Tuesday, 10 September 2013

7 Panduan Penting Penjagaan Selepas Pembedahan

Assalamualaikum, entry kali ini salwa taip khas untuk mereka yang baru je jalani pembedahan... sangat penting untuk kamu kamu yang baru lepas operation tu untuk jaga luka tersebut supaya tidak mudah dijangkiti..lagi lagi luka bahagian dalam..tak nampak dari luaran kan..so, jaga betul betul ye..

7 panduan penting penjagaan selepas pembedahan

  • Bergerak seawal mungkin
Sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalanni pembedahan besar boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Pastikan anda mendapat bantuan ahli keluarga atau jururawat jika ingin melakukan sebarang pergerakan terutama beberapa hari selepas pembedahan.
  • Minum air secukupnya
Air berfungsi untuk membuang toksin di dalam badan. Kekurangan air akan menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses perkumuhan. Amalkan minum sekurang kurangnya lapan gelas sehari.
  • Jangan ambil ubat lain
Elak daripada mencampuradukkan ubat ubat hospital dengan ubat tradisional. Dibimbangi ia akan meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit. Ambil ubat yang diberikan oleh doktor sahaja.
  •  Mengambil suplemen
Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempoh pemulihan anda.
  •  Pastikan luka kering dan bersih
Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.
  • Elak aktiviti yang mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut. Tunggu sehingga keadaan mengizinkan. Bagi pesakit kanak kanak, ibu bapa boleh memantau pergerakan mereka selepas pembedahan. Sekiranya pesakit ingin menaiki tangga, lakukan secara perlahan lahan. Pesakit digalakkan untuk berhenti setiap beberapa anak tangga mengikut tahap kemampuan pesakit itu sendiri. Jangan paksa diri untuk menaiki anak tangga sekiranya tidak mampu untuk melakukannya. Berhenti dan berehat. Ambil masa untuk mengembalikan tenaga.
  • Ahli keluarga boleh membantu
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi jika perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian. 



Kebiasaannya, bagi mereka yang baru je menjalani pembedahan atau mengalami luka akibat kemalangan..digalakkan mengambil supplements untuk mempercepatkan luka sembuh, memberi tenaga, serta membantu menghilangkan parut..



Sumber: Rapi September 2013

Sunday, 8 September 2013

CoQHealth Plus Bukan Hanya Untuk Kesihatan Jantung

Assalamualaikum...

Selamat menghabiskan hujung minggu..hihihih

Agak terlewat untuk update entry mengenai promosi bulan ni..Hampir seminggu dah promosi...Maaf ye pembaca... Apa yang specialnya bulan ni? sangat special sebab produk ni baru je dilancarkan pertengahan tahun ni..ha baru beberapa bulan kan..tapi dah ramai juga yang mencuba..khas untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan JANTUNG.. Tau kan..Peranan jantung sangat lah penting.. Dan yang paling menakutkan, penyakit jantung adalah PEMBUNUH NOMBOR SATU NEGARA..Yang mengejutkan lagi, bila ia membunuh secara senyap..nampak sihat, tapi tiba tiba meninggal..mintak dijauhkan lah dari kita semua yer..sebab zaman sekarang penyakit tak mengenal usia...golongan muda pun tak terkecuali..

Ok lah, mari kita berkenalan dengan produk baru iaitu CoQ Health Plus..

CoQHealth plus mengandungi bahan bahan semulajadi seperti campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan juga ekstrak teh hijau. Kombinasi CoQ10 dan vitamin E dipercayai mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat didalam vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan yang berterusan terhadap sel sel tubuh. Ekstrak teh hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan diantara kapilari darah dan jantung). CoQhealth plus menggunakan CoQ10 yang berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Sumbernya yang telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan.

CoQHealth plus bukan sahaja untuk kesihatan jantung, tetapi ada banyak lagi..Jom kita tengok apa kelebihan CoQ10 yang ada dalam CoQhealth plus..

Untuk kesihatan jantung
CoQ10 didapati sangat banyak didalam sel sel jantung. Ini kerana tugasan berat yang dipikul oleh jantung memerlukan tenaga yang banyak. Banyak kajian telah dijalankan menggunakan CoQ10 dalam pesakit yang menghidapi penyakit jantung, terutamanya "congestive heart failure"(CHF) dan didapati CoQ10 sangat berguna untuk pesakit pesakit ini. Kajian menunjukkan CHF bergantung rapat dengan kadar CoQ10 dalam darah dan tisu yang rendah. Dalam erti kata lain, CoQ10 rendah kemungkinan untuk mendapat CHF adalah LEBIH TINGGI. CoQ10 menghalang proses yang menyebabkan atherosclerosis (saluran darah tersumbat kerana kolesterol).

Untuk kecantikan
CoQ10 banyak digunakan dalam menghasilkan krim muka dan juga toner...CoQ10 dapat menghalang radikal radikal bebas. Pemakaian produk yang mengandungi CoQ10 selama beberapa minggu dapat mengurangkan kedutan terutama dibahagian mata. CoQ10 merupakan supplement yang terbaik untuk kulit kerana kandungan anti oksidan yang tinggi..(ermm..menarik..)

Untuk kesuburan
CoQ10 untuk kesuburan suami isteri. Pengambilan CoQ10 dapat membantu menghasilkan telur yang matang dan berkualiti bagi para isteri. Untuk suami, ia membantu meningkatkan bilangan sperma yang berkualiti. CoQ10 didapati dapat membantu kejayaan proses IVF, hasil kajian yang telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Toronto Centre of Advanced Reproductive Technology yang diketuai oleh Eleizer Burstein M.D.

Untuk tenaga
Kajian yang dilakukan oleh jabatan physiology, Meram faculty of Medicine, University Selcuk, Turkey mendapati bahawa suppelement CoQ10 yang diberikan 100mg sehari selama 8 minggu telah meningkatkan persembahan aktiviti atlet. Ahli sanitis disana menyimpulkan bahawa CoQ10 dapat meningkatkan persembahan aktiviti, menambah tenaga, mengurangkan rasa letih untuk seseorang melakukan aktiviti lasak.
CoQ10 digunakan untuk membekal atau membuang oksigen dari molekul yang aktif. Ia penting dalam proses pembuatan ATP, iaitu sumber tenaga badan dari sumber makanan. Proses pembuatan tenaga ini berlaku di dalam mitochondria, satu bahagian didalam sel sel badan. Jika seseorang mengalami keletihan tanpa sebab tertentu, berkemungkinan besar puncanya ialah kekurangan elemen CoQ10 didalam tubuh seseorang itu.

CoQ10 untuk tenaga

Setakat ni sahaja coretan hari ini..sebenarnya banyak lagi fungsi CoQ10 yang ada dalam CoQ health plus..tetapi tunggu next entry yer...sambil sambil tu jom layan gambar di bawah... sayangi kesihatan anda, sayangi jantung anda.. hadiahkan pada mak ayah pun bagus, sebabnya...cer tengok kat bawah ni...










Tuesday, 30 July 2013

Tips Atasi Loya & Alahan ketika Hamil

Alhamdulillah..positif hamil..syukurnya bila dengar doktor cakap macam ni kan " tahniah puan, anda hamil.."
kalau anak sulung senyum lebar sampai ke telinga lah..(tetiba teringat pengalaman sendiri, encik suami la paling happy..hehehe)

Tetapi kan..dalam gembira tu..ada yang paling kita tak larat nak lalui...alahan ..tekak loya..makan siket muntah..tak makan langsung tak larat pulak kan..hanya perempuan je yang memahami situasi ni...kalau trimester pertama je alahan takpe jugak..kalau yang lebih dari tu..adoiii...tak larat sungguh...

Hasil carian di google, ada beberapa tips untuk atasi loya ni...Antaranya:

1. Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus..campurkan jus tersebut dengan sedikit perahan limau nipis dan sesudu gula..Minum setiap pagi..sumber dari pama.

2.   Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. hidu lemon ataupun minum jusnya..

3.  Makan asam..

4. Minum air 100Plus, tapi bukan minum begitu je..kene campur air kosong dengan nisbah 70:30 atau 80:20..

5. Makan mangga ataupun jeruk...

dan banyak lagi lah..

so anda yang sedang hamil anak pertama atau anak ke berapa tu..alahan, loya kuat sangat..boleh lah cuba tips kat atas tu ye...mana tau berhasil..tapi bagi salwa..kalau nak mudah, boleh je..lagi senang kot..tak perlu nak sediakan bahan bahan..cuma ngap masuk mulut je..nak tau apa dia? cer tengok kat bawah ni...


melegakan alahan & loya tekak
Bukan sekadar melegakan loya tekak..malah ketidakselesaan perut, cirit birit, mabuk laut..dan macam macam macam lagi lah..jadi boleh lah standby satu botol ni kat umah...nak jalan standby dalam handbag ye..mudah kalau tetiba datang angin satu badan..pun boleh ngap je masuk mulut..hehehe










Order disini?
Raishah Vita Shoppe
sascima78@yahoo.com
sascima78@gmail.com





segala sumber datangnya dari sini..


Friday, 26 July 2013

Kulit Semakin Cantik Dengan Set Kecantikan Dari Shaklee

Assalamualaikum, selamat pagi semua..Salam Nuzul Quran..selamat bercuti bagi negeri yang bercuti..hikhikhik..yang kije tu..kene semangat la bekerja kan..
Semakin dekat nak raya, semakin ramai yang nak tampil jelita..Tapi jangan sampai salah pilih produk dah la..sebelum membeli tu, buat la pilihan dengan bijak, pertama pastikan lulus KKM, selamat dan tidak mengandungi bahan terlarang..kalau harga terlampau murah berbanding harga pasaran tu..sila double cek..takut nanti dapat yang tiruan punya..kene la beringat sebelum terkena kan..nanti dah kene..muka cantik jadi sebaliknya pulak..sape salah? sape nak tanggungjawab..sendiri jawab la...
Alhamdulillah, produk shaklee yang sudah lebih 50 tahun bertapak di Malaysia, ada kelulusan KKM, Halal, 100% dari bahan semulajadi..dan yang paling penting selamat serta berkesan...

Buat mereka yang nak cantik tu, salwa nak kongsikan sedikit tips untuk dapatkan kulit cantik...cantik kat sini bukan lah nak tukar muka jadi artis ni ke..jadi artis tu ke..jadi muka sendiri je..tapi kulit muka tu yang jadi semakin jelita menawan..parut hilang..muka glowing..jerawat takde..muka licin dan gebu..

Kebiasaannya, kita lebih kepada rawat kulit muka dari luaran..sapu krim tu lah..krim mengecutkan jerawat lah..bape banyak krim muka dah cuba..tapi hasilnya tidak seindah mana pun..hehe..jadi nak hasil yang lebih menawan..cari lah punca masalah sebenar..baru lah senang nak rawat..macam mana nak tau? mudah je..dari pemakanan...macam nenek moyang kita dulu..mana ada jerawat banyak kan..apa yang mereka makan? ulam ulaman..makanan yang berkhasiat..takde fast food ni..tapi zaman sekarang boleh ke? hahaha..agak susah rasanya...nak mudah amalkan lah supplements..salah satu cara hadiah buat diri sendiri sebab tak mampu nak makan ulam banyak banyak ni...hahahha

Ok lah..tak mau celoteh panjang lebar...jom layan gambar gambar di bawah..yang datangnya dari pengguna yang menggunakan produk produk shaklee..







Cukup la ni je..hasilnya memang puas hati..glowing kan?
Kebanyakkan penguna menggunakan ESP, B complex, Vita C/Chewable Vita C, Vitamin E..yang lain tu..ada bajet lebih boleh la nak tambah shaklee collagen powder ke..nak vivix ke..nak GLA complex ke..

Anda inginkan muka yang cantik serta berseri seri?
Bertindak sekarang!!! 








Order disini
sascima78@yahoo.com
sascima78@gmail.com







 









Thursday, 25 July 2013

Cara Mudah Atasi HB Rendah Ketika Hamil

Alhamdulillah..masuk 16 ramadan dah...dah setengah bulan kita berpuasa kan...Dalam bulan ramadan ni, banyak sungguh berita gembira salwa dengar..ramai kawan kawan yang dah hamil..Syukur..!! Rezeki di bulan mulia...macam sinonim pulak dengan promosi GLA yang berlangsung sehingga hujung bulan ni...Aura GLA kuat sangat..semua subur subur..hikhikhik..gurau je ye...tu semua datangnya dari DIA..Anugerah tak ternilai kan..Alhamdulillah...

Actually, bukan nak cerita pasal GLA..(tapi kalau nak tau, boleh juga pm kat FB yer..)
Bila dah hamil..macam macam kene jaga..terutama yang pertama kali hamil..banyak yang kene dititikberatkan..time mengandung ni la kalau tak jaga dengan betul, macam macam penyakit boleh singgah..diabetis la...darah tinggi lah..tak kurang juga masalah HB rendah..yang ni bahaya..boleh membawa maut....HB rendah maksud nya kecairan sel darah merah..kalau darah terlampau cair boleh menyebabkan tumpah darah ketika waktu kelahiran baby..sangat sangat berisiko..

Untuk anda yang pernah mengalami masalah HB rendah ni..mesti dah dengar pelbagai petua untuk naikkan HB..antaranya, makan organ dalam haiwan macam hati ayam, makan kerang lah..dan kalau sayur of course la bayam..yang tak suka tu lah kene makan..yang alergik seafood dan tak makan hati ayam tu macam mana pulak? dah habis telan pil klinik bagi..tapi still tak naik naik juga..ha acaner tu? bila gi klinik je..bacaan HB tak cantik..stress!!

Hehe..Kalau itu lah yang anda sedang lalui, jangan stress ye..sian ke baby dalam perut tu..lagi kesian kalau BP naik lak..satu masalah lagi..hihihi..setiap masalah ada cara penyelesaiannya..sama ada kita dapat selesaikannya dengan cepat & mudah..atau terpaksa try & error... Untuk anda yang dah banyak kali try & error tu..dah pelbagai eksperimen buat kat diri sendiri tu..masih tak berjaya juga..Tak yah susah susah dah ye..salwa ada cara mudah untuk selesaikan masalah anda, ini pun di suggestkan oleh doktor juga.. nak tau? try tengok bawah ni...Cara mudah atasi HB rendah ketika hamil ialah.....VITA LEA.


Namanya ialah Vita lea, Multivitamin yang sangat sangat bagus..kenapa? sebab segala nutrisi yang diperlukan oleh badan ada dalam ni..terutama bagi yang memilih bab makan..kadang bukan memilih..tekak time mengandung ni lain..kadang ada makanan tak leh masuk kan..yang biasa makan pun kadang jadi tak leh nak telan bila ngandung ni..hahaha..macam macam kan..

Ok..tu je lah..nak kongsikan..semoga semua kawan kawan yang hamil..selamat bersalin..selamat semuanya ye..dapat baby comel comel..kiut miut..(tetiba pulak terbayang baby comel comel..haaaa gewaaaammmm..) byeeeee...nak berangan ngan baby comel jap..hahahahah







Nak order?
Raishah Vita Shoppe
sascima78@yahoo.com
sascima78@gmail.com

Sunday, 21 July 2013

Mana yang Menjadi Pilihan..Sintetik vs Semulajadi?

Assalamualaikum...sekejap je dah masuk 12 ramadan..pada bulan penuh barakah ni..salwa nak kongsikan dengan korang..tips sebelum membeli vitamin..atau pun supplements..ni penting sebab kita yang nak makan..kita makan pun untuk jaga kesihatan sekarang dan juga masa depan kan..so sebelum membeli..ambil masa untuk membuat pilihan..pastikan yang terbaikkkk(bak kata boboy..hehe)

Kat pasaran ni banyak sangat jenis vitamin kan..pelbagai jenama..sama ada yang jual kat farmasi, kedai ubat ataupun melalui pegedar perseorangan..Apa yang anda perlu titik berat dalam pemilihan vitamin selain kandungan nya adalah sama ada ia sintetik atau pun dari bahan semulajadi..




Cara mudah nak tau vitamin sintetik yang ada silika gel tu..Vitamin sintetik dihasilkan dari bahan kimia yang mempunyai ciri ciri seakan akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya, asid askorbik (vitamin c) mempunyai formula empirik C6H806, jadi gabungan dari molekul molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.
Manakala, vitamin semulajadi dihasilkan dari ekstrak bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan serat fiber. 


Vitamin semulajadi lebih serasi dengan badan kita..sebab apa? ia dihasilkan dari sumber makanan kita..jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh..Vitamin ini tidak mendatangkan kesan sampingan..malah memberi kesan yang lebih baik pada tubuh kita...Ini berbeza dengan vitamin sintetik, walaupun formulanya sama ia masih tidak menandingi vitamin semulajadi..apa lagi dengan makanan asli..ini kerana penghasilannya bukan dari sumber makanan..jangan terkejut kalau ada yang menggunakan bahan untuk menurap jalan (tar) digunakan untuk menghasilkan B complex yang bersumberkan sintetik..

Selain itu, yang ni selalu dijadikan perbandingan..memang ramai yang akan pilih lebih murah...tapi kene tengok kualiti..kalau yang murah itu setanding kualitinya dengan yang mahal..dipersilakan beli...tetapi jika yang murah itu dari bahan campuran(bukan original)...lebih baik la anda korban kan sedikit duit tu..untuk beli yang original..sebab ini untuk kesihatan..bukan saja saja untuk makan..sangat suka dengan kata kata yang pernah dibaca didalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki hasil tulisan Fathuri Salehuddin..bunyi nya lebih kurang begini.."Duit banyak..Namun kesihatan yang tidak mengizinkan..Duit yang banyak itu tiada gunanya lagi"..Betul kan? Andai duit kita banyak..tapi duduk terlantar dikatil..untuk apa duit itu? Jadi fikir fikirkan lah..
So bezanya disini..Vitamin semulajadi lebih mahal berbanding vitamin sintetik kerana penghasilannya dari bahan semulajadi yang memerlukan kos yang lebih tinggi...begitu juga kalau anda memilih produk organik..ia lebih mahal harganya..kerana produk tersebut dijaga dari benih lagi..tidak menggunakan racun perosak, racun serangga..so..berbaloi anda bayar mahal dengan kualiti yang diberikan..ye tak??

Lagi satu, Vitamin semulajadi tidak mendatangkan kesan buruk kepada pengguna..seperti yang dinyatakan sebelum ini ia bersumberkan makanan yang kita makan..
Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan bahan yang terkandung didalam vitamin itu sendiri dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam menghasilkannya..


Ok..itu sahaja yang salwa nak share ngan korang..mana yang baik..kita kongsikan bersama..sebagai pengguna bijak yang tahu erti nilai kesihatan sebenar..lakukan pilihan bijak yang mendatangkan kebaikan untuk kesihatan anda & keluarga..bukan untuk masa sekarang..tapi untuk jangka masa yang panjang..untuk akan datang..

Saturday, 20 July 2013

Softener Paling Jimat & Paling Semulajadi

Sape dalam dunia ni tak suka berjimat? sume nak jimat kalau boleh kan...bagus amalan jimat cermat ni..so untuk anda yang memang suka sangat berjimat tu..salwa sarankan produk super doper jimat iaitu Soft Fabric Concentrate..penggunaan sudah 2 bulan baru suku je tau (testimoni ni sendiri..hehehe) so kesimpulannya sebotol tu boleh tahan berbulan bulan...kalau pakai jenama lain..mau sebulan sobotol...

Antara kelebihan lain yang bakal anda dapat ialah;
  • Ia bukan sekadar pelembut pakaian yang biasa anda temui dipasaran..Ia jauh lagi berkesan daripada produk lain dalam mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan akibat kesan statik. 
  • Berbau harum yang lembut..(macam bau sabun mandi..wangi je)
  • Dengan rumusan kepekatan tinggi, ia bukan sahaja lebih menjimatkan malah anda dapat merasai perbezaannya dengan sentuhan
  • Satu botol boleh melembutkan pakaian sebanyak 64 cucian (banyakkan)


Taraaaa..ni lah dia..nampak macam suci je kan..hahahahah
Soft Fabric Concentrate


 Semestinya softener juga mengikuti falsafah shaklee iaitu SELAMAT, SEMULAJADI, & BERKESAN

  • SELAMAT 
    • Tidak Bertoksik
    • Sesuai untuk semua jenis fabrik yang boleh dibasuh
    • Tanpa bahan kimia berbahaya
    • Tanpa gas beracun
    • Nilai pH yang seimbang
  • SEMULAJADI
    • Menggunakan ramuan semulajadi
    • Tanpa fosfat
    • Tanpa bahan pewarna
    • Bungkusan yang boleh dikitar semula
    • Selamat untuk sistem septik & pembentangan
  • BERKESAN
    • Berpekatan tinggi - bagi 64 cucian
    • Hanya 1/2 aun diperlukan untuk setiap cucian
    • Kurangkan kedutan & kesan statik

 Jadi untuk anda yang nak berjimat, boleh la mulakan dengan menggunakan produk super jimat ni..So duit yang lebih tu boleh simpan buat perkara lain..hehehe









Order Disini
sascima78@yahoo.com
sascima78@gmail.com

Sumber Shaklee