Sunday, 21 April 2013

~ Osteoporosis ~

Apa itu osteoporosis?

Osteoporosis merupakan penyakit tulang reput dan berisiko besar mengakibatkan tulang patah. Osteoporosis adalah 'silent disease' dimana kita tidak tahu menghidap penyakit ini sehinggalah mengalami patah tulang dengan mudahnya. Kebiasaanya patah tulang berlaku pada tulang belakang, tulang pinggul, dan pergelangan tangan.
osteoporosis

Kenapa ia berlaku?

Osteoporosis terjadi kerana tulang kurang ketumpatan dan kurang kalsium yang dipanggil 'bone mass density'. Keadaan umur yang meningkat dan menopous(wanita) adalah salah satu faktor. Faktor yang boleh menyumbang kepada osteoporosis terbahagi kepada dua:

Faktor TIDAK BOLEH diubah

  • Umur yang meningkat
  • Kumpulan ethnik- orang berketurunan Cina dan “orang putih"
  • Menopos sebelum masanya iaitu umur kurang dari 45 tahun termasuk menopos disebabkan pembedahan rahim dan ovary
  • Saiz badan yang sediakala kecil
  • Keturunan- Sejarah ahli keluarga spt ibu, ayah dan adik beradik yang pernah mengalami osteoporosis 
Faktor yang BOLEH diubah

  • Pengambilan kalsium dan Vit D yang rendah- masyarakat di Malaysia kurang minum susu
  • Tahap aktiviti – kurang senaman boleh reputkan tulang
  • Merokok berlebihan
  • Mengambil minuman berakohol
  • Mengambil caffeine berlebihan
  • BMI yang rendah iaitu kurang dari 19 kg/m2 ( BMI= Berat (kg) / tinggi(m) x tinggi (m)
  • Kekurangan hormone estrogen
  • Makanan yang terlalu asidik – darah perlu pada ph neutral, maka, hormone parathyroid akan rangsang osteoclast ambil kalsium dari tulang

PENTING!
Sekurang - kurangnya 1 dari  3 orang rakyat Malaysia berisiko tinggi mendapat osteoporosis.
50% atau separuh wanita berusia 50 tahun ke atas mengalami patah tulang akibat osteoporosis yang mana kaum cina paling tinggi diikuti melayu dan india.




clip_image006

Langkah pencegahan


  • Pengambilan kalsium dan Vitamin D yang mencukupi
  • Tingkatkan berat badan bagi wanita yang BMI kurang dari 19 kg/m2
  • Tingkatkan senaman “weight bearing” atau aktiviti fizikal tetapi jangan keterlaluan
  • Kepentingan postur atau cara yang betul untuk duduk, jalan dan berdiri, juga untuk angkat
          barang, di mana pamphlet boleh didapati di klinik dan hospital.
  • Elakkan minuman berakohol
  • Kurangan pengambilan kopi, teh dan coklat
  • Elakkan merokok
  • Bagi wanita berumur, elakkan daripada mudah jatuh dan tercedera.
Wanita lebih terdedah kepada osteoporosis kerana wanita 'berkerja' untuk mengandung dan melahirkan zuriat serta selepas menoupous wanita kekurangan estrogen (hormon yang melindungi tulang).

Segala sumber adalah dari pembacaan dan dari i-medik.

Saturday, 20 April 2013

~ EBM ~ stok susu buat si manja anda.

Expressed Breast Milk atau singkatan nya kita panggil EBM..agak familiar bagi ibu yang bekerjaya dan masih menyusukan anak mereka dengan susu ibu. Walaupun salwa tak pernah buat stok susu, tapi sedikit sebanyak tercuit hati ini untuk membantu para ibu mengetahui cara uruskan EBM dan tips untuk buat stok EBM. Ok, sebelum tu jom kita tengok dulu definisi dari dunia EBM:

Fresh EBM = Susu yg baru diperah
Chilled EBM = Susu dah diperah, masuk dlm fridge bhgn sejuk (bukan beku)
Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku.

Kalau kita cari maklumat tentang penyimpanan susu mungkin ada tempoh penyimpanan yang berbeza-beza. Kena tengok juga ketahanan perut baby kita.

Fresh EBM
Suhu bilik (25-37'C) - 4 jam
Aircond (15-25'C) - 8 jam

Chilled EBM Some say tahan dlm 2-3 days (48 hours – 72 hours)
Some say tahan dlm 4-5 days Some say it depends on tahap kesejukan fridge (mummy pilih 2-3 hari, kalau rasa taknak guna dalam masa terdekat, lebih baik pindahkan ke bahagian sejuk beku)
Note : Chilled EBM akan terbahagi kepada 2 lapisan. atas bahagian lemak, bawah lapisan air.. Itu adalah normal, bila panaskan susu kita perlu goncangkan supaya lapisan tersebut bersatu.

Frozen EBM Fridge 1 pintu : tahan sehingga 2minggu
Fridge 2 pintu : tahan sehingga 3 bulan
Deep freezer : tahan sehingga 6 bulan (ada yg mummy baca setahun tapi untuk selamat better 6 bulan shj)


*Susu beku yang dicairkan mestilah digunakan dalam masa 24 jam (setelah dicairkan tidak boleh dibekukan semula)
ok..semua maklumat diatas..salwa dapat dari sini.  Terima kasih tuan rumah...bagi ilmu ni..



 

Bertenaga bersama Shaklee

Sekejap je masa berlalu, sekarang dah pertengahan bulan april...beberapa bulan je lagi kita umat islam nak sambut ramadan..bulan untuk kita beribadah, tambah pahala, control segala nafsu yang ada..nafsu makan terutamanya. Cakap je bulan puasa , mula la membayangkan bazar ramadan..ha nafsu tu!..control...control...tapi ada juga yang selalu tak bertenaga...baru jam 4 petang dah lesu, layu je...alasan  saya puasa..hey!puasa tu bukan penghalang untuk kekal cergas dik oi.. Sekarang ni takde alasan dah ye..salwa nak share ngan korang supaya kekal cergas..biar semua orang kagum melihat anda bertenaga sepanjang bulan puasa..

kekal cergas bersama SHAKLEE
 ha..ni tiga items WAJIB untuk anda bila berpuasa, tak boleh nak makan berat ketika sahur atau pun terlewat bangun sahur..ala..tinggal 5 minit je lagi nak imsak..ha bancuh ni..insyaallah..anda kekal betenaga sepanjang hari..berbuka puasa dengan mighty 3 gems supaya anda kekal bertenaga melakukan ibadah pada malam hari.




Mighty 3 gems ini mengandungi 3 jenis produk (ha! dah terang terangkan ada tiga je tuh) iaitu ESP(perasa vanila), Performance drink & meal shakes(perasa french vanila).

 1. Energizing Soy Protein (ESP) - kandungan protein soya yang berkualiti tinggi, memberi tenaga berpanjangan,mengandungi 22 jenis asid amino yang dapat membina otot, satu satunya produk yang mengandungi 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
2. Meal shakes - merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yeng diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Mampu meningkatkan ddan menguatkan sistem imuniti kanak kanak.
3. Performance drink - mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumebr tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera. Mencegah penyahidratan (kurang haus). Mengekalkan paras gula. 

SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA DAN JUGA UNTUK IBU MENYUSU

email sascima78@gmail.com/fbpage raishah vita shoppe

 



Friday, 19 April 2013

ESP (Energizing Soy Protein)

Salam...kali ni salwa nak share tentang ESP...sape yang dah cuba, mesti dah tau kehebatan ESP ni..

ESP dari Shaklee merupakan satu satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur(tua muda semua boleh ambil ESP). Sangat sesuai untuk pesakit KENCING MANIS kerana mengandungi indeks glisemik yang rendah (39).


ESP  = 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu

Manfaat dari ESP


Apa yang anda dapat dengan ESP?
  • Awet muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung. 
  • Baik untuk prostat - genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menapous, dan pembesaran prostat.
  • Kulit remaja - meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan pemulihan luka, dan menghilangkan parut.
  • Pemberi tenaga segera -  membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia, dan tekanan.
  • Memulihkan pigmentasi - membaiki masalah rambut seperti beruban, rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Memperbaiki memori - meningkatkan kualiti memori, menguatkan ingatan, kecergasan dan keupayaan seksual.

Thursday, 18 April 2013

Saya Juga Ber'shaklee'

Assamualaikum semua...


Wahhh...baru buat blog..tetiba sunyi sepi pulak seminggu...apa cer ye!
ha..mintak maaf la semua... dugaan...rintangan harus ditempuhi.. ada perkara yang tak dapat dielakkan...haishhh!! Panjang benor citernya nanti...Jom salwa nak share tips untuk anda semua yang bergelar ibu dan menyusukan anak anda dengan susu ibu.. nak bertenaga sepanjang hari..nak buat stok susu ibu...meh kita tengok ye.. Jemput cuci mata dan pilih set mengikut bajet anda. Nak best price boleh terus email salwa sascima78@gmail.com

Pilihan Ibu yang BIJAK
Sekarang salwa sendiri pun makan supplement ni...salwa amek ESP, Ostematrix, B complex dan Vita lea... Kenapa la nak makan supplement ni bagai salwa? ha big question mark! susu saya ok je..cukup je untuk baby..baby pun tak meragam. YE! saya dulu pun berfikiran begitu. Tapi bila saya kaji semula, saya harus berikan nutrisi yang TERBAIK untuk Izz Haikal..tapi saya tak makan ikut piramid makanan. Jadi bagaimana Izz Haikal nak dapatkan semua zat zat terbaik kalau mama nya makan ikut suka je. Saya tertarik bila tengok ramai testimoni berjaya dengan set menyusu Shaklee ni. Kenapa tidak saya sertai mereka... Saya mahu membantu kaum ibu yang menyusukan anak mereka. Mungkin dengan ini, saya mampu menyelesaikan masalah kaum ibu yang kurang susu, selalu penat, atau mahu membuat stok susu untuk anak mereka. Anda juga boleh jadi seperti mereka! 

Wahhh!! Banyaknya..Saya juga mampu HASILKANNYA!

Thursday, 4 April 2013

Susu ibu susu terbaik di dunia

Masih segar lagi dalam ingatan ni...pengalaman paling manis sewaktu disahkan hamil. Setelah setahun tiga bulan usia perkahwinan kami, pada 2 april 2011 baru dapat tahu yang ada seorang anak adam dalam rahim ini. Sangat teruja!tak terkata..Tersenyum sahaja bila keluar dari klinik Ragavan.
Mulai detik itu, boleh dikatakan setiap masa kalau melayari internet mesti akan Google perkembangan baby minggu ke minggu...mesti nak tau besar mana lah anak yang ada dalam rahim ni...sihat ke dia...dan yang pasti NIAT untuk beri yang terbaik untuk anak yang dikandung 9 bulan 10 hari..
Bila masa untuk buat pemeriksaan di klinik ibu dan anak..nurse mesti bagi tau pasal kebaikan susu ibu...dan waktu tu dah pasang niat untuk susukan dengan susu sendiri..Alhamdulillah..niat dipermudahkan oleh Allah S.W.T...sekarang usia Haikal hampir setahun lima bulan, masih menyusu badan..Meh sini nak bagi tau antara kebaikan susu ibu yang tak boleh di beli di pasaraya :
  • Sumber nutrien yang mencukupi..so tak perlulah risau..takut baby tak cukup zat ke...terutama sekali kolesterum iaitu susu pertama yang keluar berwarna kekuningan tu(itulah yang paling berkhasiat tau). Kandungan protein 3 kali ganda berbanding susu ibu yang biasa.
  • Mudah hadam.. susu ibu...tak kan buat baby sembelit atau kembung perut.
  • Baby yang dapat susu ibu akan kurang obesiti berbanding yang minum susu formula.
  • Susu ibu adalah perisai utama yang dapat melawan penyakit seperti cirit birit, selsema, dan radang paru paru. (Ianya terbukti selama susukan Haikal dari lahir cuma 2 kali je masuk wad; pertama sebab demam kuning dan kedua sebab demam panas ketika umur 1 tahun sebulan)
  • Yang penting susu ibu BERSIH dan tak perlu susah - susah nak bancuh.
  • Kandungan dalam susu ibu dapat membantu perkembangan otak baby agar menjadi cerdas dan cergas.
  • Susukan anak dengan susu ibu dapat membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan dapat menurunkan berat badan juga..(sebelum bersalin berat 78kg+ dan sekarang 56kg)
  • Dapat merapatkan hubungan antara emak dan anak
  • Susukan anak dengan susu ibu diberi ganjaran pahala...ha sapa tak nak kan...senang senang je kita kaum ibu dapat pahala..

Surah Al - Baqarah Ayat 233:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak:

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
*fadilat dan kelebihannya menyusukan diambil dari blog ini

dan paling penting ia adalah PERCUMA.

Tuesday, 2 April 2013

Shaklee...Shaklee...

Bismillah...

Alhamdulillah...

Bulan baru, insyaallah dengan kekuatan yang baru untuk memulakan bisnes. Jadi suri rumah sepenuh masa ni ada kala bosan jugak kan...asyik duk bergaduh ngan Izz Haikal je...
Tapi kalau dia busy main...takde sape la nak gaduh ngan kita ni...alih alih layan FB...dari buang masa...terpikir untuk berbisnes...tambah pulak en suami sokong...apa lagi...bertambah tambah la semangat ni...macam gunung everest...hahaha


haisshhhh...panjang pulak cerita di sebalik tabir ni kan...dah...dah...cukup  la tu salwa oi...takde orang nak layan cite sebalik tabir tu...bukan masuk panggung wayang pun...hoohoohoo

Kenapa terpikir nak bisnes produk shaklee ni?????
ha ambik kau persoalan nya!!

salah satu sebab nya:
kami dah consume produk ni lah...bukan nak promote sangat..tapi memang best produk ni...
mula mula dapat je...terus buka...bau dia memang sedappp sangat...ha kau...sape yang suka sangat makan ais krim vanila ke...bau vanila...memang terus jatuh cinta la...bau yang menusuk kalbu...ha...bukan setakat haikal je makan...satu keluarga boleh makan...ho key!
ha ni lah dia meal shake tu...memang syiokkk habis.

lepas ni tak yah la bazir duit beli ice blended bagai...guna je shaklee meal shake...buat la ice blended, ape pun...nanti salwa kasi resepi eh...biar sama leh rasa kesedapan nya...nyum nyum ...eh silap...minum bunyi nya sluuuurrpppp la...
lagi satu sebab, produk shaklee ni mesra alam tau...yang tu kita cerita next entry k...

OK. ni sebab kenapa cuba meal shake shaklee:
1.      Izz haikal kene tiap tiap bulan check up...sebab apa? berat badan tak berapa naik...baru ni timbang turun 100gram pulak...nurse pun asyik bising je...siap bagi vitamin 2 botol...yang warna kuning tu lah...
vitamin oh vitamin
(lain macam muka haikal bila makan ni...hahaha)
2.      selera makan Izz haikal kurang...biasalah budak tengah lasak kan...apa yang dia tau..main je lah...makan pun main...apatah lagi sekarang dah pandai nak makan sendiri...tapi bukan suap ke mulut..makanan suap ke lantai...lantai la gemuk nanti kan haikal...hehehe