Tuesday, 14 May 2013

Spina Bifida, Punca Kekurangan Asid Folik (Vitamin B9)?

Assalamualaikum...


Selamat petang, petang ni nak berkongsi dengan anda semua mengenai asid folik..
Ye mengenai asid folik..biasanya asid folik ni famous dikalangan ibu mengandung..dan disarankan ambil untuk mereka yang merancang untuk hamil..tapi sebenarnya sesiapa yang pentingkan kesihatan pun boleh makan asid folik..

Time mengandungkan Haikal..memang wajib makan vitamin vitamin dari klinik kesihatan..tapi waktu tu ilmu cetek sangat pasal vitamin...tak berapa arif...so makan je, demi kesihatan kandungan...sekarang bila dah kenal Shaklee..dah kaji setiap vitamin, kebaikan vitamin dan semestinya dah amalkan vitamin Shaklee..
Ok..takyah nak melalut banyak sangat...salwa teruskan je cerita mengenai topik ni ye...


Antara sumber sumber asid folik yang anda boleh dapat dari makanan ialah barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.  Di Malaysia, kebanyakkan roti dan bijirin mengandungi asid folik.

Pernah dengar "spina bifida"? Ia adalah punca kekurangan asid folik dan ada juga kaitan dengan genetik..

" Peratusan penyakit ini adalah 1 dari 1000 orang bayi"
Kebiasaanya spina bifida dapat dikenal pasti pada awal kehamilan ketika trimester kedua melalui ultrasound(scan)..

Spina bifida atau kecacatan tulang belakang bawah yang tidak bersatu sejak lahir...ia menyebabkan saraf tunjang tidak berfungsi sepenuhnya...dan kelihatan menonjol..

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatima Najla Mohd Jaffar berkata, “Spina bifida adalah kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol, tetapi kekurangan asid folik juga boleh mempengaruhi pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna (anencephaly) dan terjadinya bibir sumbing,” 

FAKTA: 67% wanita hamil malas mengambil asid folik
Jenis jenis spina bifida
  • Okulta (tersembunyi) - wujud jarak kecil antara vertebra pada tulang belakang, paling biasa terjadi...kebiasaanya mereka tidak tahu mereka mengalaminya kerana okulta mempunyai simptom ringan atau tiada simptom langsung... hanya sebahagian kecil sahaja tulang yang tidak bertaup...
  • Meningosele - kurang serius daripada mielomeningosele dan jarang berlaku...sebahagian dari lapisan luaran saraf tunjang terjulur keluar tetapi saraf tunjang selalunya sempurna...terdapat satu sista meyelaputi membran yang boleh pecah dengan mudah...
  • Mielomeningosele - sebahagian dari saraf tunjang dan meninges terjulur keluar dari tulang belakang yang terpisah..adalah jenis yang paling serius. Bonjolan yang berupa sista atau pundi yang diselaputi kulit biasanya boleh dilihat di belakang badan. Sista ini mengandungi tisu dan saraf. Saraf tunjang pula rosak atau tidak terbentuk dengan sempurna. Mereka yang mengalami spina bifida jenis ini biasanya mengalami kerosakan saraf atau kelumpuhan pada bahagian-bahagian tertentu, bergantung kepada di mana sista itu berada. Mereka juga mungkin tidak boleh berjalan atau mengawal kencing.


Anda boleh membantu mengurangkan risiko bayi menghidap spina bifida dengan mengambil suplemen yang mengandungi 400 mikrogram asid folik daripada masa anda mula mencuba untuk hamil hinggalah usia kehamilan tiga bulan Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang mengambil asid folik lebih berkemungkinan melahirkan bayi dengan spina bifida, berbanding wanita yang mengambilnya pada jumlah yang disarankan.





B Complex Shaklee adalah lengkap dengan vitamin vitamin B termasuk asid folik dan biotin.








credit to moodpro.tripod.com, eserikasih.com, babycenter.com, metro ahad edisi 12052013, google images.










Salam Sihat
Salwa 




 

Saturday, 11 May 2013

Bahaya Buah Buahan

Assalamualaikum...

Tengok tajuk ni, mesti ramai terpikir..ada ke bahaya buah..secara umum buah buahan memberikan banyak manfaat kepada kita..seperti dalam piramid makanan..dicadangkan untuk lebihkan pengambilan buah buahan dan juga sayur sayuran..
Namun...buah buahan sekarang 'luaran nampak cantik'..betul..tanpa disangkal lagi..pergilah ke pasaraya pasaraya dan anda tengok sendiri..
Minggu lepas, saya dan suami ke salah satu pasaraya yang biasa kami kunjungi..macam biasa, pergi ke bahagian buah buahan untuk memillih buah mangga..alangkah terkejut nya, kami menemui kabait bersama buah mangga yang masih tidak di susun di raknya (masih didalam bakul)..so terus tak jadi beli..
Semua tau kan kabait (belerang) biasanya orang buat meriam je..tak kira la meriam buluh ke..
So apa akan jadi kalau kita makan buah buahan yang diperam dengan kabait?..


Mohamed idris menunjukkan buah-buahan tempatan yang selalu diperam oleh petani dengan menggunakan kalsium karbida di George Town semalam.

Larang petani guna kalsium karbida

GEORGE TOWN – Amalan memeram buah-buahan menggunakan kalsium karbida di kalangan petani di negara ini didakwa mampu menghilangkan daya ingatan pengguna termasuk kecacatan bayi ketika lahir.
Hasil kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu mendapati bahan kimia tersebut kini digunakan secara meluas oleh petani yang mengusahakan tanaman pisang, betik, nenas, cempedak, mangga dan ciku supaya cepat ranum sebenarnya merbahaya.
Difahamkan, secara umumnya penggunaan kalsium karbida adalah untuk kerja-kerja kimpalan, memateri keluli besi dan berfungsi menyalakan api pelita.
Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, pemakanan buah yang diperam dengan bahan kimia arsenik dan fosforus itu bukan sahaja beracun kepada pengguna malah boleh memudaratkan kepada mereka yang mengendalikannya.
Antara kesannya kepada saraf dalam jangka masa pendek adalah sakit kepala, pening, mengantuk dan kejang otot manakala jangka panjangnya pula ialah hilang daya ingatan.
“CAP terperanjat berikutan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kesihatan Malaysia masih belum membendung bahaya ini sungguhpun telah dibangkitkan sejak 36 tahun lalu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.



So, sekarang mari la kita tanam pokok buah buahan...

Nak beli tanah...nak buat dusun sendiri la...


Opps...shaklee kan ada..makan shaklee je lah..sihat ceria sepanjang masa...



"Prevention is better than Cure"




credit to mforum







~ Salam Sihat~



Thursday, 9 May 2013

Anti Penuaan Terbaik

selamat pagi khamis..pagi ni nak sambung lagi cerita tentang kecantikan..al maklum lah..lagi beberapa bulan syawal bakal menjelma, semestinya kaum hawa ni nak berseri seri kan..bukan setakat baju je cantik menawan..kulit pun nak cantik..baru la confident nak beraya di rumah sedara mara kan...untung untung sedara mara puji tengok kulit cantik...syiokk la, bergembira di hari raya la jawabnya...kan kan kan..

Shaklee telah menjalankan peyelidikan bertahun tahun untuk menghasilkan supplement anti penuaan terbaik didunia. Lebih satu juta botol telah pun dijual..Vivix revolusionari anti penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap selular..Hasil kajian makmal, ramuan vivix telah menunjukkan impak kepada impak mekanisma penting penuaan pada tahap selular.



4 mekanisma penuaan pada tahap selular

Kerosakan DNA
  • setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA, salah satu faktornya adalah akibat radikal bebas. Serangan serangan  ini akan merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan vivix melindungi dan memperbaiki selular DNA.

Pengawalan genetik
  • Pengawalan genetik menyumbang kepada detetriorasi (kemerosotan) umur pada tahap selular. Didalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.

Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel sel
  • Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun. Ramuan vivix menggalakkan biogensis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

Penimbunan protein AGE
  • Penimbunan berlebihan protein AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakkan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembetukan protein AGE. 

 


Ni jadual yang membuat perbandingan antara Vivix, MonaVie, Tahitan Noni dan Xango Juice... cuba anda lihat bagaimana hanya dengan 1 sudu teh(1 serving/day) Vivix mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh (3000-5000 ORAC). Hanya jauhari mengenal manikam.. dan hanya yg tahu erti nilai wang...akan memilih intan bukannya kaca...Vivix - Value for money
Vivix bertindak dalam 4 cara:


1. Mempertahankan sel (cell defense)
vivix shaklee cell defense



2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)
shaklee vivix cell energy


3. Memperbaiki sel (cell repair)
shaklee  vivix cell repair


4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)
vivix shaklee cell performance





kredit to kak cery dan vitamin semulajadi


 *Vivix tidak disarankan bagi wanita mengandung dan ibu menyusu.









Sebarang pertanyaan:
Tinggalkan komen disini
email:sascima78@yahoo.com

~Set Menyusu Shaklee~

Set penyusuan ini disarankan diambil oleh ibu ibu yang menyusukan anak untuk meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan ibu dan seterusnya dapat membekalkan segala nutrisi untuk si manja anda dan meningkatkan penghasilan susu. Tapi harus DI INGAT ibu semua WAJIB 'apply' konsep supply and demand.. sama ada menyusukan secara langsung atau melakukan sesi perahan setiap 3 jam atau tidak lebih sehingga payudara benar benar kosong. Ibu juga harus meminum air secukupnya sekurang kurangya 3 liter sehari. dan JANGAN lupa untuk terus berdoa, berzikir supaya dimurahkan rezeki untuk menjayakan penyusuan sehingga cukup umur anak 2 tahun.

Ok, dah faham kan, jom tengok set penyusuan Shaklee yang dicadangkan yang mana Salwa juga mengamalkanya.
Set 3M

1. ESP (Energizing Soy Protein)
  • Memberi tenaga
  • Membantu melancarkan penghasilan susu 
  • Penting untuk kalenjar dan tumbesaran
  • Mencantikan kulit si ibu
  • Membantu mengawal kolesterol
  • Memberi rasa kenyang yang lama
 2. Vita lea
  • Multivitamin terbaik
  • Disaluti dengan spirulina
  • Mengandungi 28 vitamin dan mineral penting
  • Sistem penyerapan bioaktif
  • Dapat membekalkan nutrisi lengkap untuk ibu dan anak
  • Meningkatkan metabolisma dan melambatkan proses penuaan
3. B - Complex
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga
  • Anti stress
  • Membantu meninggikan sistem pertahan badan
  • Membantu ibu ibu berfikiran positif (happy)
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban
4. Vitamin C
  • Meningkatkan antibodi dalam susu ibu
  • Membentuk kolagen 
  • Mencantikan kulit
  • Memperbaiki insomnia(susah tidur)
  • Jika si ibu atau si anak demam, ibu perlu hanya tingkatkan pengambilan vitamin c 2 biji sehari.
5. Alfafa
  • Raja segala tumbuhan
  • Kaya dengan vitamin dan mineral
  • Penggalak penghasilan susu
  • Merawat gangguan pencernaan
  • Mengawal kolesterol dalam darah
  • Membantu menghilangkan alergik
  • Bertindak sebagai 'kacip fatimah' kepada wanita
  • Menyahkan toksin dalam badan
  • Memulihkan urat selepas bersalin
6. Ostematrix
  • Kalsium-magnesium yang dilengkapi dengan vitamin D
  • Kalsium sangat penting bukan sahaja untuk ibu menyusu malah sebagai wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila usia meningkat
  • Bahagian kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu datang haid. Maka susu agak merudum. Jadi digalakkan mengambil ostematrix
  • Meningkatkan paras kalsium dalam darah dalam masa 12 jam
  • 2 kaplet ostematrix = 2 gelas susu.
ha! yang ni anda boleh pilih mengikut kesesuaian poket anda.
untuk keterangan lanjut:
FB page Raishah Vita Shoppe
sascima78@gmail.com
Konsultasi PERCUMA.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosii, merawat, atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Wednesday, 8 May 2013

Rahsia Cantik & Awet Muda

Wah..wah..hari ni nak bercerita tentang kecantikan je..mengalahkan hari cantik sedunia pulak...hehehe
Sape tak suka cantik kan..semua nak kulit cantik..saya pun nak cantik..nak tau satu rahsia? Rahsia cantik dan awet muda..

Ni lah dia rahsianya..collagen shaklee.

Rahsia kekal cantik & awet muda

Walaupun berlambak collagen kat pasaran, collagen shaklee tetap menjadi pujaan hati...anda yang dah pernah cuba pasti akan bersetuju dengan saya..tak percaya..tengok ni..testimoni collagen shaklee..

Ini adalah customer kak cery, hasil dari penggunaan konsisten collagen shaklee..namun ada sebahagian pihak telah mencuri dan mengatakan testimoni vitamin organik mereka...hissshhh..tak baik kan buat macam tu...

"Hasil kajian klinikal, terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan dalam masa 8 minggu"




Collagen shaklee mampu :

Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan
Faedah tambahan :: menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang.Membantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut...



Teruja kan...cantik berseri seri dengan collagen shaklee la lepas ni...








Sebarang pertanyaan:
Tinggalkan komen anda disini
email:sascima78@yahoo.com

Vivix




Bulan ni tengah hangat promo vivix..
Vivix sangat popular dikalangan mereka yang nak sihat dan cantik...
Ayu raudhah, pelakon dan isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Zaquan Adha adalah pengguna setia vivix..

“Selain mengawal pemakanan, saya turut mengamalkan minuman kesihatan iaitu sirap Shaklee”kata Ayu.

Revolusi terbaru daripada Shaklee

Minuman campuran botani vivix terbaru di dalam polifenol. Vivix mengandungi campuran botanik polygonum cuspidatom, anggur muscadine, eldeberi eropah, dan lobak ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fotokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti penuaan. 



Ramuan Vivix





Muscadine grape

  • Anggur hebat ini adalah satu satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk manfaat kesihatan. Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto - nutrient yang tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan juga antibakteria. Ahli sains dari universiti Georgia, membangunkan satu proses ekstraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi.

Purple carrot

  • Ianya adalah sumber terbaik vitamin A, mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins, dan sequiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. Anthocyanins adalah antioksidan utama di dalam carrot yang berwarna ungu kuning dan ungu oren; carrot ungu kuning mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi.
  • Asid klorogenik yang terdapat dalam carrot mempunyai banyak antioksidan, yang mana ia dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetis yang dikaitkan dengan pengambilan kopi. 
  • Anthocyanins adalah antioksidan, anti radang, anti mirbial, dan anti carcinogen. Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit koronori jantung.

Elderberry (sambucus nigra)

  • Elderberry sangat berkesan dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B. Berry mengandungi flavonoids, yang mana mempunyai ciri antioksidan yang kuat dan dapat mengukuhkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria. Elderberry juga sangat kaya dengan sebatian anthocyanins yang memberi kesan anti radang. Ia juga mampu mengurangkan simptom seperti sakit otot, dan demam.
  • Elderberry juga kaya dengan vitamin A, B dan C serta nutrien seperti asid amino, carotenoid, tannin dan rutin. Ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan menghalang oksidasi kolesterol LDL. Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular. 
  • Elderberry memberi perlindungan terhadp penyakit kardiovaskular - jantung. dan mengurankan stress, memperbaiki penglihatan serta penghadaman.

Polygonum cuspidatum

  • Ia juga dikenali sebagai Knotweed Jepun, tumbuhan perenial yang besar berasal dari asia dan juga banyak ditemui  di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed jepun adalah sumber komersial resveratrol yang juga terdapat di dalam ekstrak kulit anggur merah dan biji anggur merah.
  • Resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, dan mengurangkan berat badan.



Vivix untuk siapa?

Warga emas, wanita menopous, lelaki andropous, penghidap kanser, & tumor, lumpuh akibat stroke, diabetis, jantung, darah tinggi, gout, asthma, alergik, selsema, sinus (resdung), perokok, gastrik, ulser perut, kolesterol tinggi, meningkatkan kecantikan, anti penuaan, pesakit kelamin, masalah kulit dan rambut, masalah kesuburan..dan banyak lagi..




"Nak cantik di pagi raya, order vivix sekarang, rahsia awet muda untuk anda"





Berminat?
Tinggalkan komen anda disini
email:sascima78@yahoo.com

Lecithin

Sebut pasal lecithin mesti terus kaitkan dengan set pelangsingan kan..lecithin ni memang famous sangat di kalangan mereka yang nak turunkan berat badan..Lecithin bertindak sebagai pembakar lemak..kita bakor je..kita bakor..ha kan..baru la cair semua lemak tu kan..

Sedikit eksperimen lecithin
bagaimana lecithin bertindak dalam badan kita

Demo lecithin


Pengemulsi semulajadi (nature's emulsifier)

Lecithin dinamakan pengemulsi semulajadi kerana ia  mempunyai kesan kat lemak..secara ringkasnya ia menyebabkan lemat tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane...Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kita...Lecithin boleh diperoleh melalui kuning telur, jagung dan kacang soya..Lecithin shaklee dari sumber kacang soya..

 Sekilas Fakta: " Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin"

Apa yang terkandung dalam lecithin...dan kepentingannya..jom baca..hasil dari ilmu perkongsian kak cery..

Kandungan lecithin

Asid linoleik (essential fatty acid) - ia amat diperlukan oleh badan..tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya..jadi perlu diambil melalui diet harian

Kolin - satu komponen neurotransmitter

Asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak dan sistem saraf

Inositol - sebagai komponen utama membran atau selaput sel di dalam tisu di seluruh badan


KEPENTINGAN LECITHIN

Untuk buang lemak

Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
Membantu kawal paras triglycerides.
Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.


Penting untuk fungsi otak
 
Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.


 
Untuk kaun tua
 
Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

 
Untuk penghadaman
 
Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'bile" daripada kolesterol. "Bile" amat penting untuk proses penghadaman

 
Untuk sel
Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

 
Untuk kesihatan kardiovaskular (sistem jantung)
Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

 
"Tapi pastikan anda mengambil Lecitin selepas heavy meal(lunch/dinner)..bukan sebelum makan lunch/dinner yer ..kerana .pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik... dimana anda akan cepat berasa lapar."








Untuk sebarang pertanyaan
Tinggalkan komen anda
email sascima78@yahoo.com