Thursday, 13 June 2013

Jana Pendapatan Lumayan Hanya dari RUMAH

Bila baca tajuk entry ni..mesti akan terdetik kat hati korang betul ke ni? tak percaya lah..
hahahaha..duk rumah je boleh dapat income? lumayan pulak tu.. betul la..zaman sekarang teknologi dah semakin canggih, duduk kupas bawang kat dapur pun boleh layan customers..duit pun masuk dalam account..sambil sambil tidokan anak..duit masuk lagi dalam akaun..tak perlu keluar rumah pagi pagi..balik lewat malam..tak perlu sediakan stok yang banyak..Yang anda perlu sediakan cuma RM65 untuk permulaan, hati yang kental, usaha dengan langkah yang bijak..insyaallah, anda akan dapat income yang anda impikan..


ha, ni lah dia yang salwa cakapkan..dah ramai suri rumah jana pendapatan dari rumah..dan ada juga yang buat sebagai side income..

 

Shaklee sudah lama berada dipasaran Malaysia dan produk yang sangat dipercayai...produk disediakan, latihan dan bimbingan juga dari group yang sangat sangat best..ada sharing session..macam macam lagi..
Tunggu apa lagi..duit tak datang masuk akaun anda..jika anda biarkan je tanpa bertindak..so cepat cepat grab peluang ni..



Jom berbisnes
Contact Salwa
sascima78@yahoo.com

Monday, 10 June 2013

Kehamilan Pertama Saya

Entry ini ditulis khas untuk membantu ramai pasangan kat luar sana yang masih mencuba untuk hamil..tak kira lah bape bulan pun perkahwinan anda, even dah bertahun pun..mungkin sedikit sebanyak ianya membantu..salwa pun bukan lah pakar sangat..tapi ni salwa dapat daripada yang pakar..seorang doktor..so ilmu ini sangat membantu..

Pasangan mana yang tak nak zuriat kan..tengok baby semua comel comel kan..salwa pun macam tu..
Selepas kahwin, period cycle salwa jadi kucar kacir..kadang period..kadang tak..sampai salwa ingat dah pregnant..bila buat UPT..negatif..negatif dan negatif..sampai suami cakap, tak yah la cek selalu..nanti bertambah sedih je lagi..sabar je..rezeki kita akan datang juga..cepat dan lambat je.. ye!!..memang betul, tapi pertanyaan yang sama sering diajukan pada salwa..tak kira jumpa kat mana pun..soalan itu lah ditanya..kadang bukan soalan je..siap pegang perut ni lagi..nak tau salwa mengandung ke tak.. luaran salwa senyum je, bila dapat soalan "tu" tapi dalam hati ni dah nangis..hanya Allah je tau perasaan ni macam mana..

Salwa cari doa untuk mudahkan dapat zuriat, baca selalu..usaha lagi..sampai la satu tahap..perkahwinan salwa hampir masuk tahun pertama..dan terus salwa cakap kat suami, jom kita jumpa doktor.. Mungkin bagi orang terlalu awal untuk jumpa doktor sedangkan belum cukup setahun perkahwinan, tapi salwa fikir, kalau lambat jumpa doktor, lagi lambat la aku mengandung..umur meningkat setiap tahun..dan salwa sangat sangat beruntung bila suami salwa terus setuju untuk jumpa doktor..

Salwa dan suami ke Klinik Ragavan..klinik ni memang klinik kami sekeluarga..senang dan doktor pun sangat baik..biasa lah kan, kalau gi klinik mesti la doktor tanya, sakit apa?..hihihi
so teruskan je lah bagi tau, saya ni dah kahwin hampir setahun, tapi tak mengandung lagi..saya nak tau kenapa..soalan pertama ni memang salwa ingat sampai sekarang, doktor tanya, awak ada stress ke? stress? takde..kerja tak? tak...doktor pun terang la siket stress ni boleh ganggu bla bla bla..so jangan selalu stress ye..Jadi doktor tanya pulak pasal kitaran period dan buat scan nak tengok rahim sihat ke tak..ada problem lain tak..alhamdulillah, salwa ok..takde masalah kesuburan yang serius..cume hormon tak stabil.. dan mungkin benar kata doktor, salwa stress..mana tak stress..dah habis belajar tak kije lagi..dah kahwin tak mengandung lagi..dan orang sekeliling tak paham jugak, tanya soalan yang bikin salwa stress..stress aku tau..hahaha

so kes salwa settle, doktor bekalkan ubat untuk stabilkan hormon dan untuk bagi kitaran haid ni normal balik serta tips waktu untuk bersama suami..sebab doktor kata, buat selalu pun tapi tak kena pada hari subur..tak guna juga..so cari hari subur..baru lah berhasil..hihihi

Itu bab salwa..so suami salwa pun kene jalani ujian untuk cek kualiti sperma, berapa banyak sperma yang aktif..tapi ujian ni tak buat kat raub la..sebab takde klinik yang sediakan..kami ke bentong..tak ingat bape lama result tu baru kuar..tapi yang penting, alhamdulillah suami salwa pun tip top..takde masalah..so just proceed je dengan tips doktor bagi..

So lepas amek ubat untuk stabilkan kitaran period dan juga stabilkan hormon ni, kitaran period dah back to normal..so 2 bulan lepas tu period tak datang balik..tapi hati ni, tak terdetik pun yang kata hamil..cuma yang salwa perasaan kuat sangat makan asam kat ofis, sensitif..mudah betul menangis..mudah lapar, lambat makan je ketar badan..hihihi..

dipendekan cite, pada 2 April 2011 salwa pergi Klinik Ragavan..cek upt POSITIF..ye!!..positif hamil, Alhamdulillah..terus scan..waktu tu kandungan dah 7 minggu..tanpa sedar..ada zuriat dalam rahim ni..gembira tak terkata...Dengan Izin Allah..2 bulan je lepas jumpa doktor...dan salwa disahkan hamil..

So, nasihat salwa pergi lah jumpa doktor..jangan tangguh tangguh ye...jangan malu untuk bertanya..kalau dah jumpa doktor dah pastikan takde masalah..boleh lah anda ambil B complex untuk persediaan hamil, dan untuk bakal baby jugak..Nak set kesuburan shaklee pun boleh..sebab ada kawan salwa yang dah berjaya hamil selepas sebulan gunanya..tengok kat sini ye..







Mudah Hamil dengan GLA

 

Alhamdulillah..kegembiraan buat kami juga, bila customers berjaya hamil dengan GLA..sebulan je amalkan GLA ni..dengan izin Allah..Kawan salwa ni hamil..

So pada sape sape yang masih menanti kehadiran cahaya mata..cubalah GLA..insyaallah..kita usahakan yang terbaik..





Berminat?
Order terus kat sini Raishah Vita Shoppe 
sascima78@yahoo.com

Thursday, 6 June 2013

Rahsia Stok Susu Banyak Untuk Ibu Bekerjaya

Ibu bekerjaya yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu adalah ibu yang PALING HEBAT..(tepuk tangan)...Saya sendiri kagum dengan anda...Pengorbanan yang tiada tandingannya..itu lah kasih seorang ibu..syahdu pulak..phew...
Jadi untuk ibu ibu yang bersemangat waja untuk teruskan penyusuan..disini salwa nak kongsikan beberapa tips untuk anda hasilkan lebih banyak lagi stok untuk bekalan ke pengasuh/taska dan juga untuk penuhkan freezer di rumah anda dengan stok susu ibu..hehehe

Harus diingatkan ibu ibu yang bijak lestari..mulakan membuat stok seawal dalam pantang ye..untuk mengelakkan ibu ibu kelam kabut nanti..

Tips ini hasil perkongsian mommyiskandar..

10 TIPS UNTUK MENGHASILKAN STOK SUSU TERBANYAK

  1. Set minda untuk menyusukan baby sejak mengandung lagi dan banyakkan membaca tentang ilmu penyusuan.
  2. Mula mengepam susu seawal minggu pertama atau kedua berpantang
  3. Patuhi konsep "Supply & Demand" 
  4. Kosongkan payudara sekerap mungkin . Amalkan pam setiap 2 jam sekali atau maksimum 3 jam sekali
  5. Jika sampai masa untuk mengepam dan baby anda menangis, susukan baby anda dahulu. Selepas itu, sambung mengepam selepas baby selesai menyusu.
  6. Cara lain, anda boleh menyusukan baby anda di payudara kanan dan pam di payudara kiri. Sebaiknya menggunakan pam elektrik kerana pam secara manual agak sukar juga.
  7. Tips yang sangat berkesan, tetapi ramai ibu malas lakukannya iaitu TEKNIK POWER PUMPING. Jika stok anda sangat sedikit lakukanlah teknik ini. Insyaallah sangat berkesan.
  8. Rahsia seterusnya ialah ibu mesti minum air 3 - 4 Liter sehari. Jangan kurang 3 liter sehari kerana air yang kurang menyebabkan badan tidak mampu menghasilkan susu yang banyak.
  9. Ambil makanan berkhasiat yang membantu menambah susu seperti kurma, horlicks, susu dan bijirin. Jika mampu ambillah SUPPLEMENT PENYUSUAN, yang semestinya banyak membantu.
  10. Doa dan memintalah pada Allah. Dia yang MAHA PEMBERI, mintalah dimudahkan penyusuan ibu ibu dan diberikan rezeki yang banyak untuk bayi kita..


Disini salwa kongsikan ibu bekerjaya, merangkap ex ofismate yang berjaya hasilkan stok susu untuk puteri sulungnya..
 
Paling sedikit sehari boleh hasilkan 35oz dan paling banyak 40oz..average untuk stok seminggu lebih kurang 255oz..Stok untuk masuk freezer 70oz seminggu..sebulan boleh dapat lebih kurang 280oz..Yang selebihnya tu..paham paham je lah ye..masuk perut si puteri comel tu lah..hiihihih..







Berminat?
Jangan segan segan email salwa, sascima78@yahoo.com 
PM terus FB Raishah Vita Shoppe

Wednesday, 5 June 2013

Meal Shakes Mencantikan Kulit?

Nak cantik? Semua la nak..sape tak nak kan..dengar perkataan cantik, laju je nak tau..hikhikhik

Bagaimana cantik bersama Meal shakes? Famous sekarang ni kolagen je untuk cantik cantik ni kan..
Ha ni lah rahsianya..
  
 




Protein       - Protein tunggi yang membantu pertumbuhan sel sel kulit
Vitamin C  - yang sememangnya kaya dengan antioksida yang memberikan kecantikan pada kulit
Vitamin E  - Menghaluskan kulit, Mencerahkan kulit, Anti penuaan



Meal sangat membantu untuk mempercepatkan proses penyembuhan kulit..
Adik comel ni berhasil dapatkan kulit cantik..
Cantik kan..gebu lagi..






 Ekzema pun hilang..cantik dan comel baby ni..
 






Place your order NOW!!

Promosi buy 6 FREE 1 hanya di bulan jun ini..



Berminat
sascima78@yahoo.com

Tuesday, 4 June 2013

~ Promosi Meal Shakes Jun 2013 ~




Berita gembira buat anda semua..terutamanya peminat Meal shakes..
Promosi untuk bulan ni ye kawan kawan...
Beli 6 PERCUMA 1...
 

Jangan ketinggalan untuk dapatkan nya..dan jangan lambat lambat..nanti dah sold out..gigit jari jelah..
Harga satu canister ni sangat la berbaloi baloi dengan khasiat yang bakal anda dapat..

Meal shakes ni sangat sangat famous bagi kanak kanak..nak tau kenapa?
Ni ha dia..membantu mengatasi masalah dibawah

 Meal shakes mengandungi nilai protein yang tinggi, vitamin, mineral penting dan juga 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh..tetapi sangat diperlukan hokay..

 Lagi mengenai meal shakes..hihihi
So, jangan tunggu lama lama ye..barang baik pasti cepat sold out..
Anak salwa pun minum ni tau..so far memang nampak perubahannya..takde sembelit lagi..mudah tido..sebelum ni nak tido siang pun susah..asyik main je..





Nak order?
Raishah Vita Shoppe
sascima78@yahoo.com

Saturday, 1 June 2013

Kenapa Perlu Pengambilan Vitamin?

Persoalannya perlukah pengambilan vitamin dalam diet harian? Bagi saya perlu, bukan sebab saya jual vitamin tapi sebab saya pentingkan kesihatan tubuh badan..

8 SEBAB MENGAPA BADAN KITA PERLUKAN VITAMIN/SUPPLEMENT
  • Cara Memasak
 Cara memasak amat penting untuk kekalkan segala nutrisi didalam sayuran, terlebih memasak (overcook) akan menghilangkan segala nutrisi penting, contohnya, merebus akan menghilangkan vitamin larut air seperti vitamin B dan C..dan vitamin B6 mudah dimusnahkan oleh haba panas..jadi untuk dapatkan segala vitamin yang ada didalam buah buahan dan juga sayur sayuran adalah dengan memakannya sebegitu sahaja..seperti makan ulam..sanggup ke makan sawi macam tu je..hahaha...  
  • Kualiti 
Sayur sayuran dan buah buahan pada masa sekarang ni kurang berkualiti..kalau lihat di pasaraya pasaraya mesti semua sayur segar segar je kan..takde lubang lubang..cantik je..Pada mata kasar ia nampak berkualiti tapi adakah ia selamat?Penggunaan racun serangga dan racun perosak mempengaruhi kualiti sayuran dan buah buahan tersebut..dan sebelum ni salwa dah pernah buat entry mengenai buah yang diperam dengan kabait kan..so boleh baca kat sini ye..
  •  Makanan Proses
Kesuntukan masa untuk memasak bagi mereka yang bekerja, mungkin lebih mudah untuk memilih makanan yang telah siap diproses sama ada makanan dalam tin ataupun sejuk beku..Kebiasaannya makanan ini, tinggi kandungan bahan kimia, garam dan juga gula..Bagi makanan sejuk beku, kandungan vitamin E akan berkurangan setelah defrosted(dinyahsejukbeku..betul ke maksud ni..haha)...
  • Antibiotik atau Ubat Ubatan
Antibiotik sangat famous digunakan untuk melawan jangkitan, namun pengambilan antibiotik membunuh bakteria baik didalam usus, yang biasanya membantu vitamin B  untuk diserap melalui dinding usus. Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan pelbagai masalah saraf, sekiranya anda mengambil antiobiotik disarankan untuk mengambil vitamin B. Begitu juga dengan ubat ubatan, pengambilan ubat akan mengganggu penyerapan zat makanan.
  • Alergik Makanan atau Minuman
Ada yang alah untuk minum susu, akan menyebabkan kekurangan kalsium dalam badan..begitu juga yang alah pada makanan laut seperti kerang akan menyebabkan anemia..yang sangat merbahaya ye..terutama ibu mengandung..tak suka makan sayur sayuran lah..ada kan?..suka makan ayam je..hihihi..so disini lah pentingnya ambil vitamin untuk menampung kekurangan nutrisi anda..
  • Tekanan
Tekanan di tempat kerja atau tekanan faktor sekeliling meningkatkan keperluan tubuh badan terhadap pengambilan vitamin B..pencemaran udara meningkatkan keperluan badan terhadap vitamin E..
  • Usia
Usia yang semakin meningkat, pengambilan vitamin juga meningkat..ini kerana keupayaan badan semakin menurun untuk melawan penyakit..jadi anda perlukan perisai iaitu vitamin untuk meningkatkan keupayaan badan..Contohnya, pengambilan zink untuk mempercepatkan pemulihan luka..pengambilan vitamin kalsium untuk menguatkan tulang..begitu juga dengan magnesium untuk membantu melancarkan sistem pencernaan.. 
  • Latihan/Senaman
Latihan atau senaman yang berterusan, memerlukan pengambilan vitamin B, vitamin C dan juga zat besi untuk membekalkan anda kesihatan yang baik, dan membantu anda kekal cergas sepanjang hari..


Tanya diri anda sendiri ye..kalau anda mampu menyediakan makanan yang anda tanam sendiri, proses sendiri dengan cara yang betul, anda makan mengikut piramid makanan..mungkin anda tak perlukan vitamin..tapi kalau tak, ambil lah..ingat ye..kesihatan keutamaan anda..badan sihat, anda boleh cari duit lebih..tapi kalau badan tak sihat, duit lebih pun anda takleh beli kesihatan..so..keputusan ditangan anda...bijak bertindak ye kawan kawan...




Nak khidmat nasihat percuma, jangan segan segan ye..



 credit to lovingfit


Salam Sihat