Thursday 10 October 2013

Keperluan Nutrisi Ibu Hamil Sepanjang Kehamilan

Selamat petang semua, hari ni nak kongsi mengenai kalori dan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil.. sebenarnya, baru baca info ni dalam harian metro.. so salwa kongsikan je ye.. info penting, yang perlu ibu hamil titik beratkan.. 

KALORI IBU HAMIL MENGIKUT TRIMESTER

Trimester pertama – Ibu perlukan 2000 kalori dalam setiap hidangan
Trimester kedua – Ibu perlukan 2400 kalori dalam setiap hidangan
Trimester ketiga – Ibu perlukan 2650 kalori dalam setiap hidangan


KEPERLUAN NUTRISI IBU HAMIL SEPANJANG KEHAMILAN

1.       Protein – Ia memberi kesan kepada pertumbuhan tisu janin, termasuk otak. Ia juga membantu payudara dan tisu rahim berkembang ketika hamil dan memainkan peranan dalam membantu meningkatkan bekalan darah. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah ikan, ayam, daging, telur, tauhu, serta kekacang.

2.       Zat besi – sumber nutrisi ini penting bagi membantu meningkatkan jumlah pembentukan darah merah.  Kekurangan zat besi ketika hamil boleh menyebabkan kelahiran bayi pra matang atau berat terlalu rendah. Antara kumpulan makanan yang yang mengandungi sumber ini ialah daging lembu, makanan laut, ayam, bijirin, serta bayam. Bagi meningkatkan kadar penyerapan zat besi, ia diambil bersama kumpulan makanan yang memiliki sumber vitamin c seperti limau, anggur, brokoli, kentang, tembikai dan tomato.

3.       Asid dokosaheksaenoik (DHA) – sumber ini penting bagi perkembangan otak bayi. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah salmon, tuna, susu, buah buahan dan sayur sayuran.

4.       Asid folik – asid folik sangat penting untuk pembentukan saraf tunjang bayi dan jumlah disarankan adalah 600mikrogram ketika hamil. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah oren, strawberry, limau, mangga, tomato, anggur, kiwi, tembikai, bayam, sayuran berwarna hijau gelap, kekacang, bijirin, telur, salad, serta kobis.

5.       Kalsium – keperluan harian kalsium ketika hamil adalah 1000 miligram sehari. Jika tidak mengambil kalsium mencukupi secara semulajadi, badan akan “meminjam” kalsium pada tulang bagi membina janin. Ia turut membantu badan mengawal cecair serta membantu untuk membina tulang dan gigi bayi tanpa menjejaskan keperluan kalsium sendiri. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah susu, yogurt, keju, ikan bilis, dan kekacang.

6.       Probiotik – nutrisi ini mempengaruhi komposisi serta aktiviti bacteria usus malah membantu membentuk sistem semulajadi dalam sel usus perut. Antara makanan yang mengandungi sumberi ini ialah bijirin.


Ibu hamil juga perlu elakkan pengambilan alkohol, makanan dan minuman berkafein seperti tea, kopi, serta coklat dan makanan mentah


Sumber: harian metro 091013

No comments:

Post a Comment