Saturday, 15 February 2014

Air Lebih Bersih Dengan Penapis Air Shaklee

Assalamualaikum... Selamat petang pembaca setia blog ni (eh.. ada ke?) hihihihi... berangan lah ada... semoga info yang ada dalam blog ni memberikan manfaat pada pembaca semua...

Petang ni nak kongsikan sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua.. Salwa sangat bersyukur sebab ada yang sudi menyedarkan diri ni... sebenarnya dah lama tau.. tapi kesedaran dalam diri tu tak bape nak ada.. so buat tak tau je... hahahaha..

Tetapi semalam, betul betul rasa kene buat sesuatu.. ni pun demi kebaikan keluarga sendiri juga... bab kata seseorang tu " jaga kesihatan bukan main.. siap dengan supplement shaklee lagi.. tapi kalau masih minum air yang tanpa ditapis, rugi lah kan.."memang menyusuk jiwa betul.. sampai malam tadi nak tido pun tak lena....

Air ni lah menakutkan untuk diminum... nampak je bersih pada mata kasar, tapi sebenarnya macam air yang sebelah kiri tu... sanggup ke nak minum? sumber dari google 
Masih terbayang air kotor... hehehehe.. sangat menggelikan.. sebab nya dia buat demo kat umah mertua ni.. memang kotor sangat... cuba bayangkan.. segelas air bersih pada mata kasar bertukar jadi kotor.. kat bahagian atas air tu macam najis.. salwa yang tengok depan depan ni.. memang geli... eh... selama ni aku minum air kotor... katanya, warna kuning keemasan yang macam najis tu adalah karat.. kotoran yang tak ditapis...

Disebabkan rasa ketakutan melampau tu.. ari ni terus order penapis air... hihihihih
Tindakan pantas untuk selamatkan diri dan keluarga dari air yang nampak je bersih pada mata kasar... tapi rupanya penuh dengan kotoran.. Niat nak beli penapis air tu memang dah lama.. tapi bab malas nak terikat dengan hutang setiap bulan... membantutkan niat tu..al maklumlah majoriti harga penapis air ni mesti beribu kan.. nak bayar sekali gus.. parah la juga...

Tapi sekarang, mampu beli penapis air.. tambah boleh bawa travel lagi... so takde la minum air kotor masa bercuti ... hihihihih

Penapis air apa yang mudah dibawa travel tu? meh tengok kat bawah... harga pun sangat berbaloi.. dan jimat lagi.. sebab tak guna elektrik langsung... so takde la terbeban dengan bil elektrik lak...

Shaklee Water Pitcher
 Walaupun nampak macam jug air biasa... tetapi tugas tetap sama... menapis air dari segala kotoran yang ada dalam air tu.. nak tau info lebih mengenai juga air yang cantik ni.. rajin jari tu klik link ni ye...

Ramai yang dah rasa penangan air dari Get Clean Water Pitcher ni.. kata mereka, air rasa lebih sedap, so lagi semangat lah nak minum air masak bergelas gelas kan... hihhiihih

Sunday, 9 February 2014

Wanita Lebih Mudah Diserang Migrain?

Ehhh... betul ke wanita lebih mudah diserang migrain? YA... dari hasil pembacaan, migrain kerap menyerang wanita dewasa.. kira 18% wanita dan 6% lelaki..


Punca Punca Migrain

  • alahan dan tindak balas alergi
  • lampu yang cerah, bunyi kuat dan bau tertentu seperti minyak wangi
  • tekanan fizikal atau emosi
  • perubahan dalam corak tidur atau tidur yang tidak teratur
  • merokok atau terdedah pada asap
  • berpuasa
  • gula dalam darah yang rendah (disebabkan kelaparan atau terlalu banyak karbohidrat ditapis)
  • alkohol
  • pusingan haid yang tidak menentu, pil perancang, dan pengaliran hormon yang tidak seimbang
  • sakit kepala ketegangan
  • makanan yang mengandungi tyramine (wain merah, keju tua, ikan salai, hati ayam, buah ara) monosodium glutamat (MSG) atau nitrat (seperti selami)
  • makanan lain seperti coklat, kacang, pisang, mentega kacang, limau, bawang, produk tenusu, dan makanan yang diperam atau jeruk. 

"WANITA YANG MENGALAMI PERUBAHAN HORMON SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS HAID BOLEH MENYEBABKAN SAKIT KEPALA DAN SETERUSNYA MENCETUSKAN MIGRAIN"


Migrain agak sukar untuk pulih TETAPI anda boleh mengurangkan sakit kepala dan simptom simptom terjadinya migrain dengan mengambil beberapa langkah mudah.. antaranya:
  1. Elakkan tekanan
  2. Elakkan makanan yang menjadi punca migrain
  3. Tidur pada waktu yang tetap
  4. Elakkan membuat aktiviti luar ketika suhu cuaca panas
  5. Pengambilan pil perancang juga boleh meningkatkan kekerapan dan kesakitan migrain.. jadi anda perlu tau pil tersebut sesuai atau tidak dengan tubuh badan..

Produk shaklee juga dapat membantu mengurangkan sakit migrain..



Bagi mereka yang selalu diserang migrain, boleh mencuba  cadangan supplement di atas.. paling penting adalah pengambilan B complex dan Ostematrix..


untuk ketahui lebih lanjut, boleh terus email salwa..


Sumber - Rapi0214