Sunday, 21 July 2013

Mana yang Menjadi Pilihan..Sintetik vs Semulajadi?

Assalamualaikum...sekejap je dah masuk 12 ramadan..pada bulan penuh barakah ni..salwa nak kongsikan dengan korang..tips sebelum membeli vitamin..atau pun supplements..ni penting sebab kita yang nak makan..kita makan pun untuk jaga kesihatan sekarang dan juga masa depan kan..so sebelum membeli..ambil masa untuk membuat pilihan..pastikan yang terbaikkkk(bak kata boboy..hehe)

Kat pasaran ni banyak sangat jenis vitamin kan..pelbagai jenama..sama ada yang jual kat farmasi, kedai ubat ataupun melalui pegedar perseorangan..Apa yang anda perlu titik berat dalam pemilihan vitamin selain kandungan nya adalah sama ada ia sintetik atau pun dari bahan semulajadi..




Cara mudah nak tau vitamin sintetik yang ada silika gel tu..Vitamin sintetik dihasilkan dari bahan kimia yang mempunyai ciri ciri seakan akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya, asid askorbik (vitamin c) mempunyai formula empirik C6H806, jadi gabungan dari molekul molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.
Manakala, vitamin semulajadi dihasilkan dari ekstrak bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan serat fiber. 


Vitamin semulajadi lebih serasi dengan badan kita..sebab apa? ia dihasilkan dari sumber makanan kita..jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh..Vitamin ini tidak mendatangkan kesan sampingan..malah memberi kesan yang lebih baik pada tubuh kita...Ini berbeza dengan vitamin sintetik, walaupun formulanya sama ia masih tidak menandingi vitamin semulajadi..apa lagi dengan makanan asli..ini kerana penghasilannya bukan dari sumber makanan..jangan terkejut kalau ada yang menggunakan bahan untuk menurap jalan (tar) digunakan untuk menghasilkan B complex yang bersumberkan sintetik..

Selain itu, yang ni selalu dijadikan perbandingan..memang ramai yang akan pilih lebih murah...tapi kene tengok kualiti..kalau yang murah itu setanding kualitinya dengan yang mahal..dipersilakan beli...tetapi jika yang murah itu dari bahan campuran(bukan original)...lebih baik la anda korban kan sedikit duit tu..untuk beli yang original..sebab ini untuk kesihatan..bukan saja saja untuk makan..sangat suka dengan kata kata yang pernah dibaca didalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki hasil tulisan Fathuri Salehuddin..bunyi nya lebih kurang begini.."Duit banyak..Namun kesihatan yang tidak mengizinkan..Duit yang banyak itu tiada gunanya lagi"..Betul kan? Andai duit kita banyak..tapi duduk terlantar dikatil..untuk apa duit itu? Jadi fikir fikirkan lah..
So bezanya disini..Vitamin semulajadi lebih mahal berbanding vitamin sintetik kerana penghasilannya dari bahan semulajadi yang memerlukan kos yang lebih tinggi...begitu juga kalau anda memilih produk organik..ia lebih mahal harganya..kerana produk tersebut dijaga dari benih lagi..tidak menggunakan racun perosak, racun serangga..so..berbaloi anda bayar mahal dengan kualiti yang diberikan..ye tak??

Lagi satu, Vitamin semulajadi tidak mendatangkan kesan buruk kepada pengguna..seperti yang dinyatakan sebelum ini ia bersumberkan makanan yang kita makan..
Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan bahan yang terkandung didalam vitamin itu sendiri dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam menghasilkannya..


Ok..itu sahaja yang salwa nak share ngan korang..mana yang baik..kita kongsikan bersama..sebagai pengguna bijak yang tahu erti nilai kesihatan sebenar..lakukan pilihan bijak yang mendatangkan kebaikan untuk kesihatan anda & keluarga..bukan untuk masa sekarang..tapi untuk jangka masa yang panjang..untuk akan datang..

No comments:

Post a Comment