ia bukan sahaja lebih menjimatkan malah anda dapat merasai perbezaannya dengan sentuhan
  • Satu botol boleh melembutkan pakaian sebanyak 64 cucian (banyakkan)


Taraaaa..ni lah dia..nampak macam suci je kan..hahahahah
Soft Fabric Concentrate


 Semestinya softener juga mengikuti falsafah shaklee iaitu SELAMAT, SEMULAJADI, & BERKESAN

  • SELAMAT 
    • Tidak Bertoksik
    • Sesuai untuk semua jenis fabrik yang boleh dibasuh
    • Tanpa bahan kimia berbahaya
    • Tanpa gas beracun
    • Nilai pH yang seimbang
  • SEMULAJADI
    • Menggunakan ramuan semulajadi
    • Tanpa fosfat
    • Tanpa bahan pewarna
    • Bungkusan yang boleh dikitar semula
    • Selamat untuk sistem septik & pembentangan
  • BERKESAN
    • Berpekatan tinggi - bagi 64 cucian
    • Hanya 1/2 aun diperlukan untuk setiap cucian
    • Kurangkan kedutan & kesan statik

 Jadi untuk anda yang nak berjimat, boleh la mulakan dengan menggunakan produk super jimat ni..So duit yang lebih tu boleh simpan buat perkara lain..hehehe









Order Disini
sascima78@yahoo.com
sascima78@gmail.com

Sumber Shaklee