Thursday, 6 June 2013

Rahsia Stok Susu Banyak Untuk Ibu Bekerjaya

Ibu bekerjaya yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu adalah ibu yang PALING HEBAT..(tepuk tangan)...Saya sendiri kagum dengan anda...Pengorbanan yang tiada tandingannya..itu lah kasih seorang ibu..syahdu pulak..phew...
Jadi untuk ibu ibu yang bersemangat waja untuk teruskan penyusuan..disini salwa nak kongsikan beberapa tips untuk anda hasilkan lebih banyak lagi stok untuk bekalan ke pengasuh/taska dan juga untuk penuhkan freezer di rumah anda dengan stok susu ibu..hehehe

Harus diingatkan ibu ibu yang bijak lestari..mulakan membuat stok seawal dalam pantang ye..untuk mengelakkan ibu ibu kelam kabut nanti..

Tips ini hasil perkongsian mommyiskandar..

10 TIPS UNTUK MENGHASILKAN STOK SUSU TERBANYAK

  1. Set minda untuk menyusukan baby sejak mengandung lagi dan banyakkan membaca tentang ilmu penyusuan.
  2. Mula mengepam susu seawal minggu pertama atau kedua berpantang
  3. Patuhi konsep "Supply & Demand" 
  4. Kosongkan payudara sekerap mungkin . Amalkan pam setiap 2 jam sekali atau maksimum 3 jam sekali
  5. Jika sampai masa untuk mengepam dan baby anda menangis, susukan baby anda dahulu. Selepas itu, sambung mengepam selepas baby selesai menyusu.
  6. Cara lain, anda boleh menyusukan baby anda di payudara kanan dan pam di payudara kiri. Sebaiknya menggunakan pam elektrik kerana pam secara manual agak sukar juga.
  7. Tips yang sangat berkesan, tetapi ramai ibu malas lakukannya iaitu TEKNIK POWER PUMPING. Jika stok anda sangat sedikit lakukanlah teknik ini. Insyaallah sangat berkesan.
  8. Rahsia seterusnya ialah ibu mesti minum air 3 - 4 Liter sehari. Jangan kurang 3 liter sehari kerana air yang kurang menyebabkan badan tidak mampu menghasilkan susu yang banyak.
  9. Ambil makanan berkhasiat yang membantu menambah susu seperti kurma, horlicks, susu dan bijirin. Jika mampu ambillah SUPPLEMENT PENYUSUAN, yang semestinya banyak membantu.
  10. Doa dan memintalah pada Allah. Dia yang MAHA PEMBERI, mintalah dimudahkan penyusuan ibu ibu dan diberikan rezeki yang banyak untuk bayi kita..


Disini salwa kongsikan ibu bekerjaya, merangkap ex ofismate yang berjaya hasilkan stok susu untuk puteri sulungnya..
 
Paling sedikit sehari boleh hasilkan 35oz dan paling banyak 40oz..average untuk stok seminggu lebih kurang 255oz..Stok untuk masuk freezer 70oz seminggu..sebulan boleh dapat lebih kurang 280oz..Yang selebihnya tu..paham paham je lah ye..masuk perut si puteri comel tu lah..hiihihih..







Berminat?
Jangan segan segan email salwa, sascima78@yahoo.com 
PM terus FB Raishah Vita Shoppe

No comments:

Post a Comment