Assalamualaikum..hari ni dah masuk 2 ramadan..
Untuk anda yang masih menanti rezeki zuriat..selain usaha, ikhtiar dengan supplements, dengan cara moden atau pun tradisional..jangan lupa untuk perbanyakkan doa..antara golongan yang dimakbulkan doa mereka ialah mereka yang sedang berpuasa sehingga tiba waktu berbuka...
Selain dari doa..amalkan juga buat solat tahajud sebelum sahur..kalau bulan bulan lain..mungkin agak sukar nak bangun awal sebelum subuh kan..hehehe
Ok lah..tak mau celoteh panjang sangat..
Ni antara doa Nabi Zakaria untuk dapatkan zuriat..
Surah Al Anbiya (Ayat 89)
Maksudnya:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkau lah jua sebaik baik yang mewarisi".
Ayat diatas juga boleh diamalkan 3x selepas solat lima waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.
Surah Ali Imran (Ayat 38)
Maksudnya:
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepada ku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
Selain dari doa di atas..boleh juga kita amalkan amalan amalan untuk murahkan lagi rezeki mendapat zuriat..nak tau info selanjutnya..boleh klik sini..
Semoga sedikit info ni membantu kawan kawan ye..
Eh..kalau nak makan supplements untuk tingkatkan kesuburan pun boleh juga..salah satu ikhtiarkan..heheh...Ter 'Promote' pulak..
Kesuburan suami |
Kesuburan isteri |
Untuk order
Raishah Vita Shoppe
sascima78@yahoo.com
sascima78@gmail.com
Sumber Surah & Terjemahan
No comments:
Post a Comment