Saturday, 14 June 2014

Kecantikan Membawa Padah

Assalamualaikum...selamat berhujung minggu.
Sape nak cantik? Semua nak cantikkan.. Tambah kalau tengok makin banyak produk kecantikan yang menarik perhatian kita. Dari hujung rambut hingga hujung kaki kita nak cantik. Tetapi adakah produk yang kita guna pakai tu selamat? Haaa... Jadi jom cek produk yang kita pakai.. Ada tak mengandungi bahan merbahaya... Salwa listkan bahan apa yang merbahaya tu.

1. PVP/VA COPOLYMER
Zat kimia hasil keluaran minyak bumi ini digunakan pada produk semburan rambut dan kosmetik lain. Dianggap boleh beracun kerana partikel partikelnya boleh menyebabkan bendasing pada paru paru yang sensitif.

2. STEARALKONIUM CHLORIDE
Stearalkonium klorida dibangunkan oleh industri kain sebagai pelembut kain. Namun, zat kimia ini juga terkandung dalam kondisioner dan krim rambut. Bahan ini boleh menyebabkan alahan.

3. MIDAZOLIDINYL UREA & DIAZOLIDINYL UREA
Ini adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet selepas parabens. Bahan utamanya adalah formaldehid, yang dikenali untuk mengawet mayat, dan sangat berbahaya bagi kesihatan manusia. Ia boleh menyebabkan radang kulit, luka bakar dan pengeluaran air mata.

4. METHYL & PROPYL & BUTYL & ETHYL PARABEN
Digunakan sebagai penghambat pertumbuhan bakteria dan untuk melanjutkan had masa luput produk. Walaupun diketahui beracun, namun kandungan ini masih banyak digunakan. Kesan yang mungkin berlaku adalah timbul banyak reaksi alahan dan ruam kulit.

5. PROPYLENE GLYCOL
Ini adalah gliserin sayur sayuran yang dicampur dengan alkohol yang diperbuat dari gandum. Ia ditemui pada beberapa produk kosmetik dan pembersih wajah. Zat ini boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan radang kulit. Kajian terkini menunjukkan bahawa zat ini juga boleh merosakkan hati dan buah pinggang.

6. SYNTHETIC COLORS
Bahan sintetik warna diyakini sebagai penyebab kanser. Jika dalam produk tertera kandungan ini, jangan sekali kali menggunakannya.

7. SYNTHETIC FRAGRANCES
Wangian sintetik yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Bila anda menggunakan produk wangi maka semua bahan kimia berbahaya boleh diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, ruam, hiper pigmentasi, batuk, muntah dan iritasi kulit.

8. SODIUM SULFATE (SLS)
Zat sintetik ini biasanya digunakan pada produk syampu untuk membersihkan dan mencipta banyak buih. Kesan yang ditimbulkan zat ini adalah iritasi pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan alahan.

9. TRIETHANOLAMINE
Sering digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan pH dan sebagai asas bagi banyak produk pembersihan. Triethanolamine boleh menyebabkan alahan dan masalah mata.

Ok..tunggu apa lagi? Dah ada senarai bahan ni. Cek lah produk yang korang gunakan.

Saya pilih yang semulajadi, selamat dan berkesan..

Sumber dari : Rapi 150314

xoxo
Salwa

Tuesday, 27 May 2014

Isu Hangat Basic H

Assalamualaikum.. Salam jumaat penghulu segala hari. Hari ni tergerak hati nak share juga pasal isu yang tengah hangat ni.. Isu apa? Isu basic h tu lah... Hahahaha... Makin femes produk shaklee nanti tau...

Bagus sebab ada yang ambil berat terus email ke shaklee bertanyakan fungsi kegunaan basic h. Ye memang betul sangat sangat, basic h memang berfungsi untuk membersihkan rumah...
Tapi ramaikan yang suka ber' eksperimen'.. Jadi tak salah apabila 'eksperimen' yang mereka buat tu menjadi. Benda yang dirasakan baik, maka mereka pun share bersama. Ala macam minyak masak kat rumah tu...kalau tanya syarikat minyak masak tu pun, mereka akan cakap fungsi minyak masak hanya untuk memasak/menggoreng je. Tapi kita ada juga guna minyak masak tu untuk hilangkan getah nangka kat pisau kan... So sama lah dengan situasi basic h. Kalau rasa nak pakai untuk kegunaan lain dipersilakan... Sebab secara asasnya bahan yang digunakan dalam basic h adalah semulajadi iaitu kelapa dan jagung. Setiap produk shaklee mementingkan piawaian mereka iaitu SEMULAJADI , SELAMAT dan BERKESAN. Sekiranya anda rasa memudaratkan sila jangan guna, mudahkan... Saya tetap bersama produk shaklee kerana hasil dari bahan semulajadi dan selamat.

Meh pakat cek produk pencuci kat rumah tu dari bahan apa? Semulajadi tak? Ada bahan kimia tak?

xoxo
Salwa

Friday, 16 May 2014

Supplement untuk lelaki macho bergaya

Wahhh tajuk tak boleh blah ye...

Hei...lelaki lagi macho bila makan supplement...tengok lah pelakon pelakon tu...bila kerja lebih masa, kurang rehat, makan pun ikut sedap je... Sememangnya mereka ini wajib ambil supplement.

Kerja kuat..rehat tak cukup... Supplement lah membantu menjaga kesihatan anda wahai para lelaki sekalian.

Nak macho kan sila makan supplement seperti dibawah:

1. Omega Guard  - sangat sangat membantu menjaga jantung, kandungan ikan yang mengandungi DHA juga baik untuk otak anda.. Kan lelaki ni banyak benda nak fikir tambah yang dah berkeluarga... Selain itu, omega juga bagus membantu pengaliran darah (blood circulation).. Bila pengaliran darah bagus, mudah untuk kurangkan berat badan juga...

2. CoqHealth plus - Coqhealth plus shaklee mengandungi coq10 semulajadi, vitamin e dan pelbagai lagi ramuan semulajadi. Coq10 memang banyak membantu dalam memberikan tenaga, membantu meningkatkan tahap kesuburan seseorang. Dan kalau anda nak tau.. coq10 memang ada dalam badan kita... Tapi bila umur meningkat, coq10 akan berkurang...justeru itu...pengambilan coq10 memang sangat digalakkan bila usia meningkat.

3. Zinc complex - bagi kaum adam zinc memang ada di dalam sistem reproduktif anda... Zinc membantu penghasilan sperma yang berkualiti dan aktif. Selain itu, zinc juga bagus untuk pertumbuhan rambut.. Cik abang yang rasa licin je tengah kepala tu..sila lah amalkan memakan supplement tinggi zinc.. Jangan biarkan penampilan lagi tua dari umur... Kalau botak fesyen rambut gitu takpe...jangan botak sebab rambut banyak sangat gugur yer... Hihihi

4. Vitamin e - vitamin ni bukan untuk kecantikan kulit je tetapi hasil kajian yang telah dibuat vitamin e mampu meningkatkan kualiti sperma dan sperma lebih aktif. Jangan tak tau, vitamin e juga dikenali sebagai vitamin cinta... Apakah maksudnya? Sila google lah...
Sangat bermanfaat bagi mereka yang dah berumah tangga.

Anda ingin macho bergaya? Meh cepat try vitamin ni...
Sihat dengan supplement semulajadi.

Salwa | 019 9567470

Thursday, 15 May 2014

Berjaya Hamil Dengan Supplement Shaklee

Assalamualaikum...
Baru lepas hujan petang ni... Sejuk siket bumi...
Petang ni nak share kisah penyakit berjangkit... Macam menguap pulak kan boleh berjangkit... Hahahaha...tapi ni berjangkit yang buatkan kegembiraan untuk sebuah keluarga. Apa dia? Kehadiran orang ketiga...zuriat penyambung kasih sayang.

Bulan 3 lepas salwa dan kak ira dah selamat bersalin...kami ni memang pengguna tegar produk shaklee.. Lepas ni mama damia merangkap mak salwa dalam group MIE akan bersalin pulak...bersama erin...dan menyusul ada ahli group yang bakal dapat baby kembar juga... Setiap masa ada je berita gembira... Dan yang terbaru kak lily... Anak sulung setelah hampir setahun mencuba untuk hamil... Alhamdulillah berkat sabar dan yakin rezeki dari NYA.. Supplement shaklee ni hanya ikhtiar untuk HAMIL.

Apa yang kak lily amalkan untuk tingkatkan kesuburan?

Esp , b complex, zinc complex dan ada juga mengamalkan gla.
Suami kak lily pun amalkan zinc complex..... Baguskan...salute bila en suami turut berikhtiar..Sebab bab zuriat ni kene lah kerjasama dari kedua dua belah...bukan para isteri je kene lebih bertindak bab ni... Baru lah bahagia rumah tangga...hihihihi..

Ok..salwa masih rasa kegembiraan tu... Tak lama lagi boleh rasa tendangan baby pulak...kan? Syoknya...

Berjaya hamil dengan supplement shaklee...sudah ramai yang berjaya... Anda inginkan juga?

Order terus dengan salwa.

Salwa | 019 9567470
Pengguna tegar shaklee

Wednesday, 7 May 2014

Bersalin secara pembedahan, demimu Humaira

Assalamualaikum...waaa lama sungguh jari jemari tak menaip di sini..

Alhamdulillah bulan 3, Salwa telah selamat melahirkan seorang lagi permata hati.. Baby girl.. So dah sepasang...boleh rehat lama siket kan.. Al maklumlah bersalin secara czer..

Kenapa czer?
Humaira nak bagi mama dia ni rasa pengalaman baru... Hihihi.. Sebenarnya humaira berada dalam keadaan songsang...kepala kat bahagian atas dan punggungnya berada di laluan... Atas nasihat pakar, Salwa kene juga bersalin secara pembedahan..

Salwa ada mintak juga untuk lakukan teknik ecv.. Kalau selalu kan orang suh bidan pusingkan...tapi ni doktor yang buat dan sambil tu doktor akan monitor melalui scan... Tapi masa jumpa doktor pakar, doktor nasihatkan tak perlu buat sebab berisiko... Kedudukkan kaki humaira memang tak boleh berpusing... Silap silap kalau tak jadi akan bahayakan humaira dan kemungkinan kene emergency czer pulak...

So atas nasihat tu... Salwa ikutkan je... Walaupun dalam hati memang nak sangat bersalin normal... Siap beli bengkung baru dari sendayu tinggi... Tapi apakan daya... Sudah tertulis bersalin secara pembedahan..

Jadi tabahkan hati untuk lalui saat itu..
Sebelum berangkat ke hospital, salwa memang dah standby set berpantang... Kebanyakkan set berpantang makan seminggu selepas bersalin atau bila baby dah bebas jaundice kan... Tapi ni specialnya bila supplement semasa hamil boleh terus je makan semasa pantang dan juga semasa menyusukan baby... Waaahhhh bukan double jimat...tapi triple jimat... Apa yang salwa amalkan semasa hamil dan semasa berpantang? Tunggu next entry ye...

Saturday, 15 February 2014

Air Lebih Bersih Dengan Penapis Air Shaklee

Assalamualaikum... Selamat petang pembaca setia blog ni (eh.. ada ke?) hihihihi... berangan lah ada... semoga info yang ada dalam blog ni memberikan manfaat pada pembaca semua...

Petang ni nak kongsikan sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua.. Salwa sangat bersyukur sebab ada yang sudi menyedarkan diri ni... sebenarnya dah lama tau.. tapi kesedaran dalam diri tu tak bape nak ada.. so buat tak tau je... hahahaha..

Tetapi semalam, betul betul rasa kene buat sesuatu.. ni pun demi kebaikan keluarga sendiri juga... bab kata seseorang tu " jaga kesihatan bukan main.. siap dengan supplement shaklee lagi.. tapi kalau masih minum air yang tanpa ditapis, rugi lah kan.."memang menyusuk jiwa betul.. sampai malam tadi nak tido pun tak lena....

Air ni lah menakutkan untuk diminum... nampak je bersih pada mata kasar, tapi sebenarnya macam air yang sebelah kiri tu... sanggup ke nak minum? sumber dari google 
Masih terbayang air kotor... hehehehe.. sangat menggelikan.. sebab nya dia buat demo kat umah mertua ni.. memang kotor sangat... cuba bayangkan.. segelas air bersih pada mata kasar bertukar jadi kotor.. kat bahagian atas air tu macam najis.. salwa yang tengok depan depan ni.. memang geli... eh... selama ni aku minum air kotor... katanya, warna kuning keemasan yang macam najis tu adalah karat.. kotoran yang tak ditapis...

Disebabkan rasa ketakutan melampau tu.. ari ni terus order penapis air... hihihihih
Tindakan pantas untuk selamatkan diri dan keluarga dari air yang nampak je bersih pada mata kasar... tapi rupanya penuh dengan kotoran.. Niat nak beli penapis air tu memang dah lama.. tapi bab malas nak terikat dengan hutang setiap bulan... membantutkan niat tu..al maklumlah majoriti harga penapis air ni mesti beribu kan.. nak bayar sekali gus.. parah la juga...

Tapi sekarang, mampu beli penapis air.. tambah boleh bawa travel lagi... so takde la minum air kotor masa bercuti ... hihihihih

Penapis air apa yang mudah dibawa travel tu? meh tengok kat bawah... harga pun sangat berbaloi.. dan jimat lagi.. sebab tak guna elektrik langsung... so takde la terbeban dengan bil elektrik lak...

Shaklee Water Pitcher
 Walaupun nampak macam jug air biasa... tetapi tugas tetap sama... menapis air dari segala kotoran yang ada dalam air tu.. nak tau info lebih mengenai juga air yang cantik ni.. rajin jari tu klik link ni ye...

Ramai yang dah rasa penangan air dari Get Clean Water Pitcher ni.. kata mereka, air rasa lebih sedap, so lagi semangat lah nak minum air masak bergelas gelas kan... hihhiihih

Sunday, 9 February 2014

Wanita Lebih Mudah Diserang Migrain?

Ehhh... betul ke wanita lebih mudah diserang migrain? YA... dari hasil pembacaan, migrain kerap menyerang wanita dewasa.. kira 18% wanita dan 6% lelaki..


Punca Punca Migrain

  • alahan dan tindak balas alergi
  • lampu yang cerah, bunyi kuat dan bau tertentu seperti minyak wangi
  • tekanan fizikal atau emosi
  • perubahan dalam corak tidur atau tidur yang tidak teratur
  • merokok atau terdedah pada asap
  • berpuasa
  • gula dalam darah yang rendah (disebabkan kelaparan atau terlalu banyak karbohidrat ditapis)
  • alkohol
  • pusingan haid yang tidak menentu, pil perancang, dan pengaliran hormon yang tidak seimbang
  • sakit kepala ketegangan
  • makanan yang mengandungi tyramine (wain merah, keju tua, ikan salai, hati ayam, buah ara) monosodium glutamat (MSG) atau nitrat (seperti selami)
  • makanan lain seperti coklat, kacang, pisang, mentega kacang, limau, bawang, produk tenusu, dan makanan yang diperam atau jeruk. 

"WANITA YANG MENGALAMI PERUBAHAN HORMON SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS HAID BOLEH MENYEBABKAN SAKIT KEPALA DAN SETERUSNYA MENCETUSKAN MIGRAIN"


Migrain agak sukar untuk pulih TETAPI anda boleh mengurangkan sakit kepala dan simptom simptom terjadinya migrain dengan mengambil beberapa langkah mudah.. antaranya:
  1. Elakkan tekanan
  2. Elakkan makanan yang menjadi punca migrain
  3. Tidur pada waktu yang tetap
  4. Elakkan membuat aktiviti luar ketika suhu cuaca panas
  5. Pengambilan pil perancang juga boleh meningkatkan kekerapan dan kesakitan migrain.. jadi anda perlu tau pil tersebut sesuai atau tidak dengan tubuh badan..

Produk shaklee juga dapat membantu mengurangkan sakit migrain..



Bagi mereka yang selalu diserang migrain, boleh mencuba  cadangan supplement di atas.. paling penting adalah pengambilan B complex dan Ostematrix..


untuk ketahui lebih lanjut, boleh terus email salwa..


Sumber - Rapi0214