Sunday, 24 November 2013

Vitamin C SR Menjadi Pilihan, Kenapa?

Assalamualaikum.. Selamat berhujung minggu.. Sementara hero tidur, mari lah meng'update' blog.. 
Tengok tajuk, macam nak bikin panas je kan.. siap persoalkan lagi.. hahahah.. 
Tapi itulah hakikatnya.. betul.. setahun Vitamin C ni menghilangkan diri, tak senang duduk bagi mereka yang dah rasa penangannya.. Vitamin C shaklee bukan sahaja datang dari sumber oren.. tetapi ia juga dari sumber jagung.. dan semestinya 100% dari sumber semulajadi.. Yang menjadi keistimewaan Vitamin C SR mengandungi Bioflavonoids..

Apa itu Bioflavonoids?

Salah satu tips untuk memilih Vitamin C ialah yang mengandungi bioflavonoids.. Bioflavonoids membantu meningkatkan keberkesanan Vitamin C.. dan juga mencegah pengoksidaan vitamin C didalam badan..

Bioflavonoids terhasil daripada tumbuh tumbuhan berwarna seperti sayuran, buah buahan, bunga, herba dan bijirin..  Hasil dari kajian yang telah dijalankan bioflavonoids bertindak sebagai:
  • Anti radang
  • Anti alergik
  • Anti virus
  • Anti kanser

Bioflavonoids yang ada dalam Vitamin C SR ni membantu :
  1. Melindungi dan mengakalkan struktur salur kapilari darah
  2. Mempunyai kesan anti bakteria
  3. Mengalakkan peredaran darah
  4. Meransang pengeluaran hempedu
  5. Mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
  6. Merawat dan mencegah katarak
  7. Bertindak sebagai anti histamin
  8. Mempunyai ciri ciri anti radang
  9. Mengurangkan gejala herpes mulut


Nak tau lebih lagi pasal bioflavonoids? boleh klik sini.. 

Vitamin C SR memang menjadi pilihan ramai, bukan sahaja untuk kecantikan kulit, tetapi untuk kesihatan badan.. membantu merawat luka dan banyak lagi...
Nak rasa kehebatan Vitamin SR? jangan segan segan contact salwa yer... best price untuk anda.. dan boleh tahan sehingga 6 bulan kegunaan..




Salwa
SID 954091






Supplement Shaklee Membantu Melancarkan Sistem Pembuangan

Assalamualaikum.. Selamat berhujung minggu..

Hari ahad yang indah ni.. nak share something dari apa yang salwa dapat selepas consumed supplement shaklee.. actually dah share pun benda ni kat fb.. hari ni baru dapat nak kongsikan di laman blog plak..

Supplement yang wajib salwa amek setiap hari ialah B complex, Vitamin C, ESP, Vita lea, dan juga ostematrix.. Sebelum breakfast memang wajib minum ESP campur dengan susu anlene coklat ataupun susu strawberry.. Rasa enak lemak berkrim tau... hihihihi

Sebenarnya, selepas consumed supplement ni semua.. Salwa perasan yang sistem pembuangan semakin lancar.. tak macam zaman belajar dulu dulu.. Kalau masa belajar di UiTM Jengka dan UiTM Kb Kelantan memang susah sangat nak membuang tau.. serius, kawan sebillik pun dah sedia maklum... seminggu nak membuang dua tiga kali pun payah.. kadang sampai stress, macam macam cara dah buat.. minum air banyak, makan buah.. tapi tak jadi gak.. sampaikan pergi cari ubat tradional untuk melancarkan pembuanngan.. tea untuk detoks pun minum tau.. tapi sekejap je berkesan.. lepas tu jadi balik...

Sampai lah salwa bertemu dengan shaklee.. Makan supplement ni pun untuk tingkatkan lagi kesihatan badan.. tambah salwa masih menyusukan Haikal masa tu.. Nak lancarkan pembuangan takde dalam niat utama.. hahahahah

Tapi itu lah kesan sampingan yang salwa dapat, supplement shaklee membantu melancarkan sistem pembuangan.. Sekarang sehari sekali wajib membuang, tanpa perlu di paksa tau.. kadang dua tiga kali.. smooth je tau.. hehehehe..

Mungkin, badan kekurangan zat untuk melancarkan sistem pembuangan.. bila dah makan supplement ni.. zat zat yang kurang tu telah ditampung.. tu yang mudah je kan.. dan memang terbukti yang ostematrix membantu melancarkan sistem pembuangan.. sebab ada magnesium.

So, untuk anda yang dah cuba pelbagai cara untuk lancarkan sistem pembuangan.. boleh la try amek supplement.. badan sihat, pembuangan pun lancar..




Salwa
SID 954091



Thursday, 10 October 2013

Keperluan Nutrisi Ibu Hamil Sepanjang Kehamilan

Selamat petang semua, hari ni nak kongsi mengenai kalori dan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil.. sebenarnya, baru baca info ni dalam harian metro.. so salwa kongsikan je ye.. info penting, yang perlu ibu hamil titik beratkan.. 

KALORI IBU HAMIL MENGIKUT TRIMESTER

Trimester pertama – Ibu perlukan 2000 kalori dalam setiap hidangan
Trimester kedua – Ibu perlukan 2400 kalori dalam setiap hidangan
Trimester ketiga – Ibu perlukan 2650 kalori dalam setiap hidangan


KEPERLUAN NUTRISI IBU HAMIL SEPANJANG KEHAMILAN

1.       Protein – Ia memberi kesan kepada pertumbuhan tisu janin, termasuk otak. Ia juga membantu payudara dan tisu rahim berkembang ketika hamil dan memainkan peranan dalam membantu meningkatkan bekalan darah. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah ikan, ayam, daging, telur, tauhu, serta kekacang.

2.       Zat besi – sumber nutrisi ini penting bagi membantu meningkatkan jumlah pembentukan darah merah.  Kekurangan zat besi ketika hamil boleh menyebabkan kelahiran bayi pra matang atau berat terlalu rendah. Antara kumpulan makanan yang yang mengandungi sumber ini ialah daging lembu, makanan laut, ayam, bijirin, serta bayam. Bagi meningkatkan kadar penyerapan zat besi, ia diambil bersama kumpulan makanan yang memiliki sumber vitamin c seperti limau, anggur, brokoli, kentang, tembikai dan tomato.

3.       Asid dokosaheksaenoik (DHA) – sumber ini penting bagi perkembangan otak bayi. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah salmon, tuna, susu, buah buahan dan sayur sayuran.

4.       Asid folik – asid folik sangat penting untuk pembentukan saraf tunjang bayi dan jumlah disarankan adalah 600mikrogram ketika hamil. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah oren, strawberry, limau, mangga, tomato, anggur, kiwi, tembikai, bayam, sayuran berwarna hijau gelap, kekacang, bijirin, telur, salad, serta kobis.

5.       Kalsium – keperluan harian kalsium ketika hamil adalah 1000 miligram sehari. Jika tidak mengambil kalsium mencukupi secara semulajadi, badan akan “meminjam” kalsium pada tulang bagi membina janin. Ia turut membantu badan mengawal cecair serta membantu untuk membina tulang dan gigi bayi tanpa menjejaskan keperluan kalsium sendiri. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah susu, yogurt, keju, ikan bilis, dan kekacang.

6.       Probiotik – nutrisi ini mempengaruhi komposisi serta aktiviti bacteria usus malah membantu membentuk sistem semulajadi dalam sel usus perut. Antara makanan yang mengandungi sumberi ini ialah bijirin.


Ibu hamil juga perlu elakkan pengambilan alkohol, makanan dan minuman berkafein seperti tea, kopi, serta coklat dan makanan mentah


Sumber: harian metro 091013

Tuesday, 8 October 2013

GMO vs NON GMO

Selamat petang semua.. sedikit perkongsian untuk semua tentang produk GMO vs Non GMO.. Sebenarnya, selalu juga salwa cakap pasal benda alah ni kan.. tapi bukan kat blog.. kat page ngan personal fb jer.. so dah tiba masanya untuk salwa terangkan lagi pentingnya titik berat produk yang berlabel Non GMO.. Bukan nak promote ESP, tetapi memang ESP adalah salah satu produk Non GMO.. boleh cek kat label makanan/ produk.. biasanya akan tulis Non GMO..


 GMO vs Non GMO




  • GMO adalah Genetically Modified Organism, maksudnya Organisma yang telah diubah suai genetik.  Pengubahsuaian yang mengabungkan gen, virus tertentu dengan DNA haiwan, tumbuh tumbuhan atau pun mikroorganisma seperti baketria. Biasa di Malaysia, popular dengan ayam yang disuntik untuk percepatkan tumbesaran ayam.. tu salah satu contoh GMO.. Biasanya, ini akan menguntungkan petani atau penternak.. sebab tak perlu mengambil masa yang lama dan ia juga membantu pengeluaran lebih banyak.. 
  • Non GMO adalah sebaliknya, produk yang tidak diubah suai langsung genetiknya. pertumbuhan berlaku dengan cara yang sihat.. dan dijaga sepenuhnya.. Tumbuh tumbuhan atau haiwan melalui fasa tumbesaran dengan cara selamat.. takde kene paksa suh cepat besar..hihihih.. walaupun mengambil masa yang lama untuk matang.. tetapi ia lebih selamat.. selalu yang segera kan tak bagus untuk kesihatan kita.. betul tak?
ESP non GMO
Sebelum kenal shaklee, salwa tak tau pun pasal kepentingan GMO dan Non GMO.. tapi bila dah tau..risau dan takut.. banyak kesan sampingan.. sebab tu lah sekarang ni, macam macam penyakit kita dengar.. kalau nak tau, rakyat negara United States, Kanada, Europe, Japan, dan negara lain lebih memilih untuk produk Non GMO.. 

Berdasarkan pada kajian yang telah dibuat, banyak kesan sampingan pengambilan produk GMO.. Antaranya, menyebabkan alergik, boleh menyebabkan kanser, sistem imun rendah, mudah terdedah pada jangkitan.. boleh baca kat sini untuk info mengenai GMO..

Untuk info Non GMO dan kesan pengambilan produk GMO, anda boleh baca kat sini.. 




Dah baca kan...Apa tindakan anda selanjutnya? 
  • Elakkan makanan siap proses yang mengandungi jagung, soya, sugar beets, dan minyak canola
  • Pilih produk yang berlabel NON GMO seperti ESP
  • Pilih produk organik
  • Tanam sendiri
Yang mana satu jawapan anda, anda yang tentukan.. kesihatan anda ditangan sendiri..

Sunday, 6 October 2013

Ramuan Utama Shaklee Collagen Powder Yang Menjadikan Kulit Semakin Cantik Berseri

Selamat berhujung minggu semua.. petang petang ni salwa nak kongsikan ramuan utama yang menjadikan Shaklee collagen powder ni antara kolagen yang memberikan kesan paling menakjubkan.. Kulit jadi semakin halus dan gebu.. dengan collagen ni, bukan sekadar mencantikkan kulit muka je.. malah untuk detox dan kesihatan tulang juga.. 
 

 

 

  • Kolagen dari sisik ikan merah
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pemcemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan lain. Shaklee collagen powder adalah supplement kolagen yang unggul, mengandungi 4,000mg kolagen RSS (sisik ikan merah) propietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak oleh sisik ikan merah. Kolagen shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1000 Dalton, amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Ekstrak biji camellia japonica
Biji camellia japonica terdiri daripada asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat serta isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas. 
  • Ekstrak pfaffia
Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan esktrak biji camellia japonica ia membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amount air yang banyak. Asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin. 
  • Elastin dari kolagen ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang. Memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.
  • Vitamin C dan Vitamin B
Vitamin c menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit. Vitamin c juga membantu untuk dapatkan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama masalah jeragat.
Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak, dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen didalam sel. Vitamin B juga membantu mengekalkan kelembapan pada kulit. Membantu meningkatkan pengaliran darah yang baik serta membantu mengatasi masalah jerawat, kulit kusam dan warna kulit tidak sekata. 
  •  Ekstrak kekerang
Glucosamine esktrak kekerang adalah penting didalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi sendi dan menghidratkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
  • Lactobacillus acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen. Lactobacillus acidophilus ialah sejenis bakteria baik yang membantu sistem penghadaman. Bakteria ini berfungsi untuk mendiami usus dan tidak membenarkan mana mana bakteria berbahaya berkumpul di usus. Ia juga bertindak membersihkan usus (detox) dan merangsang sistem imun untuk berfungsi dengan lebih baik. Perlu tau ye, perkara asas dan utama untuk mendapatkan kulit cantik, bersih dan berseri perlu dimulai degan proses detox untuk memastikan penyerapan kolagen dengan lebih baik. Dengan Shaklee Collagen Powder segalanya lengkap dalam satu sachet.

Ramuan Shaklee Collagen Powder adalah 100% asli, semulajadi, selamat, tiada bahan tambahan seperti pewarna, perasa dan juga tiada bahan pengawet.

Sempena promosi bulan oktober, dapatkan harga terendah dengan pembelian Beli 6 PERCUMA 1..





Berjaya HAMIL dengan Set Kesuburan Shaklee

Selamat petang semua..
petang petang ni nak kongsikan berita gembira ngan semua orang.. excited melampau lampau dah ni.. hahahaha

nak tau apa dia? cer tengok bawah ni..

 

Alhamdulillah.. customer salwa berjaya hamil setelah menggunakan set kesuburan selama 3 bulan.. dah lama menanti kehadiran cahaya mata.. berkat sabar, usaha, ikhtiar dan doa..akhirnya Allah makbulkan juga..

Customer ni cuma amalkan GLA untuk dia, dan Vitamin E serta Zink untuk suami dia.. 
Tanpa perlu mengeluarkan belanja ribuan ringgit, Insyaallah..dengan izin dariNya.. disahkan hamil..anda juga yang masih menanti kehadiran cahaya mata, boleh ikhtiar dengan produk kesuburan ni juga..zaman sekarang ni, nak sesuatu kita kene usaha lebih siket, ikhtiar dengan pelbagai cara.. percaya dan yakin dengan kuasaNya.. tak boleh lah nak menyerahkan segalanya pada takdir.. sebab tak semua yang kita nak, datang bergolek.. ye tak? salwa dulu pun bukannya bunting pelamin.. so, salwa paham perasaan anda yang masih berusaha untuk dapatkan zuriat.. 




Ingin dapatkan set kesuburan?

Order disini
sascima78@yahoo.com
sascima78@gmail.com

Tuesday, 1 October 2013

Air Lebih Bersih & Sihat Dengan Get Clean Water Pitcher

Assalamualaikum.. hari ni salwa nak kongsikan macam mana nak dapatkan air yang bersih tanpa mengeluarkan belanja yang besar.. dan tanpa menggunakan elektrik langsung.. mudah dibawa.. anda yang suka travel pun boleh nikmati air yang bersih.. tak caya? meh tengok ni..


Get clean water pitcher merupakan sistem penurasan air multi paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat berbanding jag air yang lain. Get clean water pitcher menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air serta mengurangkan bahan bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%. 

Get clean water pitcher merupakan sistem penuras jag air pertama yang menawarkan blok karbon yang boleh diisi semula. Jadi kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras air 303liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.


  • Menandingi jenama terkemuka yang lain
    • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium, dan bahan bahan cemar lain, disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat. 
    • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin.
    • Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan - dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
    • Sistem penuras jag air berblok karbon isian semula yang pertama

  •  Pilihan Bijak
    • Hanya beberapa sen bagi seliter air 
    • Air yang lebih sihat dan rasanya juga enak
    • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras, yang pasti tidak memerlukan kuasa elektrik
    • Ringan dan mudah dibawa 
    • Menjimatkan kos - tanpa perlu dimasak



Sumber: shaklee