Tuesday, 10 September 2013

7 Panduan Penting Penjagaan Selepas Pembedahan

Assalamualaikum, entry kali ini salwa taip khas untuk mereka yang baru je jalani pembedahan... sangat penting untuk kamu kamu yang baru lepas operation tu untuk jaga luka tersebut supaya tidak mudah dijangkiti..lagi lagi luka bahagian dalam..tak nampak dari luaran kan..so, jaga betul betul ye..

7 panduan penting penjagaan selepas pembedahan

  • Bergerak seawal mungkin
Sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalanni pembedahan besar boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Pastikan anda mendapat bantuan ahli keluarga atau jururawat jika ingin melakukan sebarang pergerakan terutama beberapa hari selepas pembedahan.
  • Minum air secukupnya
Air berfungsi untuk membuang toksin di dalam badan. Kekurangan air akan menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses perkumuhan. Amalkan minum sekurang kurangnya lapan gelas sehari.
  • Jangan ambil ubat lain
Elak daripada mencampuradukkan ubat ubat hospital dengan ubat tradisional. Dibimbangi ia akan meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit. Ambil ubat yang diberikan oleh doktor sahaja.
  •  Mengambil suplemen
Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempoh pemulihan anda.
  •  Pastikan luka kering dan bersih
Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.
  • Elak aktiviti yang mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut. Tunggu sehingga keadaan mengizinkan. Bagi pesakit kanak kanak, ibu bapa boleh memantau pergerakan mereka selepas pembedahan. Sekiranya pesakit ingin menaiki tangga, lakukan secara perlahan lahan. Pesakit digalakkan untuk berhenti setiap beberapa anak tangga mengikut tahap kemampuan pesakit itu sendiri. Jangan paksa diri untuk menaiki anak tangga sekiranya tidak mampu untuk melakukannya. Berhenti dan berehat. Ambil masa untuk mengembalikan tenaga.
  • Ahli keluarga boleh membantu
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi jika perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian. 



Kebiasaannya, bagi mereka yang baru je menjalani pembedahan atau mengalami luka akibat kemalangan..digalakkan mengambil supplements untuk mempercepatkan luka sembuh, memberi tenaga, serta membantu menghilangkan parut..



Sumber: Rapi September 2013

No comments:

Post a Comment