Wednesday, 7 May 2014

Bersalin secara pembedahan, demimu Humaira

Assalamualaikum...waaa lama sungguh jari jemari tak menaip di sini..

Alhamdulillah bulan 3, Salwa telah selamat melahirkan seorang lagi permata hati.. Baby girl.. So dah sepasang...boleh rehat lama siket kan.. Al maklumlah bersalin secara czer..

Kenapa czer?
Humaira nak bagi mama dia ni rasa pengalaman baru... Hihihi.. Sebenarnya humaira berada dalam keadaan songsang...kepala kat bahagian atas dan punggungnya berada di laluan... Atas nasihat pakar, Salwa kene juga bersalin secara pembedahan..

Salwa ada mintak juga untuk lakukan teknik ecv.. Kalau selalu kan orang suh bidan pusingkan...tapi ni doktor yang buat dan sambil tu doktor akan monitor melalui scan... Tapi masa jumpa doktor pakar, doktor nasihatkan tak perlu buat sebab berisiko... Kedudukkan kaki humaira memang tak boleh berpusing... Silap silap kalau tak jadi akan bahayakan humaira dan kemungkinan kene emergency czer pulak...

So atas nasihat tu... Salwa ikutkan je... Walaupun dalam hati memang nak sangat bersalin normal... Siap beli bengkung baru dari sendayu tinggi... Tapi apakan daya... Sudah tertulis bersalin secara pembedahan..

Jadi tabahkan hati untuk lalui saat itu..
Sebelum berangkat ke hospital, salwa memang dah standby set berpantang... Kebanyakkan set berpantang makan seminggu selepas bersalin atau bila baby dah bebas jaundice kan... Tapi ni specialnya bila supplement semasa hamil boleh terus je makan semasa pantang dan juga semasa menyusukan baby... Waaahhhh bukan double jimat...tapi triple jimat... Apa yang salwa amalkan semasa hamil dan semasa berpantang? Tunggu next entry ye...

No comments:

Post a Comment