Friday, 16 May 2014

Supplement untuk lelaki macho bergaya

Wahhh tajuk tak boleh blah ye...

Hei...lelaki lagi macho bila makan supplement...tengok lah pelakon pelakon tu...bila kerja lebih masa, kurang rehat, makan pun ikut sedap je... Sememangnya mereka ini wajib ambil supplement.

Kerja kuat..rehat tak cukup... Supplement lah membantu menjaga kesihatan anda wahai para lelaki sekalian.

Nak macho kan sila makan supplement seperti dibawah:

1. Omega Guard  - sangat sangat membantu menjaga jantung, kandungan ikan yang mengandungi DHA juga baik untuk otak anda.. Kan lelaki ni banyak benda nak fikir tambah yang dah berkeluarga... Selain itu, omega juga bagus membantu pengaliran darah (blood circulation).. Bila pengaliran darah bagus, mudah untuk kurangkan berat badan juga...

2. CoqHealth plus - Coqhealth plus shaklee mengandungi coq10 semulajadi, vitamin e dan pelbagai lagi ramuan semulajadi. Coq10 memang banyak membantu dalam memberikan tenaga, membantu meningkatkan tahap kesuburan seseorang. Dan kalau anda nak tau.. coq10 memang ada dalam badan kita... Tapi bila umur meningkat, coq10 akan berkurang...justeru itu...pengambilan coq10 memang sangat digalakkan bila usia meningkat.

3. Zinc complex - bagi kaum adam zinc memang ada di dalam sistem reproduktif anda... Zinc membantu penghasilan sperma yang berkualiti dan aktif. Selain itu, zinc juga bagus untuk pertumbuhan rambut.. Cik abang yang rasa licin je tengah kepala tu..sila lah amalkan memakan supplement tinggi zinc.. Jangan biarkan penampilan lagi tua dari umur... Kalau botak fesyen rambut gitu takpe...jangan botak sebab rambut banyak sangat gugur yer... Hihihi

4. Vitamin e - vitamin ni bukan untuk kecantikan kulit je tetapi hasil kajian yang telah dibuat vitamin e mampu meningkatkan kualiti sperma dan sperma lebih aktif. Jangan tak tau, vitamin e juga dikenali sebagai vitamin cinta... Apakah maksudnya? Sila google lah...
Sangat bermanfaat bagi mereka yang dah berumah tangga.

Anda ingin macho bergaya? Meh cepat try vitamin ni...
Sihat dengan supplement semulajadi.

Salwa | 019 9567470

Thursday, 15 May 2014

Berjaya Hamil Dengan Supplement Shaklee

Assalamualaikum...
Baru lepas hujan petang ni... Sejuk siket bumi...
Petang ni nak share kisah penyakit berjangkit... Macam menguap pulak kan boleh berjangkit... Hahahaha...tapi ni berjangkit yang buatkan kegembiraan untuk sebuah keluarga. Apa dia? Kehadiran orang ketiga...zuriat penyambung kasih sayang.

Bulan 3 lepas salwa dan kak ira dah selamat bersalin...kami ni memang pengguna tegar produk shaklee.. Lepas ni mama damia merangkap mak salwa dalam group MIE akan bersalin pulak...bersama erin...dan menyusul ada ahli group yang bakal dapat baby kembar juga... Setiap masa ada je berita gembira... Dan yang terbaru kak lily... Anak sulung setelah hampir setahun mencuba untuk hamil... Alhamdulillah berkat sabar dan yakin rezeki dari NYA.. Supplement shaklee ni hanya ikhtiar untuk HAMIL.

Apa yang kak lily amalkan untuk tingkatkan kesuburan?

Esp , b complex, zinc complex dan ada juga mengamalkan gla.
Suami kak lily pun amalkan zinc complex..... Baguskan...salute bila en suami turut berikhtiar..Sebab bab zuriat ni kene lah kerjasama dari kedua dua belah...bukan para isteri je kene lebih bertindak bab ni... Baru lah bahagia rumah tangga...hihihihi..

Ok..salwa masih rasa kegembiraan tu... Tak lama lagi boleh rasa tendangan baby pulak...kan? Syoknya...

Berjaya hamil dengan supplement shaklee...sudah ramai yang berjaya... Anda inginkan juga?

Order terus dengan salwa.

Salwa | 019 9567470
Pengguna tegar shaklee

Wednesday, 7 May 2014

Bersalin secara pembedahan, demimu Humaira

Assalamualaikum...waaa lama sungguh jari jemari tak menaip di sini..

Alhamdulillah bulan 3, Salwa telah selamat melahirkan seorang lagi permata hati.. Baby girl.. So dah sepasang...boleh rehat lama siket kan.. Al maklumlah bersalin secara czer..

Kenapa czer?
Humaira nak bagi mama dia ni rasa pengalaman baru... Hihihi.. Sebenarnya humaira berada dalam keadaan songsang...kepala kat bahagian atas dan punggungnya berada di laluan... Atas nasihat pakar, Salwa kene juga bersalin secara pembedahan..

Salwa ada mintak juga untuk lakukan teknik ecv.. Kalau selalu kan orang suh bidan pusingkan...tapi ni doktor yang buat dan sambil tu doktor akan monitor melalui scan... Tapi masa jumpa doktor pakar, doktor nasihatkan tak perlu buat sebab berisiko... Kedudukkan kaki humaira memang tak boleh berpusing... Silap silap kalau tak jadi akan bahayakan humaira dan kemungkinan kene emergency czer pulak...

So atas nasihat tu... Salwa ikutkan je... Walaupun dalam hati memang nak sangat bersalin normal... Siap beli bengkung baru dari sendayu tinggi... Tapi apakan daya... Sudah tertulis bersalin secara pembedahan..

Jadi tabahkan hati untuk lalui saat itu..
Sebelum berangkat ke hospital, salwa memang dah standby set berpantang... Kebanyakkan set berpantang makan seminggu selepas bersalin atau bila baby dah bebas jaundice kan... Tapi ni specialnya bila supplement semasa hamil boleh terus je makan semasa pantang dan juga semasa menyusukan baby... Waaahhhh bukan double jimat...tapi triple jimat... Apa yang salwa amalkan semasa hamil dan semasa berpantang? Tunggu next entry ye...

Saturday, 15 February 2014

Air Lebih Bersih Dengan Penapis Air Shaklee

Assalamualaikum... Selamat petang pembaca setia blog ni (eh.. ada ke?) hihihihi... berangan lah ada... semoga info yang ada dalam blog ni memberikan manfaat pada pembaca semua...

Petang ni nak kongsikan sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua.. Salwa sangat bersyukur sebab ada yang sudi menyedarkan diri ni... sebenarnya dah lama tau.. tapi kesedaran dalam diri tu tak bape nak ada.. so buat tak tau je... hahahaha..

Tetapi semalam, betul betul rasa kene buat sesuatu.. ni pun demi kebaikan keluarga sendiri juga... bab kata seseorang tu " jaga kesihatan bukan main.. siap dengan supplement shaklee lagi.. tapi kalau masih minum air yang tanpa ditapis, rugi lah kan.."memang menyusuk jiwa betul.. sampai malam tadi nak tido pun tak lena....

Air ni lah menakutkan untuk diminum... nampak je bersih pada mata kasar, tapi sebenarnya macam air yang sebelah kiri tu... sanggup ke nak minum? sumber dari google 
Masih terbayang air kotor... hehehehe.. sangat menggelikan.. sebab nya dia buat demo kat umah mertua ni.. memang kotor sangat... cuba bayangkan.. segelas air bersih pada mata kasar bertukar jadi kotor.. kat bahagian atas air tu macam najis.. salwa yang tengok depan depan ni.. memang geli... eh... selama ni aku minum air kotor... katanya, warna kuning keemasan yang macam najis tu adalah karat.. kotoran yang tak ditapis...

Disebabkan rasa ketakutan melampau tu.. ari ni terus order penapis air... hihihihih
Tindakan pantas untuk selamatkan diri dan keluarga dari air yang nampak je bersih pada mata kasar... tapi rupanya penuh dengan kotoran.. Niat nak beli penapis air tu memang dah lama.. tapi bab malas nak terikat dengan hutang setiap bulan... membantutkan niat tu..al maklumlah majoriti harga penapis air ni mesti beribu kan.. nak bayar sekali gus.. parah la juga...

Tapi sekarang, mampu beli penapis air.. tambah boleh bawa travel lagi... so takde la minum air kotor masa bercuti ... hihihihih

Penapis air apa yang mudah dibawa travel tu? meh tengok kat bawah... harga pun sangat berbaloi.. dan jimat lagi.. sebab tak guna elektrik langsung... so takde la terbeban dengan bil elektrik lak...

Shaklee Water Pitcher
 Walaupun nampak macam jug air biasa... tetapi tugas tetap sama... menapis air dari segala kotoran yang ada dalam air tu.. nak tau info lebih mengenai juga air yang cantik ni.. rajin jari tu klik link ni ye...

Ramai yang dah rasa penangan air dari Get Clean Water Pitcher ni.. kata mereka, air rasa lebih sedap, so lagi semangat lah nak minum air masak bergelas gelas kan... hihhiihih

Sunday, 9 February 2014

Wanita Lebih Mudah Diserang Migrain?

Ehhh... betul ke wanita lebih mudah diserang migrain? YA... dari hasil pembacaan, migrain kerap menyerang wanita dewasa.. kira 18% wanita dan 6% lelaki..


Punca Punca Migrain

  • alahan dan tindak balas alergi
  • lampu yang cerah, bunyi kuat dan bau tertentu seperti minyak wangi
  • tekanan fizikal atau emosi
  • perubahan dalam corak tidur atau tidur yang tidak teratur
  • merokok atau terdedah pada asap
  • berpuasa
  • gula dalam darah yang rendah (disebabkan kelaparan atau terlalu banyak karbohidrat ditapis)
  • alkohol
  • pusingan haid yang tidak menentu, pil perancang, dan pengaliran hormon yang tidak seimbang
  • sakit kepala ketegangan
  • makanan yang mengandungi tyramine (wain merah, keju tua, ikan salai, hati ayam, buah ara) monosodium glutamat (MSG) atau nitrat (seperti selami)
  • makanan lain seperti coklat, kacang, pisang, mentega kacang, limau, bawang, produk tenusu, dan makanan yang diperam atau jeruk. 

"WANITA YANG MENGALAMI PERUBAHAN HORMON SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS HAID BOLEH MENYEBABKAN SAKIT KEPALA DAN SETERUSNYA MENCETUSKAN MIGRAIN"


Migrain agak sukar untuk pulih TETAPI anda boleh mengurangkan sakit kepala dan simptom simptom terjadinya migrain dengan mengambil beberapa langkah mudah.. antaranya:
  1. Elakkan tekanan
  2. Elakkan makanan yang menjadi punca migrain
  3. Tidur pada waktu yang tetap
  4. Elakkan membuat aktiviti luar ketika suhu cuaca panas
  5. Pengambilan pil perancang juga boleh meningkatkan kekerapan dan kesakitan migrain.. jadi anda perlu tau pil tersebut sesuai atau tidak dengan tubuh badan..

Produk shaklee juga dapat membantu mengurangkan sakit migrain..



Bagi mereka yang selalu diserang migrain, boleh mencuba  cadangan supplement di atas.. paling penting adalah pengambilan B complex dan Ostematrix..


untuk ketahui lebih lanjut, boleh terus email salwa..


Sumber - Rapi0214

Sunday, 24 November 2013

Vitamin C SR Menjadi Pilihan, Kenapa?

Assalamualaikum.. Selamat berhujung minggu.. Sementara hero tidur, mari lah meng'update' blog.. 
Tengok tajuk, macam nak bikin panas je kan.. siap persoalkan lagi.. hahahah.. 
Tapi itulah hakikatnya.. betul.. setahun Vitamin C ni menghilangkan diri, tak senang duduk bagi mereka yang dah rasa penangannya.. Vitamin C shaklee bukan sahaja datang dari sumber oren.. tetapi ia juga dari sumber jagung.. dan semestinya 100% dari sumber semulajadi.. Yang menjadi keistimewaan Vitamin C SR mengandungi Bioflavonoids..

Apa itu Bioflavonoids?

Salah satu tips untuk memilih Vitamin C ialah yang mengandungi bioflavonoids.. Bioflavonoids membantu meningkatkan keberkesanan Vitamin C.. dan juga mencegah pengoksidaan vitamin C didalam badan..

Bioflavonoids terhasil daripada tumbuh tumbuhan berwarna seperti sayuran, buah buahan, bunga, herba dan bijirin..  Hasil dari kajian yang telah dijalankan bioflavonoids bertindak sebagai:
  • Anti radang
  • Anti alergik
  • Anti virus
  • Anti kanser

Bioflavonoids yang ada dalam Vitamin C SR ni membantu :
  1. Melindungi dan mengakalkan struktur salur kapilari darah
  2. Mempunyai kesan anti bakteria
  3. Mengalakkan peredaran darah
  4. Meransang pengeluaran hempedu
  5. Mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
  6. Merawat dan mencegah katarak
  7. Bertindak sebagai anti histamin
  8. Mempunyai ciri ciri anti radang
  9. Mengurangkan gejala herpes mulut


Nak tau lebih lagi pasal bioflavonoids? boleh klik sini.. 

Vitamin C SR memang menjadi pilihan ramai, bukan sahaja untuk kecantikan kulit, tetapi untuk kesihatan badan.. membantu merawat luka dan banyak lagi...
Nak rasa kehebatan Vitamin SR? jangan segan segan contact salwa yer... best price untuk anda.. dan boleh tahan sehingga 6 bulan kegunaan..




Salwa
SID 954091






Supplement Shaklee Membantu Melancarkan Sistem Pembuangan

Assalamualaikum.. Selamat berhujung minggu..

Hari ahad yang indah ni.. nak share something dari apa yang salwa dapat selepas consumed supplement shaklee.. actually dah share pun benda ni kat fb.. hari ni baru dapat nak kongsikan di laman blog plak..

Supplement yang wajib salwa amek setiap hari ialah B complex, Vitamin C, ESP, Vita lea, dan juga ostematrix.. Sebelum breakfast memang wajib minum ESP campur dengan susu anlene coklat ataupun susu strawberry.. Rasa enak lemak berkrim tau... hihihihi

Sebenarnya, selepas consumed supplement ni semua.. Salwa perasan yang sistem pembuangan semakin lancar.. tak macam zaman belajar dulu dulu.. Kalau masa belajar di UiTM Jengka dan UiTM Kb Kelantan memang susah sangat nak membuang tau.. serius, kawan sebillik pun dah sedia maklum... seminggu nak membuang dua tiga kali pun payah.. kadang sampai stress, macam macam cara dah buat.. minum air banyak, makan buah.. tapi tak jadi gak.. sampaikan pergi cari ubat tradional untuk melancarkan pembuanngan.. tea untuk detoks pun minum tau.. tapi sekejap je berkesan.. lepas tu jadi balik...

Sampai lah salwa bertemu dengan shaklee.. Makan supplement ni pun untuk tingkatkan lagi kesihatan badan.. tambah salwa masih menyusukan Haikal masa tu.. Nak lancarkan pembuangan takde dalam niat utama.. hahahahah

Tapi itu lah kesan sampingan yang salwa dapat, supplement shaklee membantu melancarkan sistem pembuangan.. Sekarang sehari sekali wajib membuang, tanpa perlu di paksa tau.. kadang dua tiga kali.. smooth je tau.. hehehehe..

Mungkin, badan kekurangan zat untuk melancarkan sistem pembuangan.. bila dah makan supplement ni.. zat zat yang kurang tu telah ditampung.. tu yang mudah je kan.. dan memang terbukti yang ostematrix membantu melancarkan sistem pembuangan.. sebab ada magnesium.

So, untuk anda yang dah cuba pelbagai cara untuk lancarkan sistem pembuangan.. boleh la try amek supplement.. badan sihat, pembuangan pun lancar..




Salwa
SID 954091